Sunset of Arabia sea yesterday @2022 |
Khamis malam Jumaat, 17 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Tiada yg menarik ini hari.
Kerja potong rumput seperti biasa.
3 MONTHS EXTENSION
Cuma semalam Pm AJU beritahu kontrak wak disambung 3 bulan.
Tapi wak kata cuma dapat surat sebulan sahaja.
Wak pun terus hantar surat cinta pada ejen.
Esok sudah hari ke 56.
Sepatutnya wak harus balik ke Masai.
Tapi Pak IDI sudah mohon untuk wak tinggal dulu sehingga 30hb.
"Wak boleh balik lebaran nanti," katanya lagi.
THE PRICE OF HAVING KIDS
Anak wedok yg baru pulang ke rumah sewa di Kampung Keramat.
Mengadu minta duit elaun tambahan.
Anak lanang bocah cilik rosak pula henfonnya, Redmi 3 Pro
Wak suruh beli henfon murahan, Redmi Note 11 (RM899).
Tadi berborak2 dgn pak IDI yg duduk sebelah kanan.
Dia ternampak video tiktok yg buat.
"Apa maksudnya wak? " tanyanya pasal pantun melayu.
Pisang emas dibawa belayar.
Sila lihat youtube dibawah.
Juga borak2 dgn UNG, mamat PTW Vietnam.
Cerita pasal movie "Full Metal Jacket" kisah perang Vietnam yg dia tak pernah tonton.
"Our colonised French never done good thing like what British left the infrastucture for Malaysia," katanya.
Mamat UNG ini berbahasa Inggeris tahap tinggi berbanding rakan2 senegara yg wak kenal.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
oh.. rupanya benar pisang emas dibawak belayar... atas sbb itulah wak ye? sy br tau ni.. tq wak
ReplyDeleteharap dapatlah sambut lebaran di tanah air
ReplyDelete