Welcome to Johor @2020 |
Hanya orang negara J sahaja yg sebut "ekk".
Dan orang seberang tambak dilanggar todak sahaja yg suka cakap "gerek seh".
Seloka orang Johor:
kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
manyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.
- Usman Awang
Ini pula pato kok klate (pantun orang Kelantan), unrelated:
Jerang air dale kendi ( jerang air dalam kendi )
Nok hide ko tok tua mari ( untuk dihidang kepada bapa mertua datang )
Kalu jenih tino malah mandi ( kalau perempuan jenis yang malas mandi )
Besar seksok payoh bulih tok laki ( besar nanti payah dapat suami ).
- tok bah Google
Gitu.
Hari ini Sabtu sudah cuti hariraya cina.
Cuti panjang sehingga Isnin.
Dalam berlarian pulang ke Johor (baca, Johor Bahru) penulis baharu perasan tanda takat minyak tinggal satu bar.
Baharu sahaja limpas R&R Seremban.
Takut tersangkut dilebuhraya, penulis pun singgah ke bandar Seremban.
Boleh kan.
Movie lalat. 99 Homes 2014.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Dato' Bandar Tunggal, Negeri Sembilan @2020 |
BSN main branch, Lot No. 894, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Negeri Sembilan @2020 |
3 lalat asal johor ek?? kalau gitu, kita geng hehe
ReplyDeleteorang melaka pun kadang2 ckp ek juga hehehe
ReplyDeleteehhh.ekk..hihi..best ekk..royo cino mangan limau ekkk...hadoii seronok rupanya wak bila praktis dan melafaz perkataan ek..ek..ni ya..
ReplyDelete