Saturday, 3 October 2015

TUGU NEGARA



KALI terakhir penulis melawat tugu negara ialah 8 5 tahun yang lampau, pada 30 November 2007. (Updated. Tarikh terakhir pada 30 Disember 2010.) Seingat penulis, ada upacara menurunkan bendera setiap petang pukul 6.30 dengan tiupan trumpet, seperti di Tugu Peringatan di Melbourne juga.

Petang kelmarin selepas tugasan memotong rumput, penulis telah merempit ke Tugu Negara kerana ingin merakam gambiran acara menurunkan bendera itu. Penulis tiba dipintu masuk tugu sepuluh minit sebelum pukul 6 petang. Sempat lagi penulis mengambil gambar bersama-sama beberapa orang pelancong asing yang ada disitu. Tepat jam 6 petang, ada mamat jaga pagar yang menaiki motorsikal membunyikan hon motorsikalnya menandakan pintu pagar akan ditutup segera. Tetapi penulis masih tidak keluar kerana menunggu upacara penurunan bendera.

Pada mulanya penulis ingatkan ada 2 orang askar, tetapi bila jam menunjukkan pukul 6.20 penulis perhatikan hanya seorang askar sahaja yang membawa tangga untuk menaiki ke tugu dan menurunkan bendera. Tiba-tiba abang askar tanya penulis dari atas tugu, "wak, jam wak sekarang kol brape?"

"4 minit lagi kol 6.30," jawab penulis. "arini takde trumpet ye?" tanya penulis pula.

"ahaa, trumpet takde arini, mamat yang bertugas ada task lain," jawab Shah, askar itu sambil beliau sentiasa membelek-belek jamtangan beliau. Dan tepat jam 6.30 beliau pun menurunkan bendera ditiang itu. Penulis hanya tunggu dibawah kerana ingin bergambar dengan bendera jalur gemilang, tetapi disebabkan jalur gemilang tidak dilipat cantik, maka penulis hanya bergambiran dengan askar itu saja. Dan askar itu pun sungguhlah bersukan (baca: sporting).

Dan bila penulis hendak keluar di pintu utama yg sudah diletak mangga, kelihatanlah mamat jaga tadi sedang menunggu dengan muka ketatnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Updated. Ini gambar askar meniup trumpet kali terakhir penulis tiba pada 30/12/10:

31 comments:

  1. x pernah g tugu negara ni.. xpala tengok gambar pon ok la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat dlm buku teks sekolah pon dh lama ade kann., hehe2

      Delete
  2. Bab bermain dgn kamera serahlah pada wak kan..
    Mak ni jadi tukang tengok jadilah:)

    ReplyDelete
  3. Ooo mmg turun tiap petang ke?

    Slalu gak lalu situ nk g parlimen n jln tar ... hiji.... x pernah lak tahu ....

    Mmg everyday ye wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye cik kak , setiap pagi naikkan bendera, setiap petang turunkan bendera., mcm kat tugu melbourne pon sama., sepatutnye ade trumpet ;p

      Delete
    2. pergh..tak pernah tau pun wak. baru hari ni dapat info baru.nama je orang kay ell sejati

      Delete
    3. cik Sal tau x tugu negara pernah dibom oleh komunis pd tahun 1975? hehe2

      Delete
    4. pernah dibom tu tahu,tahun bila tak ingat..hehehe.malu ni, katanya kerja di arkib

      Delete
    5. apsal tak tauu, cik sal ni nak kene denda nih., hihi2

      Delete
  4. Yan , tak pernah pi sini lagi..tugu batu pahat yang dekat tu yan tak pernah jejak..inikan pulak tugu negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper kak yan, interview dgn wak dh penah buat kann ;p

      Delete
  5. wak, ana pun baru je up entri tugu negara ni bulan lepas, semangat sungguh lah haha :)

    ReplyDelete
  6. Kalaulah saya sepandai wak ambil gambar... Cantik-cantik gambar wak ni, tak puas tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas ke mak? sila tgk gmbr2 kat entri yg lepas2 pon byk jugakk., hehe2 tenkiu

      Delete
  7. Saya baru tahu ada upacara turun bendera tiap hari dengan trumpet. Dah lama dah tak pergi Tugu Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap pagi dan tiap ptg ade upacara naik n turun bendera., ramai tak tauu sbb mamat guard tu dh halau keluar ., ;p

      Delete
  8. Last saya pergi tugu negara masa lawatan sekolah darjah 6 dulu.

    Dulu2 amik gambar jimat-jimat. Takut filem abis. Numpang kamera lak tu.

    Zaman tu amik gambar berdiri tegak-tegak. Dah tu 30 orang masuk satu gambar. Bila dah print.. eh, bila dah cuci kena pakai kanta pembesar nak cari diri sniri dalam gambar.

    Kot sekarang selfie 58 kali kat spot yg sama dengan mulut moncongmoncongkununcumel. Heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sorang single mingl, skrg nih dh 5 org kenelah dtg ripit selfie wefie 58 kali gituu makk ;p

      Delete
  9. Wak.. CT nk tnya soalan serious ni.. kat mana CT bleh beli topi yang Wak Wak dok pakai ? nnt ayah CT ada malam anugerah.. tema nye pakaian traditional.. since anak2 murid dia pakai batik jawa.. cikgunya kena pakai mcm wak.. pakai baju pagoda n kain plikat tinggi tu.. tp topi Wak2 tu xtau mana nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. topi blangkon tu wak beli kat bali dan jogja., kat sini xtau ktne nk carikk ;p

      Delete
    2. sewa kat wak la siti..hehe

      Delete
    3. sewa kat wak ade pengerasnyer., hehe2 lgpon sempat ke hntr ?

      Delete
    4. boleh sewa ke Wak ? haha kitorang ronda pusat costume penang ni xdok pun topi tu.. ala pengeras ke ? lillahitaala xleh ? hahaha

      Delete
    5. mane fbuk Wak ? lesap kemanaaaa ?

      Delete
    6. wak ada masaelah dgn fb yee, sila emel:
      3lalat@gmail.com

      Delete
    7. ohh komen ni lah yg membawa ke entri Blangkon tu

      Delete
    8. ahaa JM, songkok blangkon dah pon smpi kat bapak siti yang punya., ;p

      Delete
  10. Dah dua dekad lebih saya tak jejakkan kaki ke Tugu Negara,...

    ReplyDelete
  11. nak tau x wak berpuluh kali sy g tasik perdana x penah ada hati nk sggh sini hahahaahah

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly