Saturday, 12 March 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 50

Muruku from India @2022

Sabtu, 12 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KATA PERIUK BELANGA  HITAM
Pagi tadi di pelantar dengan Supp KAR.
Ada kerja disana dengan 2 orang mamat Nigeria (Safety + Scaffolding).
Biasalah orang Afrika Nigeria ini bila cakap.
Mereka akan berbahasa Inggeris (penjajah).
Tapi kadang2 mereka selitkan bahasa daerah mereka.
Sehingga si Supp KAR (India mari) tegur dengan perasaan ingin tahu.
Boleh dia tanya apakah bahasa kebangsaan Nigeria.
Mamat Nigeria ini pun cakaplah mereka guna bahasa Inggeris sahaja.
Hatta dalam rumah dengan laki bini.
Wak ada baca mereka berbahasa Pidgin English. 
Dan campur2 bahasa daerah.
Wak pun menyampuk juga.
Wak tanya balik Supp KAR pasal bahasa kebangsaan India.
Sebab ramai sahaja rakan2 sekerja dari India, terutama dari Tamil Nadu (selatan India) yg tidak boleh berbahasa Hindi.
Maksudnya Hindi bukanlah bahasa rasmi.
Wak gelak sahaja tengok mereka.

Di Nigeria juga mereka sebut buah pisang itu "plantains".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. Wak...dah 50 hari kat atas pelantar tu...berapa lama lagi la agaknya...wak tak rindu makanan Malaysia ke? hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Apalagi Wak, ambil kesempatan belajar banyak bahasa

    ReplyDelete
  3. bahasa menunjukkan bangsa wak..masa belajar kat sekolah la..sekarang ni ramai yang tau banyak bahasa...

    ReplyDelete
  4. singgah blogwalking. muga sukses..

    ReplyDelete
  5. Wahhh 50 hari dah kat offshore. Mesti best kan dapat berkenalan dengan orang luar negara ni.

    ReplyDelete
  6. tapi english nigeria kira 'bergulung2' juga kan, wak? sebab lecturer saya dulu pun orang sana. payah betul nak tangkap apa yg dia cakap. huruf R tu tebal sangat hahahaa

    ReplyDelete
  7. Di antara semua siapa paling handsome Wak ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  8. mungkin sebab banyak sangat dialek, maka pilih bahasa luar as bahasa rasmi. senang

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat