Monday 12 October 2015
SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - QASEH ABADI
Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.
Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.
Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik Qaseh Abadi (QA) yg punya blog ‘Syida Menulis‘ lah pula. Cik Qaseh Abadi aka QA aka Syida adalah blogger keempat yang penulis temuramah untuk segmen ini. Qaseh Abadi tu nama gedik2 ja letak masa bukak email dulu. Saja tak mau letak nama sebenar. Bila dah lama macam malas plak nak tukar. So biar jelah. Kalau ada nak panggil Qaseh ke Qaseh Abadi ke, QA ke ikut suka lah. Tapi penulis lebih selesa dan senang memanggilnya dengan panggilan manja 'cik Suida' pula. Blog Cik Suida: http://syidamenulis.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.
Q1. Cik Suida yang menulis ini sekarang bekerja sebagai apa?
Kerja kerani.
Q2. Berapa lama cik Suida sudah berblog? Blog cik Suida ini sebenarnya lebih kepada barangan Shaklee atau cerita peribadi?
Berblog dah setahun lebih. Lebih selesa kongsi hal peribadi. Shaklee pun yg mana tahu ja, biasanya lebih suka share vitamin yg I sendiri ambik. Sekarng ni macam kering idea sebab tu lama x share apa2 sal Shaklee..
Q3. Kenapa cik Suida mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
Lama dah minat nak berblog. tapi sebab kekangan macam2 jadi x start2.. bila mula ja macam xtau nak tulis apa plak, sebab tu awal2 dlu banyak je pasal Shaklee..
Q4. Cik Suida pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
Wat masa ni tak terfikir lagi, sebab seronok berkawan dengan blogger2 lain.
Q5. Masa pergi ketempat kerja, ada tak satu benda yang cik Suida selalu menyesal membawanya bersama?
Ada. Kunci kereta abah. Hahaha.. Matilah kena marah sebab bawak balik kunci kereta abah ke penang.
Q6. Kenapa tajuk blog ‘Sidah Menulis’? Kenapa tidak letak tajuk ‘Sidah Yang Menaip’?
Nanti sama plak ngan blog Siti Yang Menaip . Hehe..by the way SyidaMenulis k bukan Sidah.. huhu.. habislah nanti lekat plak naam sidah ni.. Tak sweet aarrr... HAHAHA
Q7. Ada tak tempat pelancongan atau sejarah dalam negeri Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai) ini yang cik Suida belum lawati?
Banyak ja tempat yg I tak lawat lagi. I tak reti nak jalan sangat ditambah plak klu xdak kawan.
Q8. Pantun yang cik Suida suka dengar?
Pantun eh, macam tak dak.. Apa2 pantun je lah asal best.. Ok lah bagi juga satu
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
Tak pernah terfikir. Minyak naik ke turun ka, tetap kena isi jugak. Tapi klu naik sampai RM5, memang jalan kaki laaa... HAHAHA
Q10. Cik Suida pernah menterjemahkan surat nikah dari selatan Thailand yang didaftarkan di Kedah. Adakah cik Suida pernah masuk ke Thailand atas apa-apa urusan?
Pernah sampai sempadan je lah, Kayu Hitam..urusan apa lagi kalau tak urusan shopping..:D
Q11. Banyaknya tip dalam blog cik Suida, tapi kenapa tiada tip mencari jodoh?Adakah ianya sesuatu yang merimaskan dan mengguris perasaan?
Nak bagi tips camna kalau diri sendiri pun fail bab tu (tutup muka malu).. Hehek..
I suka share benda yg I buat, kalau I x buat malas nak share sangat.. tgk lah nanti klu dah bertemu jodoh, boleh lah share.. HAHAHA
Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
Tak . Dan tak kan buat...
Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah pula jarak dari pejabat cik Suida ke Esplanade (Padang Kota Lama) Georgetown itu?
Dalam 40km kot..
Q14. Selain blog ‘Syida Menulis’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Suida?
Tak ada..
Q15. Kalau cik Suida memandu kereta my momot itu dilebuhraya, adakah selalu memandu dihadapan atau dibelakang lori?
Jauh dari lori.. Kalau lori potong biar dia pergi jauh2.. Kalau nak potong lori pastikan I lagi jauh.. hehe..
Q16. Kalau cik Suida ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Suida rasa akan lakukan?
Tak pernah terfikir kalau dapat duit banyak camtu.. Tapi kalaulah dapat kan, mestilah nak beli rumah, kereta, bukak bisnes, pergi haji masa muda2 ni..
Q17. Sekarang cik Suida single, kalaulah cik Suida sudah mendapat jodoh, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
Ada niat juga.. Tapi tak kan dok saja..Kalau boleh nak berbisnes dari rumah.
Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Suida tidak suka dengar?
Bunyi nyaring sampai berdesing telinga.. Boleh sakit kepala kalau dengar lama2..
Q19. Adakah cik Suida kenal kumpulan Wali Band dari Indon, muka penyanyi tak kacak tetapi suara mantop yang menyanyikan lagu "ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit, ingat ingat hidup cuma satu kali"?
Tak kenal pun ahli2nya.. lagu2 tu tau lah jugak.. Hehek
Q20. Ada satu entri cik Suida berkenaan abah yang sedih terima hadiah jam tangan, dan cik Suida pun menaiki feri ke Langkawi sambil airmata mengalir laju ke pipi. Pernah tak cik Suida tempekkan gambar abah dalam blog?
Dekat FB pun jarang pos gambar family apalagi blog. I kurang suka pos gambar. Gambar diri sendiri tu boleh lah, tak payah nak minta izin siapa2.. Abah xsuka bergambar, biasanya gambar curi.. Tu yg payah skit nak dapat yg elok.. Huhu
Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik Suida aka Qaseh Abadi aka Syida yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P
Blog bukanlah hakmilik kekal.
70 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah bestnya...bagus jugak kan idea macam ni...
ReplyDeletekata wak warong sate tu, "kalo best bgtau kawan2, kalo tak best bgtau je kat wak," ., kehkeh2
DeleteHehehe...santai lah wak...
ReplyDeletesantai je mak PC kann., kalo soklan ganasz2 nnti takdok saper nak jawab interbiu wak nih., hikhik2
Deletewak ni peminat Wali Band ye..hehe..
ReplyDeletemaneder mak, wali band yg minat kat wak., harhar2 matikla waklu nih ;D
Deletebukan kata wali band, sheila on 7, peterpan, hetty koes endang...semua minat kat wak..hahaha
Deletewak je yang minat kat 26 juta hinggit tuu., harhar2 bolee cikSal?
DeleteHahaha statement Sal kelakar! Abis semua orang seberang minat kat wak!
DeleteHahaha... win komen hg cik sal
Deletemalu plak baca jawapan sendiri... hahaha.. TQ wak tu sudi temu ramah I yang tak fofular ni.. hehek
ReplyDeleteaper nak malu cik suida tuu., "leh tutup lampu, kalo malu" kata ustaz Azhar Idrus yee., kihkih2
Deleteps. timekaselah sudi sporting jawab layan interbiu mrapu waklu nih jeer., ;p
gelak sorang-sorang baca interview ni..jangan Suida jadi Sidah, sudah..
Deletekalo Suida jadi Sidah, Sudah jadi apa? huhu2
DeleteMasa jawab soalan wak tu, tak de pulak watak Kak Senah enter frame ye, Syida :)
Deletekalau Sudah jadi HABIS
DeleteHaha... QA lah plg bnyk nama manja kt blog ni...
DeleteHihihi
TAHNIAH QA..NAK BERKENALAN JUGA SUIDA YG MENAIP NI..ORG PENANG MMG RAMAH N WAK TERLAJAK RAMAH HEH..HEH..JGN MARA AAA..
ReplyDeletebtolla mak Pah, pesan orang tua2, "yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkan," makk kannns ;p
Deletehai top komentar.. hai 3 lalat
ReplyDeleteCik en kembali.. hihi.. lama x mai sini..
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan entri ini Happy Monday All Nufuzie Dot Com's Reader
oke
DeleteSuida kalau nak jalan-jalan Penang, ajaklah Siti yang menaip tu..I tumpang 2 kaki..hehe
ReplyDeletechantek arr camtu, SyidaMenulis dengan SitiYangMenaip dengan SalYangMenumpang., harhar2
DeleteSYM kuasa tiga namanya :)
Deletebahahahahahahahahahahahahahahahahaha..
DeleteHaha... betul gabungan 3 SYM
Deletecik Suida ni 'anak Abah' ye..hehehe
ReplyDelete'anak emak' jugakk., hehe2
Deleteoh.. yang menaip orang lain, yang menulis orang lain...ingat orang yang sama, konfius dah jadinya..
ReplyDeletesaya yang membaca....hahaha
mak nasa, kalo takde yang membaca, saperlar yang nak menulis pula., kannns ;p
DeleteWah nama baru wak bagi SIDAH...
ReplyDelete:-))
ramai bebenor pompuan nama Sidah tu yg dia xmoh, koman katanyerr., hehe2
DeleteHahaha.... comel2... suka baca...
ReplyDeleteSempoi
chomeyy kanns cik huda tuuu., hehe, fantun satuu.,
Deletepecah kaca pecah simen,
tenkiu baca tenkiu komen., ;p
Hahaha... wak wak... slalu buat ku gelak besar...
Deletewahh kelesss...siap ada interview lagi...idea yg sangat bernas....:)
ReplyDeletehehe2 tenkiu timekasehhh.,
Deletehanya penghargaan utk kengkawan yg best2 selalu dtg komen2 blog wak yg biasa2 aje nih., ;p
woah! senang nak berkenalan kalau macam ni...sedikit sebanyak kita kenal walaupun jarang berkunjung ke blog mereka
ReplyDeletegi lar terjah blog dorg tu cik kak Sally., hehe2
Deletejgn lupa ckp wak kemsalam yee., ;p
Good job Wak..
ReplyDeleteSyabas Inspektor Sahab....eehhh :)
untunglar insp sahab yg dpt nama ;pp
Deletewah banyaknya soalan utk di jawab oleh Suida tu hee
ReplyDeletesudah takde rahsia lagi ni heee
kalo rahsia cik Suida tak jawab kat sini ye makk ;p
DeleteTerbaeklah Wak..
ReplyDeleteMelalui interview Wak ni, saya pun dapat bekenalan dengan Syida @ Qaseh Abadi..
Kipidap Wak!
kalo nk lebih kenal, gi la blog cik Syidah tuu., ;)
DeleteSidahhh Sidahhh akan kain di jemuran...hehehehehe... Adehhh la matikkklaa mummy kena pijakk ngan Syida nanti..hehehehe..
ReplyDeleteHamboii Wakk kejenya asyik interview je ea...
kalo keje wak interbiu org jeer, sape pulak nak potong rumput makk ., ;p
Deleteturn sy pulak bila wak??? tertggu2 jg ni hahahahaha
ReplyDeleteiyela tuu ;p
Deletekelas ko wak tanya soklan dah macam masuk majalah Dara!!! ekekekeke
ReplyDeletepesal Wak x interbiew titiew pun iskk!
ReplyDeletewehh JM,interbiu JM kan wak dh publish minggu lepas, x prasan lettewww
Deletehaaaa tudia Wak reply ahaha..
DeleteKantoi JM...
DeleteHa masuk parking x baca signboard ke mcm mn ni SJM
wak pun suka nama Suida tu eh, that name tu ada isah d sebaliknya
ReplyDeleteasyik Wak je interbiuw org nak interbiew wak plak boleh?
ReplyDeleteasyik wak je interbiew blogger top commentar ni nk interbiew wak plak boleh?
ReplyDeleteSaya nak interbiu wak boleh?
Deleteiyelar tuu, nak interbiu wak yg takde ape2 nih katanyer., hewhew2
Deletepergh syida, suida, sidah, kak senah semua ada
ReplyDeletepelik!!! Nape soalan Wak pasal bergambar ngan ular sawa tu ek nape x tanya bergambar ngan kida ke arnab ke lembu ke kambing ke ayam ke baru best nk jawab :p
ReplyDeleteBergambar dengan arnab ke lembu ke,...itu tunggu soalan sis JM lah,...
DeleteErr, 'kida' tu apa? Anak angsa ke anak unta hikhikhik
aduss cikgu ceketed!!! tutup muka malu....heeeee..queen of type
Deletekidaaaaaa oowh kida... (baca : kuda) kot ahaha..
Deleteinilah parahnya komen guna TAB huhuh
Deleteehehehe CT paling suka baca soalan jarak2 tu..
ReplyDeleteSebelum ni pernah baca soalan pasal jarak tu.. beria membaca.. rupanya takde kena-mengena pun dengan jarak tu.. ekekeke..
ReplyDeleteHaha... wak mmg cam gitu...
DeleteTajuk entri tak de kena mngena dgn citer lagi kan sering d buat nya... hihi
Dari soalan soalan yg diberi, nampak betul Wak agak prihatin tentang tetamu wak ...
ReplyDeleteYes... he did his homework very well....
DeleteBest student Wak ni masa skolah....
Tengok karangan "kopiah jawa" pun dah tau dah...
Hihi