Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.
Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.
Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik kak Sham yg punya blog ‘Ibu Sham‘ lah pula. Cik Kak Sham atau nama sebenarnya Shamsiah Abdul Rahman adalah blogger keenam yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blogger cik Kak Sham ini baru pulang ke tanahair setelah mengikut suami bertugas di Kuwait selama 10 tahun. Blog Cik Kak Sham: http://sarfaeiz.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.
Q1. Cik kak Sham sekarang sudah berada di Malaysia. Rasanya akan pergi lagi ke Kuwait?
Insya'Allah.. rasanya mungkin akan pi sana jugak lagi nanti sebab Cik Asben masih ada kontrak kerja kat sana. Tapi kut boleh.. tak yah la kut.. baik duit tambang tu buat belanja pi tempat lain jer.
Q2. Berapa lama cik kak Sham sudah berblog?
Bln 12 ni.. masuk la 4 tahun.
Q3. Kenapa cik kak Sham mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
Dulu berblog kononnya sebab nak isik masa lapang.. ye la dok sana.. rasanya ada 'extra' masa sikit nak layan syok sendiri. Tapi lelama rasa macam best la pulak.. perasaan tul la..
Q4. Cik kak Sham pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
Yang sebetulnya dah 2 kali jugak blog tu kena 'tutup sementara'.. sebabnya.. sebab ada langau yang terlampau banyak masa lapang nak men-skodeng blog Kak Sham yang ntah ape-ape tu.. tapi last-last bukak jugak balik.. sebab rindu nak membebel sensorang.
Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik kak Sham selalu menyesal membawanya bersama?
Setakat ni.. tak ada la pulak. Sebab setakat ni.. semua yang Kak Sham bawak.. semua memang nak guna masa travel.. tapi kut la ada.. tak ingat la pulak.
Q6. Cik kak Sham suka mengambil gambar guna kamera dslr yang besar gedabak itu kan? Apakah pengalaman yang tak boleh dilupakan ketika mengambil gambar di tempat awam di Kuwait?
Kena maki dengan Minah Arab yang 'perasaan' kita nak snap gambar dia walhal kita cuma tuju ke arah dia. Dah lepas tu siap dia nak tengok pulak gambar-gambar yang ada just nak make sure kita tak ada simpan copy gambar dia. Tapi semua tu pengalaman. Lepas tu.. kita sedia maklum la kan.
Q7. Cik kak Sham pernah travel ke Kuwait, China, Dubai, Iran, Madinah, dan Mekah. Ada tak negeri dalam Malaysia yang cik kak Sham belum lawati?
Dalam Malaysia.. tersangat laaaaa banyak. Sampaikan Pulau Langkawi tu pun tak sampai jejak ke sana lagi. Walhal dah banyak kali jugak plan nak ke sana. Tapi asal tiap kali balik.. sure ada sebab yang buat kami terpaksa bertukar lokasi ke negeri lain.
- agaknya Cik Asben memang tak redho Kak Sham nak pi sana kut.. takut nanti terjebak dengan pinggan mangkuk yang macam-macam tu.
Q8. Pantun yang cik kak Sham suka dengar?
Ntah.. macam-macam. Especially pantun bab-bab cintan-cintun.
Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
Ikhlas.. selama kami dok merantau di Kuwait.. setakat RM25 pun boleh tahan sampai 1 minggu nyer travel dari rumah ke bandar. Jadi ni dah balik for good.. baru la nak fikir bab-bab kenaikan harga minyak ni.
- tapi sebenarnya.. minyak di Malaysia ni memang mahal. Asal nak keluar jer.. kena isik minyak.. asal nak keluar jer.. kena isik minyak. Tapi kalau sungguh minyak naik sampai RM5.. tak lama lagi.. ada la menteri yang kena C4.
Q10. Cik kak Sham pernah cuba makan di restoran Arab di Malaysia?
Ada jugak.. tapi cuma baru sempat cuba 3 buah restoran. Tapi sedikit sedih.. memang rempah yang digunakan sedikit lain and rasanya.. rata-rata semua dah alter ikut tekak orang Melayu. Tapi takda hal la.. sebab memang tak ada hati pun nak repeat makanan Arab. Makan nasik ulam cicah ngan budu atau sambal gesek.. dapat gulai ikan parang ngan peria ke.. gulai daging salai ke.. khalass.. kompom nasik bertambah.
Q11. Hampir setiap hari cik kak Sham update blog terutamanya resepi makanan. Pernah terfikir untuk membuka restoran makanan?
Restoran tu.. ntah la.. tak berapa minat dengan commitment yang berat macam tu. Tapi nanti-nanti ada rezeki Kak Sham share cerita projek terbaru.. tungguuuuuuu..
- ada la kena-mengena dengan bab makan-makan ni jugak.
Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
Tak pernah dan tak pernah masuk dalam wishlist benda nak buat pun.
Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Ingat lagi tak jarak pasar ikan Souk Sharq dari rumah cik Kak Sham di Kuwait dulu?
Jarak rumah ke Souk Sharq.. tak pernah kira pun. Walhal seminggu sekali memang kena pi sana jugak. Cuma kalau by travel hours.. kalau jem.. kena la dalam 30 minit.. otherwise.. dalam 20 minit jer.
Q14. Selain blog ‘Ibu Sham’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik kak Sham?
Ada la 1.. tapi rasa memang dah 'mati' pun.. cuma kut Wak terjumpa yang hampir-hampir sama dengan blog Ibu Sham tu.. abaikan sajalah.
Q15. Pernah terfikir untuk menulis buku resepi masakan?
Tak.. sebab nyer.. Kak Sham ni masak jenis semua main campak-campak jer. Susah la kut orang tanya bab sukatan..
Q16. Kalau cik kak Sham ada duit dua puluh enam juta hinggit, apa yg cik kak Sham rasa akan lakukan?
Ntah la Wak.. susah nak jawab.. sebab rasa nyer takkan sampai banyak macam tu pun. Jadi memang tak pernah nak membiolkan otak dengan benda-benda luar kawalan macam tu pun.
Q17. Sekarang cik kak Sham surirumahtangga sepenuh masa, pernah terfikir untuk bekerja di pejabat?
Pernah terfikir jugak.. sebab dulu masa zaman kerja kat opis.. sempat la jugak pi layan diri ke saloon.. cuci rambut (walaupun berhijab).. pi buat facial.. shoping kasut and jam (favorite tu).. tapi bila fikir balik.. dok rumah.. baring-baring.. buat benda-benda yang kita suka.. tu lagi best..
Q18. Kalau cik asben suka budu, amsyar suka sayur tapi hazeem tak suka sayur, dan arif suka makanan berbunyi, apakah bunyi atau suara yang cik kak Sham suka dengar?
Ntah.. tak pernah terfikir.. sedangkan kalau dengar lagu pun.. semua Kak Sham layan.. so rasa nyer.. ikut mood jugak la kut.
Q19. Selama hampir 10 tahun cik Kak Sham tinggal di Kuwait, pernah berjumpa dan selfie dengan penyanyi atau artis seperti Nancy Ajram, Amr Dhiab, Karem Mohsen, atau Tamer Hosny? Atau pernah selfie dengan unta Arab?
Semua nama-nama yang kat atas tu.. tak pernah la pulak.
- Tapi dengan Pak Jamal tu ada la.. bukan setakat selfie jer.. naik atas Pak Jamal pun pernah. Last-last kita yang gayat nak turun.. Pak Jamal tu.. tinggi babe.
Q20. Cik kak Sham pernah masuk ke negara Iraq?
Iraq.. tak pernah dan tak pernah termimpi pun nak pi sana. Tambah pulak Cik Asben pun tak pernah bagi izin.. lebih-lebih bila mengenangkan anak-anak sure boring kalau pi sana.
Ibu Sham ini agak lambat memberi jawapan wawancara penulis kali ini dan penulis pun risau juga kalau menyusahkan beliau. Tetapi kemudian beliau menjawab, "Ishhhh.. tak ada apa pun. Best gak.. tak terfikir soalan2 yang Wak tanya tu.."
Kelmarin, Ibu Sham pun sudah memberikan penulis ole-ole cenderahati dari Kuwait juga.
Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik Kak Sham aka Ibu Sham yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:
1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM
6. 19/10/15 - Ibu Sham
Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari mendatang? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Wak, wartawan ni part time ke full time, camne ngan potong rumput.....
ReplyDeletewartawan pencen jeer nih ., ;)
Deletetahniah utk Sham oh dah adakat malaysia rupanya, imgtkan masih di kuwait
ReplyDeletegi la jenguk blog ibu sham tu makk, tgh meriah buat catering katanyet bila balik mesia nih., ;)
DeleteBagus gak wak temuramah ni, kami yg newbies blh knl otai2.... Kipidap don givap
ReplyDeleteini kali je lar., hehe2
Deletemesti banyak n menarik pengalaman ibu sham di kuwait ni nak cuba singgah blog beliau...kalau wak xupdate n3 gini xdpt kita nk kenali blogger2 selain yg sering menyapa kita.
ReplyDeletegi la saper blog ibu sham yg peramah tu mak Pah., pastu jgn lupa dtg balik blog wak nih yee ;p
Deletebest baca blog kak Sham ni terutama bila dia citer pengalaman dia kat Kuwait n gelagat anak-anak.. pandai masak gak ni, tau je dia nak alter ikut bahan-bahan yang ada.
DeleteHaha... sempoi lah kak sham....
ReplyDeleteAda menteri kena C4...
Muahaha
hahaha..naik RM 5 memang 'tak lama' lah menteri tu..
Deletecayalah wak, interview Ibu Sham yang sporting ni..hehe.one of my favourite blogger jugak..nanti dia balik ke Kuwait, ada niat nak follow sekaki..hihihi
Deletewak pon x phm c4 tu ape kebendanyer? harhar2
DeleteCik sal... i nk ikot jom jom jom
DeleteWak ... menteri kna c4... okay kita bukan menteri itu...hahaha
DeleteSalam ukhuwah untuk blogger Cik Kak Sham...thumbsup lah wak..
ReplyDeletegi lar terjah dan bersalaman dgn ibu sham disana disana mak PC yee ;)
DeleteWak tak teringin nak memotong rumput kat Timur Tengah ker? Hehehheheeee
ReplyDeletehai kak sham
ReplyDeleteJom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom jadi salah seorang peserta: Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan entri terbaru cik en Veterinar | Peralatan Penjagaan Harian Haiwan
x abes lg yee GA cikintan nih., hiks2
DeleteOwh cmna sy bley tak kenal kak sham ni ye..adoii
ReplyDeletexper mak kutu tuu, skrg pon leh kenall jugakk., jgn x kenal langsung yee., ;p
DeleteAsalamualaikum wak...selamat pagi wak...cik sham ni pun yan baru kenal...
ReplyDelete:-))
waalaikumsalam k yan, berkenal2an la kekiter ;)
DeleteAntara blogger yang kita follow awal2 lagi dulu...suka dengar dia bebel-bebel...
ReplyDeletebebel je kann., tp mendalam tuu ;p
Deleteibarat nasihat seorang Ibu...tegur sebab sayang kan..
Delete26juta wow!
ReplyDeletexnak sudahh., alalaaa ;p
Deleteyui sggh isnin..
ReplyDeletetimekseh yui sudi jenguk singgah2 blog wak nih ;)
DeleteWah..bagus juga ada interview macam gini. Usaha yang suci murni Wak.
ReplyDeleteBoleh kita kenal bloger2 senior lain. Jap lagi nak singgah Blog Kak Sham lah. Mak nak belajar masak :D
mak Fidah punye segmen kuar tak lama lagik yee, tunggu., hehe2 tq
Deletebila segmen kak Fidah ni..I tunggu depan TV..hihi
Deletebagus idea ni...boleh mengenali dgn lebih rapat lagi kwn2 blogger....akak je yg dah xde masa mengadap blog....naik bersawang dah blog...adeh
ReplyDeletexper akak NzA tuu, blog suke suki jeeer., ;D
DeleteHi Ibu Sham selamat berkenalan.. hehhehee
ReplyDeletemummy ronda2 pagi isnin kat sini ye wak.. breakfast tak dak ka? keh keh keh :P
Self service mummy... pot luck kata Wak...
DeleteHihihi
sekali self service daaa... :P
Deletesinggah sini dan terus polow....bestnyeee kene interview camni cam artis terkonal pulak rasenye....kikiki....nanti nak terjah blog Ibu sham pulak pasni...lepas ni sape pulak wak nak interview tak sabo nak baca...hehehe
ReplyDeletedah balik rupanya.. klu nak kenal2 kuwait nampaknya kena baca entry lama lah kan
ReplyDeletedah boleh jadi wartawan bertauliah wak ni...hihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Wak,
ReplyDeleteBaru balik dari beniaga ni.. dari mata dah melayu.. ye la kul 3 tadi dah kena bangun masak.. terus celik..
Mekasih bebanyak la Wak.. terharu la plak kita.. rasa macam retis la pulak.
Adik-adik yang bagi salam kenal tu.. insya'Allah lega-lega sikit K.Sham pi balas ziarah ya.
- Cerita Kuwait.. abis dah kut.. cerita pasal Tanah Malaya lagi best.
Fulamak soalan..mencabar betoi kehkehkeh. Tapi xde lagi jawapan cliche artis 'no komen'.terbaik lah lalat tiga
ReplyDeletekahkahkahkah.....tak bole blah kerusi tuh..seksi nak mam***.......seseksi seksi Miley Cyrus pon tak bole lawan..lolz!
ReplyDeleteBila baca jawapan kepada Q6,rasa annoying dgn minah arab tuh.....perasan model gila..kekwat..kekekkeee...
soalan Q9 plak dah macam wartawan TV3 punya soalan pulak...kahkahkahkah......tanyalah sekali komen pasal kenaikan tol..lol.......daebaklah tiga lalat nih..macam wartawan pro pro plak........
Best Wak interview blogger..
ReplyDeleteSegmen yang sentiasa saya tunggu setiap Isnin dan Khamis (macam hari puasa sunat daa..)
Mesti mengintai blog Wak.. hihihi
hahahahah gelak sy ttg minah arab yg perasan tu hahahahaha
ReplyDeletewahhh, ade jugak yer, hehe~ tahniah yg diintervieww tuhh, hehehe
ReplyDeleteIni second time baca sampai khatam.
ReplyDelete1st time hari tu tak sempat habis wak, coz terus terjah blog Ibu Sham pastu yang best Ibu Sham pulak singgah blog Mrs. A camne tau sebab dia tinggalkan jejak ler... ngeh! ngeh! ngeh!
saya kenal lagi blogger yang ni
ReplyDeletekenal jgk ibu Sham ni..dh lama x terjah blog beliau
ReplyDelete