Tuesday, 27 October 2015

INTERCHANGE AT CHAN SOW LIN

Chan Sow Lin LRT station.

HUJUNG minggu kelmarin yang agak sibuk.

Urusan jual beli flat rumah murah yang masih belum selesai. Hari Ahad ialah hari bekerja bagi jabatan kerajaan negeri:
7.30 Pagi penulis telah menyuruh pembeli datang ke Skudai Parade untuk tandatangan borang pindah milik.
8.05 Pagi penulis tiba di kaunter Pejabat Tanah Galian, Larkin, bayar cukai tanah.
8.30 Pagi Penulis tiba di kaunter MPJBT, Skudai, bayar cukai harta rumah sedia ada.
9.05 Pagi Penulis mencari-cari pesuruhjaya sumpah dekat Good Hope Hotel, tapi belum buka.
9.30 Pagi penulis tiba di MPKu, Kulaijaya, bayar cukai harta flat rumah murah (yg untuk dijual).
9.45 Pagi penulis mengkopi 100 Plus sementara tungu pesuruhjaya sumpah buka pejabat atas KFC Kulai.
10.05 Pagi penulis jumpa pesuruhjaya sumpah dan tandatangan borang pindah milik. RM4.
11.00 Pagi penulis tiba di Pejabat Perumahan SUK Nusajaya, serahan dan semakan borang pindah milik. Semua dokumen lengkap, kecuali geran asal flat rumah murah dan surat pengesahan terkini pembeli (2015).
12.05 Noon penulis tiba lagi MPKu untuk mendapatkan salinan geran, rupanya penulis tersilap jabatan.
12.45 Noon penulis tiba di Pejabat Tanah Galian, Larkin lagi bertanya pasal geran, tapi selepas membuat siasatan dalam komputer, staf menyuruh penulis mengambil salinan strata di Nusajaya pula. Tapi penulis tidaklah tahu dimana Jabatan Perumahan disana. "Wak cari je bangunan yang macam takde bumbung," sampuk abang staf kat luar kaunter yang sibuk tak sabar menyuruh rakannya (yang sedang melayan penulis) dalam kaunter memeriksa PTD dalam komputer itu.
1.30 Noon penulis santap nasi ayam penyet di LC Catering yang sedap itu. Urusan disambung minggu hadapan. Sebenarnya penulis boleh saja terus pergi semula ke Nusajaya untuk mendapatkan strata geran itu, tapi rasanya penulis pun penat ke hulu hilir saja.

Gambar animasi diatas penulis rakamkan ketika menunggu keretapi di stesen LRT Chan Sow Lin. Kebosanan mencipta kelainan kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Penyet for lunch, LC Catering Jalan Tebrau. Alone matcham biasa.

18 comments:

  1. Tu belum kira nak hadap jalan sesak lagi.. eemm.. parking senang tak wak kat sana..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking kat mana mak? kat nusajaya no problem, parking kosong bersepah ., hehe2

      Delete
  2. Replies
    1. mmgla bz mak sbb ada urusan seri paduka baginda kene settle je nih., hehe2

      Delete
  3. just nk tanya pedas x sambal ayam penyet ni? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcozla pedas cik anies yee., kalo x pedas bukan sambal namanyer.,
      tp xlah sepedas smpi bercucuran peloh jantan atas dan bawah yee., heeee2

      Delete
  4. Jauhnya dari Nusajaya sampai ke Chan Sow Lin.
    Guna agen hartanah aje Wak..tak yah fening2..tinggal sign & bayo aje..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. releksla mak, mmg weekend wak kat jb so buatla urusan kat pejabat kerajaan negeri kan bukak hari ahad, chan sow lin tu sbb wak nak balik memotong rumput yee.,

      kalo pakai ejen bole je, ongkos pon riban riban jugak mak., lgpon ejen tak janji bila leh siap cepat, kalo leh buat urusan sendiri lebih baik gituu., huhu2

      Delete
  5. cmane rupa la bangunan yang macam takde bumbung tu..

    ReplyDelete
  6. mak ai...urusan dari pagi sampai tengahari
    kalah PM dah ni...hehe
    wah...nasi ayam tu bikin lapo la!

    ReplyDelete
  7. tertarik dengan gambar tu ... terbaiklah wakk memang pro tangkap gambar video ni :)

    ReplyDelete
  8. Kok kemercer wak nyong dadi ney ndelok ayam penyet kuwi....hihi....
    Banyak kerja jugak ek nak jual beli harta ni....

    ReplyDelete
  9. lamanya buat urusan jual beli tu dar jam 7.30 sampai jam 1.30 baru selesai...almost 6 jam...kematu bontot eh

    ReplyDelete
  10. pernah mkn nasi ayam penyet tapi mmg x de su eh..rasa nk tercekik lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, selalu hidangan ayam penyet ada sayur asam kan,..

      Delete
  11. Busynya wak. Tu baru setengah hari! Kena pakai PA dah wak ni... :)

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat