Having lunch today before Friday prayer @2022 |
Jumaat, 18 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
KING OF FRUIT
Di kabin pejabat ini ada makanan ringan dihidangkan.
Biasa jam 8.30am dan 2.30pm.
Mula2 dihidangkan kuih muih (biskut atau roti).
Dan ada buah2an, ie epal, pir dan anggur tanpa biji.
Dan tadi mamat Vietname UNG itu cerita pengalaman dia kerja selama 3 tahun di Pengerang, Johor.
Dia suka makan macam2 buah2an Malaysia.
Dia kata durian Malaysia, durian Vietnam dan durian Thailand berbeza rasanya.
Beza rasa samalah seperti jenis2 durian Musang King, Tembaga, IOI, D24 dll.
Ooh, semalam wak ada ajar UNG cara sebutan Sungai Rengit dan Ringgit yg betul.
Sebab dia sebut "Sungi Ringit" dan "Ringit".
FRIDAY PRAYER
Tengahari tadi wak solat jemuah di surau kapal ini.
Berbeza dengan kapal di Lokasi C, surau sini agak besar.
Jemaah yg datang pun ramai juga, ie lebih 40 orang berhimpit2 juga.
Khatib hari ini ialah mamat Afrika dan berbahasa Inggeris.
Inti utama khutbah - ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
MALAM NISFU SYAABAN
Malam tadi 14hb Syaaban.
Bulan sudah mengambang penuh.
Esok malam sudah malam nisfu syaaban.
Lagi dua pekan (ie minggu) kita akan berpuasa.
Aminn ya robbal alamein.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Malam Nisfu Syaaban @2022 |
subhanallah..cantik bulan.
ReplyDeleteSALAM NISFU SYAABAN
ReplyDeletedurian rasa berbeza macam mana tu? durian malaysia lagi sedap ke mcm mana tu? haha
ReplyDelete