Thursday, 24 September 2015
DC COMICS SUPERHEROES & SHOWCASE
KELMARIN penulis tiba-tiba ditanya oleh seorang rakan penulis tentang kalau-kalau ada pameran superheroes di bandaraya yang sedang berlangsung. Manalah penulis tahu. Tapi tidak semena-mena penulis terjumpa ada restoran yang bertemakan superheroes sebagai hiasan dalaman.
Dipendekkan cerita, sebelum mengambil anak wedok (baca: anak dara) penulis di lapangan terbang malam kelmarin, penulis sempat lagi terjah 2 (baca: dua) restoran tersebut.
Satu. DC Comics Superheroes Restaurant di Sunway Putra Mall. Bila penulis tiba, jam sudah pun menunjukkan pukul 8.08 malam. Penulis dikejutkan apabila mamat kaunter memberitahu bahawa makanan tidak dijual lagi waktu itu. Hanya minuman saja. Restoran akan ditutup pada pukul 9 malam. Sebelum meninggalkan pusat beli belah itu, tidak disangka oleh anak lanang penulis telah terjumpa ahmoi rakan sekelasnya disitu. Penulis mengajak mereka bergambar, tapi anak lanang penulis berasa malu pula. "Dh selalu selfie kat sekolah," katanya lagi.
Dua. Showcase at TTDI, Damansara. Bila penulis tiba, penulis berasa was-was pula sebab tiada tanda halal digantung. Tetapi anak lanang penulis itu telah memeriksa dan yakin bahawa restoran itu menyediakan makanan halal.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
At the Showcase at TTDI, Jalan Mohd Fuad 2:
9 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pernah juga lalu lalang di depan restoran superhero yang kat Sunway Putra Mall. Tapi kerana pergi bersama rakan-rakan yang susah bertaraf acik-acik dan ber-tekakkan melayu asli, maka tak jadi nak singgah :(
ReplyDeletexper cikak x minat xper, byk tmpt makan lain yg sedapp kanns
DeleteKan best kalau kat jb ada restoren camni;)
ReplyDeletewehh, jb dh ade lama lar cik kak ;)
Deletesingapore pon baru bukak
woaaaah !! menarik ni.. kalo ada kesempatan memang akan visit..
ReplyDeletei love DC !!!!! hahaha..
kat penang xde DC yee cik Siti.,
Deletemaila dtg key ell ;p
awat x habaq..next trip boleh la ke Movie World Gold Coast.kita naik ride Superman yang laju tu..kasi gugur jantung!
Deletesuka superhero ni !! di sini ada juga muzium tp xsempat jelajah lg. hehehe
ReplyDeletejeles la tengok anak wak amik gambar ngan Batman tuuu.
ReplyDelete