Sunday, 27 March 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 65

My lunch today at 12.27pm @2022

 Ahad, 27 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

PM WITH FULL SCANDAL
Borak² lagi dengan mamat Vietnam UNG PTW.
Pasal perang Vietnam dengan Kemboja.
Dan perang dengan Cina.
Dia amat tahu sejarah negaranya dgn baik.
Tidak seperti sesetengah rakyat negara Msia.
Dan dia kenal siapa mantan PM yg ada skandal 1MDB.
Dan isteri PM itu yg gila mengumpul emas dan perak utk diri sendiri.
Juga kagum dgn mantan PM yg membangunkan Malaysia.

PHU QUOC ISLAND
Borak2 lagi dgn UNG PTW.
Pasal skim persaraan di Vietnam, berbanding di Msia.
Walaupun kerajaan komunis ada menyediakan skim seperti KWSP.
Tapi byk syarat ketat yg diberikan.
Bila umur 65 tahun, hanya 70% sahaja boleh dikeluarkan oleh pekerja.
Dan jika pekerja mati sebelum itu, wang itu tidak boleh dipindahmilik kepada waris. 

Juga UNG tunjukkan ada rakan sekerja beliau TON yg sedang bercuti di pulau Phu Quoc.
Pulau yg terletak di selatan berhampiran Kemboja.
Pantai yg cantik seperti Phuket dan Pulau Perhentian.

HIGH WIND STOPPING WORKS
Hari ini angin kuat dan ombak tinggi.
Kerja2 dihentikan bila angin laut melebihi 38knots.
Semua kerja2 di pelantar dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

4 comments:

  1. tak silap sblm ni Air Asia ada buat direct flight ke pulau Phu Quoc TU

    ReplyDelete
  2. camno la perasaan bila ombak tinggi dan angin kuat yea wak?..kalau saya ada sedikit goyang. Serammmm...

    ReplyDelete
  3. orang Vietnam mesti tak suka orang China kan Wak..tu apa yang tour guide saya cakap masa saya kat Da Lat dulu

    ReplyDelete
  4. lg teruk KWSP Vietnam, waris tak boleh claim...bagi kat kerajaan..

    seramnya dgr angin kuat & ombak tinggi..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat