Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar @2022 |
Ahad, 13 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Pasal kerja potong rumput tidaklah perlulah wak bercerita dalam blog ini ya.
Buat mumet pusing kepala sahaja.
8 HOURS ON THE BOAT
Tadi tiba2 mamat Indon (planner) itu muncul di bilik pejabat wak.
SID rakan si ROL yg baharu pulang ke gagang.
SID sampai dari Doha selepas 3 hari di daratan.
"8 jam atas bot, " rungutnya.
Kalau langsung dari Doha ke pelantar sepatutnya 4 jam sahaja.
Tapi terpaksa singgah di pelabuhan al Khor.
Lepas itu ke pelantar E baru ke sini.
Itupun kena hantar kargo dulu di kapal END.
"Almost nak muntah, " katanya lagi.
Laa, kenapa tak minta ubat mabuk macam wak dulu?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
kalau saya pun wak boleh pening dok 8 jam dlm bot tu hehehe
ReplyDeleteTengok Wak di rig teringat adik ipar dulu rig dia tenggelam.. Alhamdulillah semua selamat..
ReplyDeleteYang tak selamat sport shoes baru dia..nk bg ikan pakai..hehe
https://ainihalim85.blogspot.com/2021/11/adik-ipar-selamat-dari-ditenggelami-laut.html
Macam gaya tangan tanos la Wak hehehee
ReplyDeletesaya tak pernah offshore seumur hidup. sekadar duduk di gigi pantai sahaja...
ReplyDeletescary tengok sarung tangan design mcm tu...haha..
ReplyDeleteGlove tu kalau buat jadi keeper bola sesuai tak?
ReplyDeletemesti glow in the dark glove ni
ReplyDelete