Sunday, 31 July 2022

BUNDARAN HI DURING BLUE HOUR

GrabBike rider is coming @2022

 Ahad, 31 Julai 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Usai solat asar di kost.
Wak pun panggil mamat GrabBike.
Naik scooter langsung ke stasiun MRT Istora (16k = RM4.80).

Mamat tidak berapa tahu jalan di sini.
Sebab dia asli orang Jaktim (Jakarta Timur).
Membebel juga wak pasal dia tidak pakai chantolan ha-pe di pemegang motor spedanya.
Bahaya juga sebab asyik2 pegang ha-pe dan letak dan pegang lagi.

Dibalas juga jawapan dia, sebab yg pake chantolan itu semua orang muda2, wak.
Yasudah.

Selamat tiba di stasiun MRT Istora Mandiri.
Wak pun naik tren langsung ke stasiun terakhir, yakni stasiun MRT Bundaran HI.

Lepak2 sekejap di tepi bundaran yg ramai orang.

Bila mahu masuk maghrib, wak pun berlarian masuk Plaza Indonesia mall.
Musholla di lantai 3.

Kemudian sambung lagi ambil 2 3 gambiran di bundaran.
Dan berjalan kaki langsung ke stasiun Dukuh Atas BNI.
Naik tren langsung ke stasiun Istora Mandiri.

Berjalan kaki ke Pacific Plaza mall yg wak datang pagi tadi.
Singgah di Hard Rock Cafe Jakarta cafe.
Ambil 2 3 gambiran diluar cafe sahaja.

Dan langsung pulang berjalan kaki ke kost.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

AHAD DISEBUT HARI MINGGU

Dogs are not allowed to shit here @2022

 Ahad, 31 Julai 2022.
Jakarta, Indonesia.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Pacific Place mall.
Jarak perjalanan kaki ialah 2.4 kilometer dalamasa 40 minit.

Selepas melawat kedai Hard Rock Cafe.
Wak cadang mahu berlarian lagi ke Bundaran HI (disebut ha-ee).
Tapi harapkan bateri ha-pe, bateri pun takleh diharap. Huhu.

Wak pun berlarian pulang ke kost.

Wak cadang mahu berlarian ke sono disebelah petang ini.
Harap2 cuaca redup.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

For record, the white tshirt (390k, RM117) and the black tshirt (525k, RM157) for sale @2022

Tiktok video lalat:

Saturday, 30 July 2022

SATURDAY IS NOT A VALID SCRABBLE WORD

Pantai Indah, Ancol Jakarta @2022

 Sabtu, 30 Julai 2022.
Indonesia, Jakarta.

Pagi tadi sudah kelaparan.
Rasa mahu makan indomie di dapur.
Tapi ada rakan aNAS suruh panaskan roti canai Malaysia guna mentega.
Sedap dan rangup juga.

Jam 10.20am gitu wak pun berhajat mahu ke Blok M Plaza mall.
Pesan Grabcar tapi pak supir tu sudah batalkan bila sampai depan2 wak.
Jilake mas Joko!
Bila wak pesan Grabcar yg lain tiada masalah pula - tulus dan mulus je.

Di pasaraya Farmers Family dibawah mall.
Wak beli buah2an pisang, epal hijau, limau, roti prata frozen, shampoo, tuala mandi, dll.
Semuanya 340 ribu (RM102).

Balik naik Grabcar pun tiada masalah.

PANTAI ANCOL I WAS

Kali terakhir wak sampai di pantai Ancol  ini pada tahun 2013.
Semasa pulang dari menemani isteri wak dan rakan2 bershopping sakan di Bandung.
Petang tadi wak datang lagi dengan rakan wak, raZAK.
Bekas rakan sekelas semasa di sekolah menengah dulu2.
Dia sudah 2 tahun menetap disini sejak pandemik Covid-19 bermula.

Nak masuk pantai Ancol ini pun dikenakan bayaran ya.
Sibbaik rakan wak ni tahu camana nak download entrance apps.

Mencari masjid didalam kawasan pantai yg agak mencabar disebabkan macet.
Alhamdulilllah dapat juga solat dimasjid.
Walaupun kemudian kami perasan ada mushollah (surau) ditempat2 makan.

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI, LUKA YG BAHARU NAK LETAK DIMANA UOOLSS

Wak sudah lama tidak berjumpa raZAK sejak majlis walimatulurus anak lanang tahun 2016.
Tapi gambar kami tidak ketahuan dimana. Huhu.

Banyak juga yg kami borak2kan.
Bagaimana dengan peredaran tahun dan zaman.
Kadang2 rasa kekesalan dengan pilihan kerjaya masing2.
Walaupun begitu, kena selalu bersyukur dengan apa yg ditakdirkan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ISTORA GELORA BUNG KARNO

Walking into MRT station, Asean @2022

 Jumaat, 29 Julai 2022.
Jakarta, Indonesia.

Petang dari kantor potong rumput.
Wak pun berlarian naik MRT dari stesen Asean ke Istoria Mandiri.
Ini adalah pengalaman pertama kali wak naik MRT di Jakarta.
Cuma 2 stesen dan tiket harga hanyalah 4k (RM1.20).
Cuma mula2 kena beli kartu tiket berjumlah 55k (RM16.50) meninggalkan baki 30k (RM9).

Dari stesen Istoria Mandiri kenalah berjalan kaki memasuki stadium yg luas semedang.
Ramainya orang  ramai didalam stadium, ehh sebenarnya diluar stadium.

Pulang ke kost wak naik semula tren MRT.
Dari stesen Istoria Mandiri tadi dan turun di stesen Senayan.
Jalan kaki sejauh 1.4 kilometer.
Sampai dirumah kost pun terasa patah kaki sebab sudah lama tidak berjalan kaki.

Terasa lapar pula, wak pesan piza atas talian guna Grabfood.
Boleh kann?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Jakarta near MRT station, Istoria @2022
Cityline view from the stadium @2022
Coconut payau after rounding the stadium @2022
Pedestrian bridge at Istoria MRT station @2022

Friday, 29 July 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 5

 

Jalan Purnawarman, Jakarta @2022

 Jumaat, 29 Julai 2022.

Pagi tadi sudah hantar baju dan pakaian kotor ke kak miELA untuk dicuci.

Dan wak berjalan kaki ke kantor dgn kuJAI dan hisHAM.
Singgah di kantin PLN (aka TNB) untuk bersarapan tempe dan pisang goreng.

Tengahari berjalan kaki ke kantin PLN lagi.
Wak pesan nasi ayam penyet dan air putih.

Masjid untuk bersolat jumat pun dekat sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Thursday, 28 July 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 4

On the pedestrian bridge, Jalan Pattimura, Jakarta @2022

 Khamis, 28 Julai 2022.

Pagi2 tadi sudah bangun awal, yakni jam 3.30am.
Buat ibadah sedikit.
Nak tidur semula tapi terkebil2 sehingga subuh, yakni jam 4.52am.

Pergi ke kantor  pun berjalan kaki seperti biasa, dengan hisHAM dan faDLI.
Sempat wak singgah beli buah2an potong ditepian longkang, 30k (RM9).

BIGPAY CARD HAS BEEN DELIVERED

Alhamdulillah.
Setelah memohon pada hari Isnin yg lepas.
Akhirnya kad Bigpay yg dinanti2 sudah tiba dirumah hinggap.

LAUNDRY ISSUE

Semalam sudah terima baju yg sudah dicuci.
Perkhidmatan ekspres tapi ambil masa 2 hari.
Sekarang wak sedang mencari kedai cucian pakaian yg lebih murah.

MAKANMINUMTANGANKANAN

Petang tadi pulang berjalan kaki.
Dengan rakan2 kantor - faiSAL and the gang.
Singgah dulu di restoran Dapur Suami Isteri.
Wak pesan nasi goreng cili hijau original.

Kebetulan restoran ini bersebelahan dengan kedai laundry yg wak baru google siang tadi.
Kata kekunci wifi ada diatas itu.

Lepas solat maghrib di restoran itu.
Kami singgah di kedai vape pula.
Temankan rakan2 beli vape sahaja.
Tapi wak bukan penghisap rokok ya.
Wak hisap benda lain. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

My hair on the sink @2022

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat