Red tea in the morning (Not Nigeria cup) @2022 |
Khamis, 10 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).
NOBODY IS INDISPENSABLE
Masalah rakan sekerja. MAW yg sedang hanimun di London.
Dan yg sedang kerja dari rumah di KL - ROH dan AIM.
Sup KAR sudah buat keputusan.
Jika mereka tidak boleh datang selewatnya pada 20hb, mereka tidak akan disambung kontrak.
MAW kata akan datang pada 14hb.
Manakala ROH dan AIM pada 30hb.
Jadi, Sup KAR pun panggil pekerja India lain yg sedang kelaparan di Doha.
Dengarnya dalam medsos ramai pekerja2 sedang mogok di Doha itu.
Kalau MAW datang ke pelantar C ini.
Boleh lah wak pindah ke pelantar E pula.
Disana kurang tegangan kerja.
Maknanya wak kena sambung kerja di offshore ini.
Walaupun sepatutnya wak sudah boleh pulang ke Masai untuk berehat.
GOOGLE DONT LET ME IN
Sudah 2 minggu wak cuba login akaun blog wak yg lama.
Tapi Google asyik minta penjelasan kata kekunci (password).
Walaupun kata kekunci wak masih betul.
Nombor kod sudah dihantar ke emel penggantian satu lagi.
Tapi lambatnya ya ampun.
Correct password, correct verification, still won't let me log in
I am trying to access my Google account for youtube and web site analytics. When I now attempt to log in, my account is going into recovery even though the password is correct. I give the (high security) password correctly. Google then says it can't verify who I am. It asks me to verify using the backup email account by sending it a code. I receive that code and enter it. Google then asks for a phone number to send a verification code. The thing is, there has never been a phone associated with this account, for good security reasons. So it has my correct password, it has the email verification, why is it now asking to verify I am who I am by texting (what it is a random) number it has never had before? This makes no sense.
CAM ON AND HOW FAR?
Sekarang ini ada ramai juga pekerja dari Vietnam.
Di jabatan PTW itu sahaja ada 5 orang Vietnam.
Sesekali wak cakap juga "cảm ơn", disebut "kam en", bermaksud terimakasih.
"Yes, correct," kata budak bernama Do itu.
Manakala kalau berborak dengan geng2 safety Nigeria.
Wak akan sebut "How Far" bermaksud "apa khabar?".
Wak belajar sebutan ringkas ini semasa bawa Uber dulu.
Cerita pasal Uber, teringat wak pernah bawa amoi Vietnam di Senai.
Amoi baru balik dari kilang diwaktu malam.
Amoi fasih bercakap Melayu.
"Kawan kilang semua melayu wak," kata amoi dengan ramah.
Wak senyum sahaja padanya.
Dan amoi membalas senyuman wak.
Begitulah juga wak tahu sebutan "how far" juga ketika bawa Uber.
Selalu bawa ramai penumpang Nigeria dari kawasan hutan Damansara.
UNANIMOUS MUSLIM RIGGER
Kelmarin, mamat Nigeria, si ANO, sudah tanya wak.
Untuk terjemah bahasa Indon untuknya.
Pasal pekerja Indon tulis pencegahan keselamatan dalam kad Safety.
Dan dia mahu beri hadiah.
Tapi masalahnya ialah problem.
Pekerja Indon itu tidak tulis nama dia.
Cuma tulis "muslim rigger" sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Lawa cawan. Dari Nigeria ke tu?
ReplyDeleteMacam- macam pengalaman Wak ha...wak sambung kontrak lagi?
ReplyDeletesama laa kes saya. password dah betul tp google cakap salah. malas nak fikir byk saya reset password. eee geram jg dibuatnya sbb kita dah lama kan guna password tu
ReplyDelete