Friday, 25 March 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 63

Kalendar Kuda on my home screen @2022

 Jumaat, 25 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).

Usai solat Isyak malem tadi.
Mat Indon EDI (IT) borak2 masa keluar dari surau.
Dia gembira dengan keadaan surau disini berbanding surau pelantar C.
Sebab pak imam Afrika (Kenya) yg hafiz.
Wak mengiyakan sahaja. 
Esoknya sudah hari jumaat.
Tapi wak kok sudah 2 kali solat Subuh berjemaah tidak baca doa qunut sebab terlupa.

THE FATHER OF ALL STUPIDS

Khutbah solat jumaat hari oleh imam Kenya itu lagi.
Tajuk khutbah tentang abu jahal.
Sebelum solat jumaat tadi, makan di kantin.
Walaupun menu nasi beriani tapi wak pilih nasi putih sebab ada tomyam seafood.
Aiskrim pun ada.

AN OFFER YOU CANNOT RESIST

2 minggu lepas, ejen ANN ada panggil wak.
Ejen ANN mahu offer wak kerja di syarikat lain.
Wak kata okeh sahaja dan serahkan resume seperti biasa.
Tadi semasa di kantin, ejen ANN hantar mesej lagi.
Katanya mahu wak kerja di kandang kerbau (Temasek) pula.
Tapi kontrak wak disini hanya disambung sebulan lagi.
Walaupun bos besar sudah janji mahu sambung kontrak wak sehingga bulan Jun.
Kita lihat sahajalah nanti apa yg akan berlaku.
Aminn, semoga dipermudahkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

5 comments:

  1. Aminnnn...moga dipermudahkan wak..

    ReplyDelete
  2. minta smbg smpi hjg thn wak! kami nk tgk WC��

    ReplyDelete
  3. semoga dapat buat pilihan yang tepat

    ReplyDelete
  4. ada mazhab yg tak baca doa qunut, imam tu mazhab yg tu kot..

    kalau di Temasek, sudah dkt dgn Malaya..semoga yg terbaik utk wak..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan Wak.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat