Friday, 11 September 2015
MY FIRST EXPERIENCE DONATING BLOOD
KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.
Antara soalan-soalan dalam borang yang harus diisi seperti:
* Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)?
• Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)?
• Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur?
• Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis?
• Mengambil dadah secara suntikan?
• Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas?
Hubungan jenis atau "kegiatan seksual" bererti:
(a) kegiatan seks yang biasanya melibatkan kemasukan mana-mana bahagian zakar ke dalam vagina, dubur atau mulut orang lain; atau
(b) kunilingus.
Penulis juga telah ditanya berulang-ulang tentang cukup tidur selama 5 jam, dan telah makan sebelum mengambil darah.
Proses pengambilan darah yang cepat dan mudah. 7 minit untuk mengisi borang, timbang berat, periksa jenis darah, tekanan darah dan pengisian maklumat. 13 minit untuk pengambilan darah dari vena di lengan tangan kanan. 7 minit masa bertenang.
Usai proses pendermaan darah, sebelum pulang menyambung tugasan memotong rumput, penulis dapatlah jajan biskut, air kotak milo dan sijil penyertaan.
Nota lalat. Updated. Petang tadi semasa penulis berlarian anak di atas pengisar injakan (baca: treadmill) di rumah merpati penulis itu, setelah 20 minit, tiba-tiba kepala penulis berasa hendak pitamlah pula. Tapi alhamdulillah, setelah penulis berhenti berlarian dan terbaring berehat di sofa, rasa pening sudah mula reda. Penulis ada terbaca, dilarang membuat aktiviti berat selama 12 jam selepas derma darah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
37 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah dpt jajan berkhasiat upah derma darah heh..heh.. bakti murni mulia tu...kak xpernah lagi derma darah sbb darah bocor melimpah kat lebuhraya dulu..eksiden bib..
ReplyDeletetak taulah pulak wak kalo eksiden xleh nak derma darah sbb x cukup darah ke ape? huhu2
DeleteAlhamdulillah..amalan yang mulia..
ReplyDeletenak kurangkan darah sikit je makk., hehe2
Deletebagus.. amalan yg perlu dicontohi
ReplyDeletemarilah kita menderma dara ., hihi2
DeleteDolu-dolu asyik kena reject sebab tak cukup berat badan.
ReplyDeleteMai sini pulak kena reject sebab selalu kurang tempoh berada dalam negera selama 6 bulan dari tarikh menderma darah.
- ai salute you Wak..
ape nak salute pulak mak, orglen dh berbondong2 selalu menderma dara., kanns
DeletePernah menderma darah 10 tahun lepas.lepas tu tak derma2 dah. Masa tu pergi 1 jabatan. Perempuan ada 7 orang dan yang boleh menderma saya seorang. Yang lain ada sebab2 yang tidak melayakkan diri untuk menderma.
ReplyDeletewah mak sorang je leh derma dara, hebat tuuuu., ;p
DeleteAlhamdulillah, tahniah. Nk derma darah jugak tp berat tak lepas. Haha.
ReplyDeletewahh, mesti berat echah ni 44 kg je kann., dara manis & ramping mcm kerenga tuu., tp don worri nnti pas kawen berat tu mencanak2 naik., n jgn lupa derma dara yee., ;p
Deletemummy banyak kali nak pi derma darah.. tapi bila tgk jarum je cancel.. tgk jarum je cancel.. macamana tu..? huaaaaa
ReplyDeleteaiseh, jgnla tenok jarum mak., takut jarum? jgn khuatir, krn kesakitan hanya dirasai bila jarum dimasukkan saja. Sesudahnya xde lg kesakitan dirasakan. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, ubat bius disuntik dulu sblm jarum yg disambung ke beg dara dimasukkan ke salur dara mak . wak percaya, di tmpt lain juga pendekatan sama digunapakai. Kesakitannya terlalu kecil jika nak dibandingkan dgn kepuasan diri setelah melakukan sebahagian drpd amal kebajikan dgn mendermakan dara anda. Bagi yang takut melihat dara, wak syorkan supaya mak tidak melihat ketika jarum dimasukkan, juga tidak melihat dara mengalir keluar drpd tangan mak masuk ke dlm beg dara.
DeleteBaik akan diusahakan.. Insya Allah
Deletehehe, jgn lupa updet blog mak mummy tuu nnti ye kalo dah derma dara., ;p
DeleteDerma dara. ????? :-))
Deletenaper mak yan, sengih2 jeeer., hihi2
Deletewahhhhhhh.........cekal dan berani betul penulis blog nih ya..kalau saya...erkkkkkkkkkkkkk!
ReplyDeletexper bro aiman, menderma kena ikhlas., hehe2
DeleteBaik hati Wak....saya nak menderma jugak tapi tak layak sebab homoglobin darah sendiri tak cukup....
ReplyDeletebaik hatila sangat mak, dlm hati sape yg tauuu., harhar2 insyaAllahh
Deletehomoglobin mak tak cukup camane leh tau erk? untunglar xyah derma dara ;p
Tahniah tuan.
ReplyDeleteLepas ni boleh derma 3 bulan sekali.
insyaAllah doc,., tgkla nnti, skrg ni tgh semangat jeer
Deletewaaa...tahniah wakkk....haritu masa sy g PDN xsempat nk derma darah...kerja sampai terlajak masa....dh lama xderma darah nihhh.....hihihi
ReplyDeletexper cik kak, bila2 boleh derma dara kann., hehe2
DeleteTahniah! kerana telah berjaya menderma darah.
ReplyDeleteMrs. A pernah cuba nak derma darah tapi tidak berjaya kerana sewaktu pemeriksaan sebelum derma tu dikatanya tekanan darah Mrs. A rendah so tak sessuaiiii !!! huk! kuciva sedikit rasanya
huhu2 sodey gak mendengarnye., xper lenkali leh try lagik., dan lagikk ;p
DeleteYan takut jarum..dan tak pernah dermadarah...
ReplyDeleteTahniah wak kerana berani ..
mula2 je mcm gigit nyamuk je mak., hehe2
Deleteharap xpening lalat haha
ReplyDeleteharhar2., selalu je pening lalat cuma blom terpengsan je lagi bro.,
Deletelamanyer tak derma darah... last dulu masa study kt uitm...
ReplyDeletepas derma darah mmg tak blh bt keje2 berat... siap lari2an kt treadmill lg aduh2 wak2
tular mak, silap teknik, ingat nak ringan2 je berlarian atas tredmill tuuu., huhu2
DeleteAlhamdulillah..tahniah..kipidap! hehe
ReplyDeletedulu2 ms zmn blaja, prnh gak nk derma darah tp ms tu, x cukup syarat utk berat minima..la ni, msh ada hajat nak derma darah, tp msh belum berpeluang..apapun, sy fobia tgk darah dlm tiub atau tbg uji tu..pernah pengsan lps buat blood test haha (maluu)
tak pernah derma darah sbb darah memang sikit. hahaha
ReplyDeleteJM pernah sekali derma...time tu baru tahu jenis darah...rupanya bukan darah manis...wak nye darah apa?
ReplyDelete