Sunday 6 March 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 44

Fire drill this morning @2022

 Ahad.
Doha, Qatar.

TIME  TO DEMOB
Semalam bro ROL yg sepatutnya sudah pulang ke gagang sejak 2 minggu lepas.
Sudah kata chopper dia akan berangkat pada 8hb (Selasa).
Jadi banyak perkara yg wak tanya.
Sebab wak pun nak pulang tidak lama lagi.

  • Flight schedule (Doha ke KLIA)
  • PCR test bila sampai di Doha
  • Premium hotel di KL (suggest Impiana Hotel depan KLCC)
  • Copy passport dan 2 doses vaccine certificate
  • Must be approved by bosskur

OLD HUAWEI MODEL
Semalam borak2 dengan si DAU yg baru tiba dari Doha.
Pasal henfon Huawei yg  dia pakai.
Model lama yg sudah dipasang Google dan Playstore.

Wak pun tunjuk2 juga blog wak ini.
Gambar kitorang setahun yg lepas pun masih ada.
Gembira dia tengok gambar dan kawan2 lama itu.
Link di SINI.
Gambar2 pun cantik jeliterr, dia kata lah.

Dan dia asyik masuk bilik pejabat kabin ini.
Sebab membebel dengan si SAU mamat India logistik.
Sebab beg besarnya tertinggal di Doha.
Kelmarin tiada yg beritahu dia tidak boleh bawa beg troli naik chopper.

Bengang dia sebab pakai sehelai sepinggang sahaja.
Dia cuma bawa beg laptop.


FIRE DRILL
Pagi tadi ada siren amaran kebakaran.
Tidak perlu angkut tong gas yg berat itu.
Cuma pakai jeket keselamatan sahaja.
Cuaca diluar tidaklah panas sangat.
Tapi wak kena pakai jaket tebal sebab angin agak kuat.
 


Blog bukanlah hakmilik kekal.

2 comments:

  1. wah..nak balik, seronoknya. moga smeua urusan dipermudahkan....aamiin!

    ReplyDelete
  2. wak tak sambung kontrak lagi ke

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat