Tuesday, 27 October 2015

I INTERVIEWED MYSELF: LASIK

Reading without glasses.
"Bukan Pak Maon (Mahmud June) baca buku sejarah ya ;p"

ENTRI ini penulis kemukakan soalan-soalan lazim untuk kawan-kawan menilai sendiri kebaikan pembedahan mata menggunakan teknologi laser terkini yang dipanggil lasik. Banyak maklumat boleh ditemui dalam internet. Penulis juga akan kemaskini entri ini dari masa kesemasa.

LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hyperopia, and astigmatism. The LASIK surgery is performed by an ophthalmologist who uses a laser or microkeratome to reshape the eye's cornea in order to improve visual acuity. For most patients, LASIK provides a permanent alternative to eyeglasses or contact lenses. - wikipedia

How long has it been since you had LASIK?
Enam tahun. Jangkamasa yang agak lama. Dalam tempoh itu, baru kelmarin penulis pergi ke pusat pakar mata itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

Have other members of your family had LASIK? I know that vision problems sometimes run in families.
Tiada siapa dalam keluarga penulis (kecuali isteri penulis yang itu) yang pernah membuat operasi lasik mata. Penulis nekad untuk membuat operasi laser mata ini kerana terlalu lama menggunakan cermin mata. Penulis sendiri selama ini pun tidak pernah guna kanta sentuh (baca: contact lens). Hampir kesemua kaum kerabat penulis sekarang ini menggunakan cermin mata, dan mungkin satu hari nanti mereka juga akan membuat pembedahan laser mata seperti penulis.

How has your life improved without glasses or contacts?
Pengalaman penulis menggunakan cermin mata selama 20 tahun memanglah menarik. Kadang-kadang penulis lupa meletak cermin mata sendiri. Kadang-kadang penulis juga terpijak atau menjatuhkan cermin mata tanpa sengaja. Untuk menggantikan cermin mata yang baharu setiap kali agaklah mahal juga walaupun dibuat 4 atau 5 bulan sekali. Penulis juga tidak berani menggunakan kanta sentuh. Setelah lasik, penulis boleh memakai kacamata matahari (baca: sunglass) yang pelbagai corak dan stail.

What do you do differently since getting LASIK?
Setelah beberapa tahun selepas lasik mata, penulis boleh menggunakan pelbagai jenis kacamata matahari untuk membuat aktiviti luaran tanpa risau tentang cermin mata. Memandu kereta juga menjadi biasa sebab tidak bergantung pada cermin mata. Tetapi awas jika merempit dengan motorsikal kapcai haruslah memakai helmet yang ada penutup muka plastik (baca: visor), sekiranya tidak habuk atau serangga yang berterbangan akan hinggap kedalam mata pula.

Would you recommend LASIK to others?
Ini soalan peribadi bergantung pada fikiran masing-masing. Ramai yang takut untuk mata mereka dibedah secara laser. Tetapi lasik ini dilakukan oleh doktor pakar mata, dan konsultasi dan latihan diberikan sebelum operasi bermula. Pengalaman penulis sendiri ketika pembedahan dijalankan hanya mengambil masa 41 saat, tetapi bergantung pada mata pesakit yang berlainan sebab dan masalah. Mengikut kajian, masalah mata wanita lebih rumit dan jangkamasa pembedahan mungkin mengambil lebih lama. Juga, walaupun sudah dibedah mata menggunakan laser, ada sesetengah mata wanita masih memerlukan bantuan cermin mata.

Do you have any advice for someone who is about to have LASIK?
Secara peribadinya juga, penulis ingin memberitahu bahawa kos lasik antara RM2500 hingga RM5000 untuk sebiji mata (bergantung masalah mata), tetapi sekarang mungkin sudah murah. Itu hari ada rakan penulis memberitahu ada hospital menawarkan RM1500 saja. Tetapi secara jangka masa panjang, berbanding menggunakan cermin mata atau kanta sentuh, mungkin pembedahan lasik mata lebih menjimatkan dan yang asyiknya tidak perlu memikirkan untuk mengganti cermin mata atau kanta sentuh lagi!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

36 comments:

  1. tudia 'kacamata matahari'..hihi..takut jg operate lasik ni, tapi semuanya professional..nak Dr Muhaya yg operate..kt prince court berapalah kosnya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm gigit semut je makk., hehe kos kat prince court tu taktaula wak kene tanye., xlah smpi juta juta lemon huhu2

      Delete
  2. Masa Prof. Dr. Muhaya buat explanation tentang lasik ni kakak teruja sangat tapi sampai hari ini tak terbuat lagi.
    Teringin juga nak bergaya pakai kacamata matahari:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan jalan tepi pantai pakai sunglassess memey ohsem mbakyu., tmbh lagi2 pakai topi bunger2 gituuu., harhar2

      Delete
  3. Asalamualaikum wak , sebut bedah je yan dah gerun wak..ni kan guna laser

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm gigit semut je kak yan., hehe2

      Delete
  4. teringin jugak tak nak pakai kaca mata lagi tapi itu lah takut pun ada jugak bila nak kena operate segala tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 mmgla takut mak, tapi kalo dpt buat mmg rasa bebas sgt tak bergantung pd cermin mata lagikk., hikhik2

      Delete
  5. teringin juga nk pakai kaca mata matahari pakai topi bunga2 berlarian ditepian pantai...best woo...tapi xboleh le pula sbb xbuat lasik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatla lasik mak Pah, nnti leh larik2 tepi pantai pakai topi bunger2 kaler pink ;p

      Delete
  6. tinginnya bt lasik wak oi.... tp kan... hmmmm uwangnya masih kurang kui2

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai cermin mata pon oke jer., tapi jangkamasa panjang nak ganti cerminmata tiap2 kali pon mahal gak., mak dana kannns

      Delete
  7. Pernah juga dengar dan lihat kat tv Prof Muhaya bercerita tentang pembedahan lasik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih teknologi baru mak bonda nak bebas dari pakai cerminmata dan contact lens., ;D

      Delete
  8. Kita pakai kacamatahari pun cantik juga... walaupun ada kuasa (baca sebagai power)...

    Huhuhu.... tak berani lah nk buat... lgpun mahal kna buat for both eye

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik huda x pakai cerminmata pon chantek, inikan pulak pakai kanns.,

      tak berani ke atau sebab harga yg mahal? ke nak save duit gi melbourne lagi letttewww., ammvoiii

      Delete
  9. ada jugak pertimbngkan sebelum ni tapi takut.. xrasa apa2 ke masa buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmgla takut kalo masa kene laser mata tu tiba2 kita terkelip2 kan lagik parah, tapi sblom operation, doc mestila bg consultation dan latihan - practice dulu camane nak CONTROL mata jgn kelip2 sbb masa operation tu mukin amek masa beberapa minit saje.,

      masa buat operation pula, xlah rasa apa2 cuma bau asap mcm rambut terbakar gitu., huhu2

      Delete
  10. Saya buat PRK kat Klinik Mata UIAM Kuantan tahun 2013... alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniahnyer mak kay tuu, x sumer org brani nak kene bedah mata kann ;p

      Delete
  11. Ohh.. ingatkan buat sekali, tak payah buat dah...

    kena buat jugak sepanjang hayat rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kalo takde masalah mata mmgla buat sekali je , tapi mata kan anugerah tuhan, bila2 masa je dia boleh ambil nikmat nih ., dgn usia kita yang semakin meningkat begitu juga dgn biji mata kita pun menjadi uzur dan timbul masalah lain pula.,

      Delete
  12. ooooo boleh tahan jugak harganya tu..

    ReplyDelete
  13. hai 3 lalat

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  14. ooo...lasik is a treatment rupanya
    ingatkan menatang berkaki tiga

    anyway nice sharing wak...saya baru tahu ni

    ReplyDelete
  15. Sy penah g Dr muhaya nk buat lasik tapi mata sy xleh wat lah..huhu sedihT__T

    ReplyDelete
  16. Mrs. A pun teringin nak buat wak tapi fulusnya tuh! tak cukup selepuk.
    Ialah kalau nak kira-kira memang menguntungkan dalam jangka panjang buat lasik nih.
    Cer bayangkan contact lense yg biasa-biasa 50 hengget utk 3 bln tapi sekarang dah 53 hengget +gst.
    Kalau setahun kena beli 4 kotak 53x4=212hengget +solution sebulan 19hengget 19x12=228hengget
    Habih camno?

    ReplyDelete
  17. Saya kenal wak Lalat jugak akhirnya hihi....
    Eiii...takutlah wak nak bedah bedah....cukup cukuplah masa beranak tu....

    Lagi pun bukan tinggi pun power saya.....

    ReplyDelete
  18. sebut ke LASIK terus teringat Prof Muhaya Mohamad Dr pakar mata..buat pembedahan Lasik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa kawan saya buat LASIK dgn Prof Muhaya. Tak ingat pula berapa harganya.

      Delete
  19. mmg agak leceh kan Wak jika berkaca mata ni..patutlah Wak skrg segak berkaca mata hitam

    ReplyDelete
  20. pernah dgr dari Prof Muhaya jugak..lasik ni ambil masa x sampai 1 minit pun tetapi harga tu x tahan

    ReplyDelete
  21. tapi kalau ada duit bg JM buat je lah lasik sbb jika guna kaca mata ni ada kemungkinan perlu kerap tukar sbb perlu tambah power

    ReplyDelete
  22. teringin nak buat lasik ni. bajet lari, takleh kejar. haha

    ReplyDelete
  23. Slow2 kumpul duit.. dah ada ongkosnya bolehlah en. Hb jadi mangsa.. ekekeke

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat