Monday, 26 October 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - NNHAS



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik Huda aka NHHAS yg punya blog ‘Real Life Is Real‘ lah pula. Cik Huda adalah blogger kelapan yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blog cik Huda: http://hnr318.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... Hi Wak...
Terima kasih Wak... Acaner nhhas yang sangat lah tidak glamer ini ter masuk dalam senarai calon temuduga Wak... Hahaha... fe-feeling like a menteri arh kena interbiew... Sekejap ye, nak duduk silang kaki sket... camera rolling... all set... let's go... " "Bismillahirrahmanirrahim ... " mukadimahnya.

Q1. Cik Huda yang menulis ini sekarang bekerja sebagai apa?
errr... banyak pekerjaan saya ...multi tasking gitu katanya... hihihi...
Yang paling pasti "servant of Allah" ... yang sedapat mungkin dalam usia yang berbaki ini sedang berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik, dan memberi kebaikan dan pulang menemui Allah S.W.T. dalam penuh kebaikan dan keberkatan. Insya Allah... Please keep me in your doa ye Wak dan kawan-kawan sekalian.

Q2. Berapa lama cik Huda sudah berblog?
Saya mula menulis blog pada 26 December 2008. (maybe earlier than that date, tapi mungkin entri tu dah di re-publish kot)
Dengan anggapan itu entri pertama, maka sehingga 15 Oktober 2015, saya sudah berblog selama 6 tahun 9 bulan 19 hari (lebih kurang).

Q3. Kenapa cik Huda mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
Ada banyak sebab kenapa saya ada blog. Antaranya ... sebagai tempat saya release tension... Haaa... Saya pernah buat satu entri tentang "Sebab-sebab saya ada blog" ... hahahaha... jemputlah baca sambil makan jemput-jemput ya ...
http://hnr318.blogspot.my/2011/04/audience-n-reason-of-having-blog.html
Tapi first kick start I explore to own a blog ialah ketika 8 tahun dulu, saya baru pandai baca novel online. Hahahaha. Kebetulan saya cuti 2 minggu sebab kena chicken pox, so saya pun explore lah macam mana nak buat blog... Hihihi ...

Q4. Cik Huda pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
Ntah lah ... tak perasan pulak pernah ke tak ...
Tak de kot ... Cuma kalau saya sibuk dan banyak kerja saya abaikan sahaja blog ini "seperti isi padu gas" ... seperti pada tahun 2013 dan 2014...

Q5. Masa pergi haji tahun 2011 yang lepas, adakah cik Huda pernah makan aiskrim ditengah malam disana?
Hahahaha... apa punya soalan ni Wak...
Err... Semasa musim haji yang lalu, makan aiskrim tengah malam macam tak pernah rasanya.Tak ingat lah... Tapi tak tengah malam sangat adalah ... day time... tapi jarang lah.
Masa saya pergi umrah dulu-dulu, saya makan aiskrim mango sedapnya. Masya Allah.
Tapi masa g haji haritu - macam tak jumpa pulak aiskrim mango yang sedap tu. So saya banyak minum air mango je lah. SR5 je kan Wak kan kan kan... pastu hotel saya tu sebelah dengan kedai nasi arab... marvellous ... marvellous ... marvellous... sedapnya...Masya Allah... dah lah murah... adoiii... terliur dah...
Pastu masa g haji - malam-malam saya merayap ngan adik pergi beli donut dengan kfc... Wak makan tak kfc depan masjid tu? Pastu kami borong coklat twix dengan banyak nya... murah Wak coklat kat sana ... hihihi ...

Q6. Kenapa tajuk blog ‘hnr318’? Ada kena mengena dengan kereta cik Huda pakai sekarang atau sebelum ini kah?
Hahaha... tak ada kena mengena dengan kereta saya ...
Sebenarnya saya nak register nama blog ni dengan nama lain, tapi saya petik-petik, url tu tak boleh daftar, dah ada orang guna kot. Saya main-main ... TER daftar hnr318 - aiseh, lepas pulak ... so layan jer lah... hnr - mixing up my name, 318 my birthday.
Errr... Wak, boleh ke nak tukar url? cer ajarkan saya...macam mana.

Q7. Cik Huda sudah banyak kali mendaki Broga Hill? Kenapa tidak mendaki Gunung Kinabalu yang tiba-tiba runtuh dilanda gempa bumi itu?
Waaa.... bagus lah Wak, siap dah buat homework kat blog picisan saya tu. hihihi. Errr, saya sangat lah teringin nak panjat kinabalu tu... Dah banyak kali cubaan mendaftar dilakukan. When I was a little bit free, registration already full, time ada slot kosong, saya pulak bizi...Sampai dah patah donkey ear tu ... masih belum berjodoh nak panjat. Tunggulah kot-kot ada rezeki, Insya Allah sampai ku nanti bah.
Tapi kaki gunung kinabalu saya dah sampai... hihihi... Hot spring Poring pun dah sampai. Alhamdulillah... Dah beberapa kali juga sampai Sabah ni.

Q8. Doa harian yang cik Huda selalu amalkan?
Antaranya doa bangun tidur, doa makan, doa masuk toilet, doa tengok cermin, doa keluar rumah, doa naik kenderaan dan macam-macam lagi ...
Sambil-sambil jalan kaki pun boleh baca doa, antara yang saya suka lafazkan doa ni : (sebab ada lagu UNIC buat doa ni kan)...
"Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dalam iman,
Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman, dan masukkan kami ke syurga mu dengan iman. ...
Ya Allah berilah kami kesudahan yang baik pada masa terbaik dalam keadaan terbaik dan disemadikan disebaik-baik persemadian.
Ya Allah rezekikan aku syurga firdausmu bersama seluruh ahli keluarga ku dan sahabat-sahabat yang ikhlas bersamaku kerana Mu Ya Allah"... Allahumma aameen...
Bila saya duduk renung, termenung dan memikirkan - kita bersama dengan semua yang kita kasihi di dunia, tapi macam mana kalau kita tak dapat bersama di akhirat. Nauzubillah. Mintak dijauhkan lah ... Sedih dan takut tiap kali terkenangkan itu.
Kadang-kala, bila tidur malam, saat saya baring kat katil tu - saya selalu terfikir, Allahuakbar, selesa nya pembaringan saya, luasnya bilik saya, terang nya bilik saya (sebab ada lampu kan)... buat kan saya terfikir, Ya Allah, bagaimanakah kuburan ku nanti - keluasannya, cahayanya, serangan-serangannya... Ya Allah... terus tak jadi tidur, bangun baca Quran.
Kawan-kawan semua tolong doakan saya sama ya... takut rupanya nak mati ni. Tapi kena selalu ingat sebab semua yang bernyawa pasti akan merasai mati. Huhuhu ...
Kawan-kawan semua jangan lupa baca al-mathurat hari-hari tau... Jangan tinggalkan. Banyak doa-doa dan zikir yang baik yang boleh diamalkan. Insya Allah.
(ayyakkk lari topik sudah)

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
Pernah tak terfikir kenapa tak bagi free je...
Harga minyak mentah jatuh "banyak mata" 2014 to 2015, tapi kenapa harga kepada pengguna tidak turun secara signifikan? Adakah dengan alasan, perlu menjual dan menghabiskan stok minyak harga mahal ? hahahaha... Dah tu minyak harga murah tu bila pulak masuk pasaran? Yang eden nampak, Oil and gas refiners prosper from de lower oil prices scenario ni... Not the end user... Ntah lah ...Cuba Wak terangkan ... pening arh... hihihi...
Tapi harga minyak kat Brunei dan Arab murah kan Wak kan kan kan ...
(Sekali lagi lari topik... haishhhh)

Q10. Cik Huda pernah melawat Australia, Indonesia, Mekah, dan Jepun. Ada tak negeri dalam Malaysia yang cik Huda belum lawati?
Saya dah pergi ke 13 negeri dan 2 wilayah persekutuan.
W.P. Labuan je saya tak sampai lagi... terlepas feri... hahahaha...boleh gitu?

Q11. Banyaknya tip kerohanian, keimanan dan motivasi dalam blog cik Huda, tapi kenapa tiada tip mencari jodoh?Adakah ianya sesuatu yang merimaskan dan mengguris perasaan?
Hahaha... tak ada ke? Ada lah wak... cer cari cer cari... ada ...

Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
Tak pernah dan harap-harap takkan pernah.

Q13. Rasanya tiada panggung wayang di Bandar Baru Bangi. Rasa-rasanya mat rempit ada tak?
Errr... tak pastilah wak... Apa kata Wak try buat survey ... Hihihi ...

Q14. Selain blog ‘Real Life Is Real’ ini, apakah nama facebook kepunyaan cik Huda dan adakah dibuka untuk umum?
Saya tak ada facebook. So tak payah susah-susah cuba cari... Hihihi ...

Q15. Cik Huda adalah penjual telekung ‘Telkung Cotton for travel’ kan? Cik Huda pernah menggunakan telekung di dalam surau atau mesjid yang sedia ada ketika travel walaupun berbau hapak?
Pernah tapi amat jarang. Sebab saya selalu bawak telkung sendiri, atau paling tidak, tudung saya Insya Allah ready for solat.
Tapi tapi tapi ... pernah sekali terjadi masa saya kat jepun - masa trip kerja luar - saya pakai tudung awning keras, saya tengok jadual sempat nak balik hostel solat kat hostel... nak dijadikan cerita, selalunya memang saya bawak telkung travel saya tu, ntah macam mana site visit haritu TER tak ada dalam bag... punya lah menggelabah macam mana nak solat. Sampai da lewat petang tiada ura-ura site visit tu nak berakhir ... Maka saya telah memaksa site visit tu ditamatkan dengan kadar segera supaya saya dan rakan-rakan boleh rush balik solat. Dipertengahan jalan, sesak pulak... adoyayy... sebab orang balik kerja.... Ya Allah... cemasnya takut waktu habis. So pengajarannya.... saya tak nak dah pakai tudung awning keras tu... huhuhu...
Itu antara kejadian paling scary dalam hidup saya ... huhuhu... biar telkung hapak Wak, asal ada, asal bersih dan boleh bawak g solat... huhuhu... mana nak cari telkung tengah-tengah jepun tu ha... adoiii...
Dah baca entri solat kat luar negeri? Hihihi... kalau tak kerana travel, saya pun tak reti nak solat kat kaki lima dan dalam fitting room... hihihi...

Q16. Kalau cik Huda tiba-tiba ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000) dalam akaun Maybank cik Huda, apa yg cik Huda rasa akan lakukan?
Kalau tiba-tiba ada? Agaknya saya dah kena tangkap dan disoal siasat mana datangnya doplohnamjuta hengget ni... hadoiiii ... scary ... Eeeiii mintak dijauhkanlah dari ujian-ujian harta ni...
Hmmm tapi ada caranya macam mana nak dapat doplohnamjuta ni. Sehingga 15 Oktober 2015 populasi penduduk Malaysia dilaporkan sebanyak 31,112,831 orang. Kita abaikan ralat umur dan sebagainya sebanyak 15%, baki 85% tu - boleh lah bagi saya seorang seringgit ... ha cukuplah dapat doplohnamjuta tu kan ... hahahah... masalahnya sapa lah nak bagi tu kan... hihihi... Singgit pun berkira tau...
But, let say lah tetiba betul-betul dapat duit yang banyak ... apa boleh dibuat? Jom #BeranganIsFree.
Pertama, saya akan cuba beli share dalam facebook (supaya dia berhenti jadi fitnah book) ... hahaha... cukup ke ?
Kedua, saya akan beli stesen tv atau broadcast - supaya saya boleh control siaran yang disiarkan. Sakit betul lah tengok siaran kat tv sekarang. Hadoiii...
or nak jadi sponsor rancangan Akademi AlQuran untuk 300 musim ke... kan... sebab khabarnya AQ dihentikan sebab tiada penaja hadiah... AF ada pulak... Hadoiii... dunia dunia...
Eh wak tahu tak huda ada tv? Sila lah ye ke tv cik huda ... hihihi
http://www.huda.tv/
Ketiga, keempat, kelima, keenam dan kesepuluh punya list - biarlah rahsia... hihihi...

Q17. Sekarang cik Huda single, kalaulah cik Huda sudah mendapat jodoh, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
Tolong jap carikan bakal suami kacak kaya baik bijak beriman yang bukan laki orang... supaya saya boleh berhenti kerja dan buat something else yang saya minat... hihihihi ...

Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Huda tidak suka dengar?
Bunyi yang boleh mengundang "ngilu"... Hidung dan atau gigi saya akan berdarah kalau dengar bunyi tu untuk tempoh yang lama.
Bunyi suara pengerusi mesyuarat yang tak reti-reti nak berhenti walaupun semua dah buat muka bosan pun boleh juga masuk list suara yang tidak suka dengar.... hahahahaha...

Q19. Cik Huda pernah selfie dengan penyanyi Maher Zain (2010). Kalau diberi peluang sekali lagi, adakah cik Huda sudi berselfie lagi dengan beliau tetapi kali ini seorang diri?
Hahahaha... Win lah Wak... Ini pun Wak dah baca... betul-betul buat homework ni. Okay, exact date was 10.10.2010. haaaa memorable gitu...

err, saya mana pernah berselfie dengan maher zain. Saya pernah bergambar je dengan beliau. Gambar itu pula diambil oleh photographer Danial Zain kot.... Masalahnya... sampai ke sudah saya tak dapat salinan gambar tu... hadoiii sabar jerlah. Gambar yang ada tu dari henfon kami yang buruk2 tu je. Hihihi ...
Kalau diberi peluang selfie berdua dengan beliau - jawapannya saya tak nak... hahahaha kalau we-fie ramai-ramai, mungkin boleh dipertimbangkan... Tempoh hari saya pergi atas permintaan budak-budak kecil tu. Parents dia tak bagi pergi kalau ahkak huda tak pergi - boleh gitu? hahahahaha... macam-macam hal...

Q20. Ayah dan mama cik Huda adalah guru sekolah. Pernah tak cik Huda bercita-cita menjadi guru atau pengajar?
Hahaha... ni mesti Wak salah baca entri hari guru tu. Salah homework Wak kali ni. My parents not a school teacher lah Wak... Mereka adalah guru buat kami adik beradik di rumah je... Guru terbaik dalam hidup. Alhamdulillah, thank you Allah for giving me my mama and my ayah...

Wak... sesungguhnya cita-cita saya yang tak pernah padam ialah untuk menjadi seorang guru. Saya amat amat amat amat amat sangat nak menjadi seorang guru. Saya suka mengajar. Dah dapat pun ... tapi ayahanda ku tidak begitu memberi restu atas alasan-alasan munasabah yang ayah kemukakan. Tapi ayah amat menggalakkan saya untuk teruskan mengajar dengan membuat kelas-kelas tambahan... Maka, sebab itu lah saya buat part time tuisyen... sejak 9 tahun yang lalu. Tapi dua tahun ni saya stop seketika... dah stop 2 tahun liat nak sambung balik... Sekarang saya ajar anak-anak jiran je kalau diaorang ada soalan nak tanya... Lebih kepada tutoring lah, tak buat kelas berjadual sangat dah... Hihihihi...

"... aikkkk abes dah soalan? hihihi ... "

"Apa-apapun, buat Wak - terima kasih sebab menceriakan saya dengan soalan-soalan random Wak ni... Tak terfikir sungguh soalan-soalan random Wak ni... Hahahaha ... "
"Tengs sebab masukkan saya dalam senarai interview Wak yang awesome ni... Hahaha... rasa macam menteri pulak... kah kah kah (sebab tak nak jadi artis .... hahahaha boleh gitu? )"
"Tengs Wak, semoga Allah luaskan rezeki yang halal buat Wak sekeluarga, dipermudahkan segala urusan dan diberi kesudahan yang baik, Insya Allah..."
"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ..."

Cik Huda ada bertanya penulis kalau-kalau penulis berkesempatan untuk mengajarnya fotografi. Tetapi penulis belumlah memberi jawapannya kerana kekangan waktu dan status penulis yang tidak menentu sekarang ini.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik Huda yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM
6. 19/10/15 - Kak Sham (Shamsiah Abdul Rahman)
7. 22/10/15 - Kak Fidah Shah
8. 26/10/15 - Cik Huda (Hhnas)

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Atau adakah cik Huda ini adalah blogger terakhir yang penulis wawancara kerana penulis pun sudah kepenatan dan kelesuan? Penulis sendiri pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

54 comments:

  1. Assalamualaikum Wak & Huda..

    Wak..
    - tabik spring la sebab mmg buat hmwk b4 nk interview.

    Huda..
    - K.Sham dulu memang jarang miss singgah kat B&R setiap kali balik dari solat terawih di Mekkah. Time tu kan ramai.. so takmo Ayah & Mak bersesak-sesak dengan orang ramai.. kami singgah layan tekak. Then sekali cari bekal untuk sahur and bawak balik ke bilik.

    Sama jugak kisah masa kat Madinah. Memang selama kami ada kesempatan ke sana.. jarang kami susut berat badan. Naik KILO tu.. wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik k sham yg jauh dimata tuuu.,

      buat homework mana yg sempat je., skrg pon wak dh fenattt ;p

      Delete
    2. Waalaikumussalam...

      Kan kak sham... gigih kan wak ni bt homework...
      Ada entry tu saya pun lupa dah...

      Bila wak tanya... terus ter gelak berair mata...

      Hahaha..... wak wak ...

      #kipidap

      Delete
    3. Waalaikumussalam...

      Kan kak sham... gigih kan wak ni bt homework...
      Ada entry tu saya pun lupa dah...

      Bila wak tanya... terus ter gelak berair mata...

      Hahaha..... wak wak ...

      #kipidap

      Delete
    4. psl ibu bapa huda keje 'cikgu' tuu wak tembak jeeer ., harhar2

      thanks huda ;)

      Delete
  2. Baru juga berkenalan dengan Cik Huda ni, melalui blog Wak jugak.
    Ramah mesra orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kenal maka x cinta kan makk., hehe2

      Delete
    2. Tetttt ramah mesra ke... ayyakkk

      Delete
    3. tenkiu huda yee layann soklan sengal wak jeeer ;p

      Delete
  3. dowo banget . kesel arek boco ... heheheee ... rajin wak interview

    ReplyDelete
  4. suka baca interview wak dgn cik huda ni intresting sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulanya wak ingt huda ni conservatif, tp nmpk byk benda yg dia nak luahkan., sporting giler ;D

      Delete
    2. Haha... konservatif pulak...

      Haha... tiba2 teringat berita Dunia jam 10 kt tv1...

      "....puak konservatif ... bla bla bla... "...

      Jap nk buka kamus konservatif tu apa... lalalala....

      Delete
    3. untunglarr ade tv1., hehe2

      Delete
  5. Hi cik Huda.. Phewittt! macam retis u kena interview oleh wak.. kikiki :P

    "318"- olang cina cakap no ni ada ong ma.. "hidup tuk Kaya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ong ka ting ke ong ka chuan?
      Errr ... tu mcm nm menteri je...

      Kannn

      Delete
    2. mula2 wak ingt sbb huda ni ada kete bmw 3 series., harhar2

      Delete
    3. Huda... Ong Ka ting pun bole..Ong Ka Chuan pun bole..hehhee

      Wak .. wahhh BMW 3 series tu.. Amin..

      Delete
  6. Pastu jd HHNS?hahahadoiiii... bnyk nyer shorform titew

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke wak dh btollkann jd nnhas bolee?, typo je ;p

      Delete
  7. Waaahhhh !!! Wak memang rajin !!! Soalan yang di tanya tuh memang ada kaitan ngan mereka yg di soal ...

    Bila baca tuh, rasa macam kita sendiri pun dah kenal Huda lama , walhal tak kenal pun !!!

    Suka !

    ReplyDelete
  8. Tak sangka huda dah pi mekah..tahniah di usia muda dapat menjekak kaki kesana..Alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah syukur je kann, kalo dh tiba masa dijemput kesana., ;p

      Delete
  9. Berjela interview ni, byk betul soalan ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjela kanns., projek sebulan je nih cik echah tuuu., dh nak abes pownn., huhu2

      Delete
  10. apa kaitan panggung wayang dgn mat rempit? hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kaitan yee cik anies., sila fikirkan dan selamat beramal., huhu2

      Delete
    2. Kena pakai penaakulan mantik tahap tinggi baru juma kaitannya :)

      Delete
  11. Seronoknya cik Huda kena interview...
    mudah2an suatu hari akan sampai juga ke puncak Kinabalu tu ye... satu kebanggaan jika dpt daki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung kinabalu dah dibuka untuk pendakian ke slps kejadiah tanah runtuh tuari? hmmmm

      Delete
  12. Salute dulu kat Wak sebab begitu gigih wat homework and membuktikan tak baca kosong blog org lain..
    Kak huda ni lawak jugak erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak random check je., hehe2
      thanks to syida gak sbb layan soklan interbiu wak tuari yee., ;p

      Delete
  13. seronok baca n3 yg sebegini wak memang lain dari yg lain...kite tunggu minggu depan sapa pulak yg kena...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh sebulan segmen ni berjalan dan rasanya mingu depan dh xde segmen interbiu wak nih ye mak garam dan gula., kihkih2

      Delete
  14. syabas wak..rajin buat jomework..camni la kita mau..takdelah membuta tuli tnya soalan yg tak releven dengan watak.onjang sungguh jawapan2 si huda ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mak kutu, wak dh bgtau semua supaya jawab panjang2 mcm karangan ke ape ye, tp cuma ada beberapa kawan2 je yg jawap panjang2 termasuk huda nih., hehe2

      Delete
  15. tahniah huda
    baru kaknoor tau nama huda sorrryy ya huda
    tahniah wak kelass u buat hmework jugak ya
    ingtkan budak sekolah je hehe

    ReplyDelete
  16. Pestime tau Wak baca segmen gaya gini. Saya pun tak pernah lagi menjengah blog Cik Huda ni. Interview Wak ni sudah buat saya teringin pulak nak menjengah ke blognya. Pandai betul Wak jadi tukang interbiu. Nak tinggalkan blog Wak ler, saya nak pi blog Cik Huda pulak @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...terlanggar bahu dengan bakal besan plak
      hehe

      Delete
  17. kenapa saya tak penah kenal semua yang diinterview ni
    ishh...ishh..tak patut sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh Huda...jawapan sgt complete!

      Delete
    2. JM pun tak tahu Huda ni dah pegi buat Haji, pastu selfie ngan maher Zain...Wak mmg betul2 study her blog lah

      Delete
    3. kenapa Wak tak tanya nama penuh Huda tu..NHHAS...panjang betul namanya tu

      Delete
  18. bukan NNHAS lah Wak....NHHAS ;p

    ReplyDelete
  19. Panjang berjela jawapan Cik Huda. Dah macam rancangan Soal Jawab TV3 dah hihihihi siap ada statistik lagi. Cayalah, Huda!

    ReplyDelete
  20. Sempoi dan santai je tiap jawapan yang diberikan..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat