My coconut drink this morning @2022 |
Sabtu, 6 Augustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.
Sebenarnya pagi tadi wak mahu melawat kebun binatang, Ragunan Zoo.
Jam 8.30am, sudah bersiap2 ke luar rumah.
Tapi rupa2nya rakan2 lain sudah bercadang mahu ke Tanah Abang.
Wak pun sertai sekali.
Sebelum itu, sarapan tempat penjaja berdekatan kost.
Mat kuJAI dan sorang lagi makan sate ayam.
Disebabkan wak sudah makan roti pagi tadi.
Wak pesan air kelapa muda sahaja.
Jam 9.30am baru kami bergerak naik Grabcar ke stesen MRT Asean.
Naik MRT terus ke penghujung stesen Bundaran HI.
Dan terus pesan 2 Grabcar lagi ke pasar Tanah Abang.
Dalam pasar pun kami berpecah.
Wak ikut mamat nadZIR dan cik Ain kita.
Ikut buntut mereka sahaja beli baju batik dan telekung.
Jam 12.42pm, mereka mahu sambung belibelah di pasar lain.
Wak tak ikut sebab wak mahu beli seluar slack untuk tugasan potong rumput.
Kamus lalat.
Ecer = pisahkan, not in a bundle
Motip = corak, pattern
Movie lalat.
Prey (The Skull) 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Tiktok video lalat:
sedih pulak baca baju anak rantau tu. moga bershopping dapat mengurangkan galau hati
ReplyDelete