Monday, 13 January 2020
STUCK IN TAMPIN
Semalam petang penulis sudah diarah berlarian ke kolej matrikulasi anak wedok di Kuala Pilah itu.
Untuk menghantar bungkusan plastik kekandanya.
Bulan lepas kan kereta proton saga anak lanang sudah dibaiki kotak gear. Link.
Tapi beberapa minggu sudah masalah tersentak masih berlaku. Aiyah. Tapi masih dalam waktu jaminan waranti.
Dari Masai ke Melaka tiada masalah bila melalui lebuhraya Plus.
Tapi bila melalui jalan lama dari Ayer Keroh ke Kuala Pilah, tiba2 gear kereta kembali bermasalah.
Masalah besar bila keluarnya tanda gear didashboard. Penulis kena matikan enjin dan mulakan semula.
Berpuluh2 kali juga berhenti tepi jalan, matikan enjin dan mulakan semula.
Usai hantar barang pada anak wedok, penulis pun pandu semula ke bandar Tampin. Keadaan gear kereta semakin teruk. Berpuluh2 kali dan berpeluh2 atas bawah juga penulis berhenti, matikan enjin dan mulakan semula. Ripit. Hari pun sudah senja.
Di Tampin penulis berehat sebentar dikedai mamak.
Memikirkan untuk memanggil trak penunda saja pulang ke Key Ell.
Usai solat di Mydin penulis cuba mencari trak penunda dalam fesbuk. Ejen itu kata harga rm500 siap upah. Aduhai.
Tanya kawan2 lain pun dapat harga yg sama.
Tapi sungguh tak sangka buah cempedak nak jadi nangka.
Ada kawan suruh panggil ejen insuran kereta.
Penulis telefon ejen insuran Auto Assist Etiqa.
Urusan yg mudah. Yg penting gratis!
Bagusnya Etiqa insurance yg penulis pakai untuk kesemua kereta2 penulis kerana perkhidmatan trak penunda percuma dalam lingkungan 200km, tidak seperti syarikat insurance yg lain hanya 50km sahaja.
Trak penunda boleh tiba dalamasa sejam.
Tapi penulis suruh datang esok pagi.
Sebab penulis seperti mahu tidur di rumah tumpangan saja malam ini. Ehem.
(Penat dan pening lalat. Nanti update kalo rajin.)
Movie lalat. Hunting Emma 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
7 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dapat yang gratis buat apa mau bayar mahal kan wak...
ReplyDeletenasibla bapaknya yang kene hadapi masalah ini, kalau anak lanang tu mesti panik jugak...
Salam kenal.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah baca dan komen blog saya yang bilis. Izinkan saya letakkan pautan blog tuan ke sisi blog saya.
Sekarang ini semakin banyak blog yang sejuk dan sepi...
Ada yang percuma buat apa nak bayar plak kan...semoga urusan dipermudahkan..
ReplyDeleteTak semua orang tahu yang gratis ni Wak.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan ye Wak
ReplyDeleteMujur Masih Ada warranty moga cepat2 sihat la kete tu
ReplyDeletewowo..wak kempen insuran kereta ya....sambil nyambil kan wakkk.....
ReplyDelete