Wednesday, 7 October 2015

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON

Selfie.

HARI ini penulis akan menulis karangan budak sekolah tahap SPM Darjah 6+++ sekadar suka-suka. Karangan yang agak panjang. Nota lalat: harga dalam Ringgit Malaysia dan Rupiah Indon penulis paparkan hanya sekadar rujukan semata-mata, bukan berniat takbur, riak atau menunjuk-nunjuk.


Nama aku Blangkon. Tahun aku dilahirkan aku tidak ingat. Aku berwarna merah gelap. Yang aku ingat aku telah dibawa dari pulau Jawa Indonesia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan diseluruh semenanjung Malaya. Aku dan beberapa dozen rakan-rakan aku dalam satu bungkusan plastik telah dibawa ke sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Masjid India. Nama kedai itu ialah Kedai Jahit Tampan Tailor yang terletak

di Arked TAR Lorong TAR, Kuala Lumpur. Nombor telefon kedai itu ialah 017-2646097 untuk rujukan sesiapa yang berminat membeli rakan-rakan lama aku.

Aku adalah blangkon, penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Ada beberapa jenis blangkon yang menggunakan bonjolan pada bahagian belakang blangkon. Bonjolan ini menandakan model rambut lelaki pada masa itu yang sering mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul dibahagian belakang blangkon.

Baru minggu lepas, ada seorang pakcik datang kekedai membeli 2 orang rakan-rakan aku. Dan semalam ada seorang lagi pakcik yang hensem, ganteng dan rupawan, yang selepas ini aku panggil Wak, datang ke kedai bertanyakan tentang aku. 4 jam sebelum itu, Wak telah menerima pesanan dari rakannya di Pulau Pinang untuk mencari blangkon yang pernah dibeli Wak di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Wak telah menggoogle dan berusaha dengan penuh gigih yang mulanya mencari kedai Toko Indonesia (yang tidak wujud lagi) di Selangor mansion yang buruk itu. Selepas itu Wak ke Malayan Mansion pula tapi tidak ketemuan. Akhirnya secara tidak sengaja, Wak bertemu juga dengan kedai jahit Tampan Tailor itu. Wak sangatlah bergumbira dan berasa amat tampan sekali.

Pada mulanya Wak mencari blangkon yang biasa-biasa saja, bukan yang ada ekor seperti aku. Tapi aku lihat Wak pun tidaklah berminat lagi untuk berlarian ke hulu ke hilir ke Wisma Yakin atau memeriksa keseluruhan Jalan Masjid India itu, maka Wak pun terpaksa juga membeli aku yang punya ekor ini. Pada mulanya budak penjaga kedai itu memberitahu harga aku ialah RM35. Tapi Wak telah menawar sambil bergulingan dan akhirnya mendapat harga kasih sayang dari cikpuan taukeh besar tuan punya kedai dengan harga RM30 saja. "Oklah harga itu," getus hati Wak. Lagipun kalau dilaman sesawang harga blangkon biasa ialah RM35, dan blangkon ekor seperti aku ini ialah RM45, dan pos penghantaran pun sudah RM10. COD Klang dan Shah Alam saja katanya.

Setelah tamat urusan akad jual beli, aku telah selamat dibawa pulang oleh Wak untuk dihantar menggunakan pos laju keesokannya (hari ini) ke alamat rakannya di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu. Pada malam tadi, tidaklah aku diusik oleh Wak dirumahnya. Aku dibiarkan saja terperap dalam plastik dalam beg galas Wak. Aku tengok Wak asyik bebenor updet blog poyonya sehingga begadang sampai larut malam.

Tadi pagi, aku telah diletakkan dalam kotak kasut lama Wak dan kemudiannya diselotep. Pada mulanya Wak ingat nak membeli kertas pembalut hadiah untuk dibalut kotak kasut lama itu. Tapi kebetulan Wak terjumpa kotak hadiah lama yang masih elok luarannya dibilik stor tempat Wak memotong rumput itu dan kemudian kotak kasut lama yang aku berada didalamnya disumbatkan kedalam kotak hadiah yang lebih besar itu. Selain aku, Wak juga menyelitkan sekali satu saputangan Bali yang cantik untuk rakannya itu. Memang cantik aku lihat saputangan batik itu, tapi Wak tidak pernah menggunakannya walaupun sudah lama terperuk dalam laci Wak. Sungguh bertuahlah aku dapat duduk bersebelah awek yang cantik sepanjang perjalanan nanti.

Semasa sessi pembungkusan kotak tadi, ada rakan Wak yang perasan dan memberitahu Wak yang beliau telah menggunakan poslaju semalam. Tapi beliau gunakan kotak prabayar. Wak kata sebab Wak dah bungkus cantik aku dalam kotak kasut dalam kotak hadiah itu, jadi Wak akan gunakan poslaju biasa mengikut berat.

Setelah selesai proses pembungkusan kotak, Wak siapkan sekali mengisi borang poslaju warna oren. Selepas itu Wak pun merempit terus ke pejabat pos untuk urusan penghantaran. Bila Wak bersama-sama aku tiba di Pejabat Pos Ampang Park, pintu pun baru dibuka dan ada beberapa orang pelanggan yang beratur mengambil nombor giliran dari mesin nombor giliran disitulah. Wak mendapat nombor 12 - tidak cantik sungguh nombor itu, kata hatiku, "tidak secantik dan seanggun nombor 777." Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat lagi Wak mengambil gambar bangunan Trillion dari tingkap kaca menggunakan iphone cap aiYamnya.

Beberapa minit kemudian, nombor Wak pun dipanggil oleh abe tingkap 4 dihujung sebelah kanan. Wak pun membawa kotak yang aku berada didalamnya kekaunter dan meletakkan dimesin penimbang. Tapi bila Wak tunjukkan borang poslaju yang Wak telah isi sebelum itu dipejabatnya, abe tingkap 4 kata pula, “Wak, ni borang lama, nah amek borang poslaju yang baru nih banyak2 simpan! Wak isi borang baru ni dulu, pas siap leh datang jumpa saya.” Wak pun akur saja, walaupun sudah selalu borang poslaju ditukar formatnya. Dulu warna oren saiz kecik yang susah nak isi kotak-kotak kecik dalamnya, pastu borang saiz besar sikit, sekarang kaler hitam pula. Wak pun mengambil borang poslaju yang baharu dan mengisinya dengan menyalin semula maklumat pengirim dan penerima di papan tempat menulis borang.

Bila usai mengisi borang poslaju yang baharu itu, Wak pun kembali ke tingkap 4 tempat abe tadi yang sedang melayan seorang makcik Filipino. Abe tingkap 4 mula-mula menyuruh Wak tunggu saja dahulu, tetapi kemudian menyuruh Wak ke ahkak tingkap 2 pula yang baru mulakan tugas. Ahkak tingkap 2 pun mengambil borang poslaju yang baharu dari Wak dan memberitahu harga pos ialah RM42.60. “AHDOIII,” wak jerit dalam hati. Menyesal pula gunakan kotak sendiri sebab kalau Wak gunakan kotak prabayar poslaju mungkin tak sampai RM20. Tapi Wak layan saja dan berikan duit RM50 sambil bertanya,’ahkak, berapa berat kotak saya tuh?” “Saya dah tengok timbang kotak Wak tadi, saya yang baca.” Kata ahkak tingkap 2 sambil pulangkan baki RM7.60.

Tapi hati Wak rasa gusar dan tidak tenteram pula, “berapa berat kotak tu kak? Rasa-rasa ada sampai sekilo tak?” Tiba-tiba ahkak tingkap 2 pergi semula ke mesin penimbang sebelah abe tingkap 4 itu. Dan bila kembali ke kaunter tingkap 2 semula, Wak tengok ahkak tu tersengeh-sengeh dan meminta duit baki pada Wak yang berjumlah RM7.40 tadi. “Silap tengok tadilah Wak, songkok je kan memang tak sampai sekilo“ katanya masih tersengeh-sengeh. Ahkak tingkap 2 pun kembalikan duit yang berjumlah RM42.60. Rupa-rupanya harga yang dinyatakan terbalik sebenarnya. Banyak beza tuuuh. "Mangkuk hayun cinabeng punye ahkak!" mencarut Wak dalam hati. "Mukin ahkak tingkap 2 itu ada krisis rumahtangga dengan laki dia tadi mlm kot, sbb tu tak fokus buat keje," getus hati Wak sendirian untuk mententeramkan keadaan.

Semasa entri ini ditayangkan, berkemungkinan besar aku masih dalam perjalanan ke Nibong Tebal dan akan bertemu dengan tuan punya yang baharu. Semoga dipermudahkan. Amin.

.. bersambung di blog Siti Yang Menaip ya! (*siti belum update)

Nota SEO lalat. blangkon area melaka

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Blangkon Jawa berekor, RM30.

Left: Kedai Jahit Tampan Tailor; Right: The salesboy.

Batik Bali.

The new Trillion landmark view from Ampang Park.

The new pos laju form.

55 comments:

  1. Hahaha tergelak sorang2 baca post Wak.. Bab berguling minta kurang harga tu tak boleh tahan tapi kurang RM5 jer.. Ok laa tu Wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berguling2 tu usaha tangga rm5 je mak., hakhak2

      Delete
  2. Kalau 42 hengget, baik hantar sendiri naik bas aje Wak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm42 leh pegi je mak, balik kene tumpang lori balak., harhar2

      Delete
  3. :-)) banyak betul jaraknya rm tu wak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kann mak,, leh saman pejabat pos dan kerajaan yang memerintah tak., huhu2

      Delete
  4. Bagus karangan autobiografi ni. Isi-isi semua cukup rasa. Tapi yang tak faham tang penutup, kenapa sambung dekat blog SYM? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sajalah sambungannya., hehe2

      Delete
  5. Hahahaha karangan darjah 6.. Tp ni up sikit darjah 6+++++...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooh darjah 6 erk? wak ingt tingkatan 6 daaaa., harhar2

      Delete
  6. Tetiba rasa malu lak.. sebab baru tau yg nama nye blangkon huhuu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape nak malu bro, bukannya kita kenal hari2 pon., hehe2

      Delete
  7. Owh blangkon namanya. Ingatkan ape tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blangkon atau songkok jawa., gituuu ., hehe2

      Delete
  8. dah susah nak cari blangkon ni skrg wak...baru tau namanya tu...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang jawa kat pulau jawa pon pakai songkok blangkon nih masa majlis kawen dorg jeer., huhu2

      Delete
  9. Replies
    1. saper yg pakai blangkon tuu? penah tunjuk dlm blog mak takk? hehe2

      Delete
  10. HEH..HEH..SAMPAI NANGIS2 BACA N3 WAK NI..
    LAWA SUNGGUH BLANKON WAK..HENSEN WAK PAKE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak Pah dh abes nanges blom., harhar2 ape yg sodey sangat smpi nanges tu makk., ;p

      Delete
  11. Wak..
    Betul la borang pos laju dah tukar yang baru.
    Tu ari borang yang nak antar benda kecik Wak tu pun kena tukar form baru.
    Dah la kita ni rabun.. borang pulak makin kecik..
    Adeihhhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, kita dh siap2 isi borang ingatkan lagi cepat urusan kann, tetibe kena isi borang baru aper barankks.,

      Delete
  12. Oh! itu nama dia blangkon baru Mrs. A tahu.
    Yelah mujur wak menyuarakan kegusaran tu, kebanyakan ahkak ke ahbang tingkap memang cenggitu gayanya wak, bukan hak dia pun nak jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nih pelanggan je, asek kene buli dgn dorg keje tingkap tak best mak kanns., ;p

      Delete
  13. Borang poslaju pun selalu berupdate tau Wak.....
    Isi siap2 nak bagi cepat urusan, lastnye jadi lambat pulak yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak wat camne, layan jela makk., huhu2

      Delete
  14. tengok tajuk ingat cerita kena pelangkung....
    Ahkak kaunter no.2 patut kena pelangkung kan Wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasa,
      Time musim jerebu ni.. ati pun cepat nak ber-jerebu jugak..

      Delete
    2. mak nasa, xperlar, ahkak tu gado dgn laki dia mlm tadi agaknye kesian gakk., hakhak2

      Delete
    3. cik kak Sham, luar dalam jerebu dan panass lar sangatt nih., kannns

      Delete
  15. hahahahaha dana bg 80 markah utk karangan wak nih....

    nsb lah wak tanya psl berat kan kalu tak free2 je melayang duit wak rm42....
    kalu idak blangkon tu harganya rm70++ termsk pos kui3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh pandainya mak kira siap harga pos lagikk., hikhik2

      80 markah tu dah kira dpt A kann., harhar2

      Delete
  16. Salam Wak!

    Barulah saya tahu ini namanya blangkon! Selama ni tengok aje pernah, namanya memang tak pernah ambil tau :)

    Wah, karangan Tahun 6 Wak ni memang ohsem tau! Tak mungkin budak Tahun 6 mampu bertanding dengan Wak kalau masuk pertandingan menulis esei peringkat sekolah rendah ni....

    Saya pun terkena baru-baru ni. Nak minta borang pos laju tetiba tengok kaler dah bertukar tak comel sangatlah! Saya tanya balik itu form baru ke kat abe muka monster kat poslaju tu walaupun abe tu dah kata tadi masa beri form suruh saya isi aje form baru tu.... Nasib baik tak kena sekeh kepala tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mummy tuu,
      waduhh komen panjang2 dh mcm blog sendiri nih,. hihi2 ai laikes

      lenkali sekeh je abe muka monster tu je., harhar2

      Delete
    2. Wak... budak darjah 6 tak terfikir kot nk buat karangan siap letak no telefon... haha...

      Delete
  17. hahahaha.. siotnye akak pos laju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2, tak baik tau maki orang ., ;D

      Delete
  18. Blh bawa g solat blangkon 2..hehehe

    ReplyDelete
  19. nak kena bukak buku karangan balik ni !!! ohemgi !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh trime blangkon tu blom? ke besok? huhu2

      xyah bukak buku sangatt, cik siti take your time and be yourself jee., hehe

      Delete
  20. hahahaaa ... nasib baik tanya lagi ... byk tu bezanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk giler., leh beli satu lg blangkon ;p

      Delete
  21. Hahaha tak menahan kisah biografi blangkon ni.boleh dapat A subjek BM penulisan.hehe

    ReplyDelete
  22. kembali untuk membuat rujukan eheheh..

    ReplyDelete
  23. wak palai blangkon!! Sesuai sgt jap nak baca full entri

    ReplyDelete
  24. beli jalan TAR ke ingatkan Wak beli di Indonesia...ehh..mcm pernah nampak di blog CT...ada entri berkaitan Blangkon ni

    ReplyDelete
  25. semasa di Yogja hari tu..petugas Istana ni pakai Blangkon..JM ada bergambar ngan dorang....nanti leh tgk dalam entri Yogja

    ReplyDelete
  26. ohhhh patutlah ayah CT humairah tu pakai Blangkon..inilah kisah nya pesanan dari Pulau Pinang :-)

    ReplyDelete
  27. kah kah kah...tawar bergulingan cuma dapat kurang 5 hinggit jew

    ReplyDelete
  28. kah kah kah sbi baik Wak tak accept je bayar RM42 hinggit tu memang menangis lah harga pos lebih mahal dari harga Blangkon..nk dapat RM35 pun dah merayu guling2...ishh pesal ahkak tingkap2 buat keje x teliti betul2....kalau org yg jenis x perasan di bayar dgn harga mahal..ishhh!

    ReplyDelete
  29. Haha... comel comel... harap2 soalan ni kuar SPM tahun ni...

    ReplyDelete
  30. Saya rasa pejabat pos laju ni.... ada BIG PROBLEM dgn kita semua.... SSS SYM FAMF..NHHAS... wak 3lalat pun dia nk cari pasal....


    Cissss kau pos laju

    ReplyDelete
  31. HAHA.. ada pos sampai 40.. nasib wak tanya bnyak kali... huhu

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat