Saturday, 31 July 2021

KES BAHARU MASIH DI PARAS 17 RIBU

Kundor Beach sunset @2021.
Petang semalam penulis berlarian ke tefian fantai lagi.
Matcham biasa.

Ooh.
Kes baharu virus covid 19 harini ialah 17,786.
Berbanding 16,840 kes semalam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday, 30 July 2021

HARI KETIGA

No sunrise this morning @2021
Pagi2 tadi berjalan penulis di tengah bendang sawah.
Cuaca agak muram dan mendung.
Ada tanda2 hujan mahu turun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday, 29 July 2021

ON THE SECOND DAY OF 4 KM WALKING

Cloudy Tangga Batu this morning @2021
Seperti semalam.
Penulis berjalan2 sahaja sejauh 4 kilometer.
Di perbatasan sawah padi hingga ke rumah.
Penat memang penat.
Asal keluarkan peluh jantan.
Tapi lontong pula tiada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 28 July 2021

LAMA WAK LAT TAK BERSIARAN

The beginning  of 4 kilometer journey this morning. @2021
Ehh.
Ada juga rakan blogger yg bertanya.
"Wak udah makan, udah mandi, udah tidur?" Hahaha macam orang bercinta pula. Terharu sehh.
Sebab penulis tidak kemaskini blog merapu ini setiap hari.
Sebenarnya penulis kemaskini blog setiap hari juga.
Tapi sepoh (10) hari terkebelakang.
Boleh gitu.
Agar penguntit (pengintai aka stalker) tidaklah mengekori belakang penulis setiap masa.
Rimas tau.

Lagipun penulis agak sibuk dengan urusan memotong rumput.
Dan aktiviti hafazan agar tidak luput dan lupa.
Dan juga bertiktok.

Pagi tadi (Rabu) penulis berjalanan diperbatasan sawah padi pula.
4.17km dalamasa 1jam 19min.
Tidaklah teruk sangat.
Sebab jalan mendatar dan tiada pendakian.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 27 July 2021

PERGI KE MELAKA MEMBELI CINCAU LAH HAWAU

Bukit Rambai sunrise @2021
Tiada aktiviti menarik hari ini.
Selain ambil gambiran ditefian sawah pula.

Sempat jugalah buat konten tiktok di Gerbang Santiago.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 26 July 2021

NASI LEMAK BUAH BIDARA

Tanjung Bidara sunset @2021
Petang sudah berlarian merentas daerah.
Ambil gambar matahari terbenam sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tanjong Bidara @2021
Pengkalan Balak @2021

Sunday, 25 July 2021

MERENTASI NEGERI KE TEPIAN PANTAI TAPI DIHALAU KE TEPIAN SAWAH

Today sunset @2021
Tengahari penulis berlarian merentas negeri.
Banyak pula songeh abam polis di plaza tol itu.
Penulis sudah di cucuk vaksin 2 dos minggu lepas.

Ooh.
Sebenarnya sudah beberapa pekan penulis mencari buah pulasan.
Minggu ini baru berjumpa pulasan Mantin.
RM8 sekilo.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 24 July 2021

BEAUTIFUL BLUE SKY WITH CLOUD FORMATION

Nice sky today @2021
Petang penulis berlarian menaiki bukit dibelakang kampung sahaja.
Itu pun sudah mengah.

Movie lalat. Parker 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
 

Friday, 23 July 2021

KALAU SUDAH DIVAKSIN JANGAN PECICILAN GATAL KESANA KEMARI

Sunset view this evening @2021
Tengahari tiba2 bekalan elektrik terputus pula.
Jadi penulis pun berlarian ke bandar baru.
Ambil duit di bank.
Dan beli ubat kolesterol 20mg sahaja.
Dan beli cheeseburger juga.

Movie lalat. The Tomorrow War 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday, 22 July 2021

HOW MUCH WALKING IS GOOD EXERCISE

Walking improves fitness, cardiac health, alleviates depression and fatigue, improves mood, creates less stress on joints and reduces pain @2021.
Petang penulis berjalan2 sahaja dibelakang kampung.
Sambil menghirup angin petang.

Movie lalat. Life 2017. RT 67%
2. A Quiet Place Part II 2021. RT 91%
Harini penulis tertengok 2 filem ni back to back. "Life" ni kisah kat space psl alien yg turun ke bumi. "A Quiet Place 2" pula citer psl alien yg mengamuk di bumi selepas jatuh dari space. Kebetulan je kan. Rupa alien tu pun lebih kurang sama je.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 21 July 2021

TOK LEH KELIK RAYO

Walking up the hills @2021
Petang penulis sudah berlarian di belakang kampung sahaja.
Seperti biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 20 July 2021

TOLONGLAH JANGAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI KETIKA AIDILADHA

Walking along the jungle with blue sky @2021
Selamat hariraya qurban 1442H.

Ooh.

Pagi tadi penulis dikhabarkan.
Berita sedih penangan wabak covid 19.
Sahabat lama blogger Yunus Badawi (YB) telah kembali ke rahmatullah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang2 soleh.
Amin.
Link blog lama: 2010 Berjumpa di hospital perawi ketika menziarah bonda beliau yg sakit.

Movie lalat. Unfaithful 2002.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 19 July 2021

JALAN JALAN TIKTOK

Today's sunset @2021
Petang jalan2 dibelakang kampung sahaja.

Tiada apa2 yg menarik  hari ini.
Kerja2 memotong rumput pun sudah diselesaikan pada hujung minggu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 18 July 2021

KESAN 2ND DOSE SINOVAC MENAIKKAN NAFSU KUDA

Mines International & Exhibition Convention Center @2021
Link: Pengalaman Divaksin Dos Pertama dan Tetap Lelaki Sejati.

Hari ini penulis mendapat cucukan dos kedua vaksin sinovac.
Walaupun ramainya orangramai di pusat konvesyen itu.
Semuanya berjalan lancar.

Orang kata lepas dapat cucukan dos kedua bolehlah merentas negeri.
Kesana kesini kemari kesana.
Haha. Jangan cepat percaya.

Selepas kena cucukan, penulis bernafsu ya amat nak mamam ayam kepci pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 17 July 2021

JETTY KAMPUNG HAILAM

Jetty Kampung  Hailam Tanjung Kling @2021
Petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke tefian fantai.
Tapi tidaklah penulis tunggu sampai senja.

Dan terasa juga mahu makan sate.
Tapi sate makcik dan pakcik ditutup awal.
"Tadi kita buka kol 3, dah habis wak, " kata laki makcik itu.
Yo wes.

Jadi, terpaksalah juga beratur di gerai sate di hadapan sana.
Punyalah orang ramai beratur.
Pesanan sate untuk dibawa pulang sahaja.

Ooh.
Gambar2 dalam entri kali ini.
Penulis sengaja tidak perkecilkan seperti biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday, 16 July 2021

SECEPAT KILAT KE PWTC

Please hover your mouse to see before and after edit.
If you use handset canggih, please click other than the above image, and click it back.


Pagi tadi penulis berlarian ke PWTC.
Punyalah banyak SJR (sekatan jalanraya) ditempuhi dgn jayanya.

Sempat lagi guna tandas surau PWTC sebelum solat jemuah (Jumaat).
Tapi tidaklah dapat bersolat jemaah juga.

Juga sempat singgah di Laman Sendayan melihat perkembangan pembinaan rumah orang lain.

Ooh.
Pasal gambar diatas.
Sebenarnya penulis boleh membuang semua tiang TNB ditepian jalan itu.
Tapi sengaja penulis tinggalkan sedikit.
Untuk kita sama2 menghargai nikmat hidup ini. ;p


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat