Friday, 4 September 2015
UTC KERAMAT
KELMARIN selepas bertugas dari memotong rumput seperti biasa, penulis terus merempit dan singgah ke Pusat Transformasi Bandar (baca: Urban Transformation Center) di Kampung Keramat yang terletak hanyalah sepelaung sahaja disitu. UTC Keramat ini kelihatan amat jelas sekiranya kita merempit di atas AKLEH menghala ke Ampang. Sebelum itu penulis berhajat hendak merempit ke UTC Puduraya tetapi dengan keadaan kesesakan lalulintas tahap biasa yang membantutkan rancangan. Sudahnya, penulis terpaksa pusing berpatah balik ke Jalan U-thant, jalan Ampang, masuk jalan Jelatek dan menyusur Jalan Keramat.
Ini adalah pertama kali penulis tiba di UTC ini. Mula-mula agak keliru juga mencari tempat memarkir motor rempit penulis ini. Sudah parkir motor pula
mencari pintu masuk juga agak mencabar bila penulis tercari-cari tangga dan lif yang terpaksa melalui kolong yang sedang diubahsuai sebagai pasar basah. "Mestilah nanti berbau hamis saja kan," bisik hati penulis.
Bila penulis tiba di kaunter imigresen bertanyakan tentang pembaharuan buku merah (baca: passport), tiadalah ramai orangramai. Tetapi penulis diberitahu bahawa kesemua talian telah tertutup. "offline 1 Malaysia", begitulah kata kerani disitu. Sebutan '1 Malaysia' itu ialah 'offline satu malaysia', bukan 'one malaysia', ada perbezaan patriotik disitu. Penulis pun pulang dengan rasa kuchiva (baca: kecewa), tapi akan kembali lagi ke UTC itu kerana jaraknya hanyalah sepelaung sahaja.
Dalam perjalanan pulang, sempat lagi penulis singgah bersantapan nasi berlauk kepak ayam goreng, hati goreng dan kuah ikan tongkol di perkarangan mesjid al-Akram (masjid Keramat) itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
15 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kereta mainan ni dibawa dimana-mana saja...hehe. boleh jd model..
ReplyDeletememang frust bila sistem offline..kena merempit lg sekali...
sian wak..sabar ya..esok line xoff lagi.
ReplyDeleteSabar ye wak..esok masih ada..insyallah
ReplyDeletememanjang offline.. hihi.. last week bawak mak saya pun gitu.. offline katanya.. takpe, kita sabar.. :))
ReplyDeleteKesan pengambilan set untuk hamil
adoi sistem offline saja mengundang marah. dah la penilis bersusah payah nak kesana.hehe
ReplyDeleteAssalam.
ReplyDeleteTerima kasih singgah kat blog saya :)
kecewa bila dorang kata sistem offline.. hukhuk..
ReplyDeletebertabahlah untuk datang kali kedua..
ReplyDeleteBila tengok Masjid Al-Akram tu walaupun gambarnya telah diblurrkan oleh tuan empunya blog teringat zaman bergelar warga kota suatu waktu dahulu
ReplyDeleteasik offline je... ptt lah takde org
ReplyDeleteJarak tempat wak makan tu sepelaung juga ke sebatang rokok?
ReplyDeletesepelaung tu camna? hehe..
Deletesepelangkung boleh?
Asyik offline ja.. wak nyanyi lagu UTC sikit.. hehe
ReplyDeletehahaha bab potong rumput tu ceq mmg always rasa nak gelak la Wak !!
ReplyDeletenak tahu gak cite d sebaliknya tu CT
Delete