Friday, 4 September 2015

UTC KERAMAT



KELMARIN selepas bertugas dari memotong rumput seperti biasa, penulis terus merempit dan singgah ke Pusat Transformasi Bandar (baca: Urban Transformation Center) di Kampung Keramat yang terletak hanyalah sepelaung sahaja disitu. UTC Keramat ini kelihatan amat jelas sekiranya kita merempit di atas AKLEH menghala ke Ampang. Sebelum itu penulis berhajat hendak merempit ke UTC Puduraya tetapi dengan keadaan kesesakan lalulintas tahap biasa yang membantutkan rancangan. Sudahnya, penulis terpaksa pusing berpatah balik ke Jalan U-thant, jalan Ampang, masuk jalan Jelatek dan menyusur Jalan Keramat.

Ini adalah pertama kali penulis tiba di UTC ini. Mula-mula agak keliru juga mencari tempat memarkir motor rempit penulis ini. Sudah parkir motor pula
mencari pintu masuk juga agak mencabar bila penulis tercari-cari tangga dan lif yang terpaksa melalui kolong yang sedang diubahsuai sebagai pasar basah. "Mestilah nanti berbau hamis saja kan," bisik hati penulis.

Bila penulis tiba di kaunter imigresen bertanyakan tentang pembaharuan buku merah (baca: passport), tiadalah ramai orangramai. Tetapi penulis diberitahu bahawa kesemua talian telah tertutup. "offline 1 Malaysia", begitulah kata kerani disitu. Sebutan '1 Malaysia' itu ialah 'offline satu malaysia', bukan 'one malaysia', ada perbezaan patriotik disitu. Penulis pun pulang dengan rasa kuchiva (baca: kecewa), tapi akan kembali lagi ke UTC itu kerana jaraknya hanyalah sepelaung sahaja.

Dalam perjalanan pulang, sempat lagi penulis singgah bersantapan nasi berlauk kepak ayam goreng, hati goreng dan kuah ikan tongkol di perkarangan mesjid al-Akram (masjid Keramat) itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



15 comments:

  1. kereta mainan ni dibawa dimana-mana saja...hehe. boleh jd model..

    memang frust bila sistem offline..kena merempit lg sekali...

    ReplyDelete
  2. sian wak..sabar ya..esok line xoff lagi.

    ReplyDelete
  3. Sabar ye wak..esok masih ada..insyallah

    ReplyDelete
  4. memanjang offline.. hihi.. last week bawak mak saya pun gitu.. offline katanya.. takpe, kita sabar.. :))

    Kesan pengambilan set untuk hamil

    ReplyDelete
  5. adoi sistem offline saja mengundang marah. dah la penilis bersusah payah nak kesana.hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam.

    Terima kasih singgah kat blog saya :)

    ReplyDelete
  7. kecewa bila dorang kata sistem offline.. hukhuk..

    ReplyDelete
  8. bertabahlah untuk datang kali kedua..

    ReplyDelete
  9. Bila tengok Masjid Al-Akram tu walaupun gambarnya telah diblurrkan oleh tuan empunya blog teringat zaman bergelar warga kota suatu waktu dahulu

    ReplyDelete
  10. asik offline je... ptt lah takde org

    ReplyDelete
  11. Jarak tempat wak makan tu sepelaung juga ke sebatang rokok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepelaung tu camna? hehe..
      sepelangkung boleh?

      Delete
  12. Asyik offline ja.. wak nyanyi lagu UTC sikit.. hehe

    ReplyDelete
  13. hahaha bab potong rumput tu ceq mmg always rasa nak gelak la Wak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu gak cite d sebaliknya tu CT

      Delete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly