Tuesday 22 September 2015

KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR YANG JALANG



Sabtu, 19 September 2015.
SETELAH 6 tahun, penulis pun menziarah semula ke makam Cik Siti Jalang, atau Cik Siti Aminah Tanah Masyhur. Berbanding dahulu, dimana untuk ke makam penulis kena menceroboh kilang papan, tetapi sekarang, kilang papan itu sudah pun tiada. Tetapi masaelahnya, tiada papan tanda arah untuk ke makam. Nasib baiklah juga, memori penulis masih kuat mengingati kedudukan makam tersebut.

Makam yang sekarang ini telah dinaiktaraf dan nampak lebih cantik dan bersih.

ALKISAH 1:

Cerita Cik Siti yang diadaptasikan ke televisyen Astro Citra pada tahun 2011, lakonan Erra Fazira dan arahan Sabri Yunus:

Kisah bermula seorang wanita jelita; Siti Aminah yang baru berkahwin dan sedang merancang untuk membunuh suaminya pada malam pertama selepas bernikah, dengan menitis beberapa titik racun (bisa kala jengking) dari botol kecil yang disorok di dalam sanggul cantiknya. Kenapa?

Kisah ini adalah kisah benar (mitos atau dongeng?) dan berlaku semasa zaman Malayan Union (tapi batu nesan Aceh menunjukkan kejadian masa kesultanan johor lama) dulu, sebelum Tanah Melayu merdeka. Siti Aminah, seorang gadis yang dilahirkan buruk dan sering menjadi hinaan dan kutukan orang-orang kampung.

Disapa tiba-tiba oleh seorang “pakcik” dan ditawarkan pertolongan, sehingga terpedaya secara ajaib, menjadi cantik. “Pakcik syaitan” itu memberikan kegembiraan dan kehidupan baru buat Siti Aminah tetapi harus mengikut syaratnya. Untuk kekal cantik dia harus membunuh suaminya sehingga 100 orang dan setiap perkahwinan tidak boleh melebihi 3 bulan.

Tetapi diakhir cerita, cik Siti telah terminum racunnya sendiri. Begitula juga dengan suaminya yang ke 100 itu.

- rujukan dari blog Azieazah (2011).

ALKISAH 2:
Catatan pada batu tanda di makam cik Siti di Kampung Tembioh, Kota Tinggi:
Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyuhur atau Cik Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'Jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh Cik Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperisterikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami Cik Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumiaan mereka. Dengan takdirtuhan, Cik Siti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

ALKISAH 3:
Manakala ada rakan sekampung penulis dulu yang berjenaka tentang kemistikan Cik Siti Jalang:
Ada seorang Siti. Yg sungguh kaya dan jelita. Ber’getah’ orangnya. Kulitnya mulus. Kerana sering disental dan dilulur dengan bedak kulit langsat. Senyumannya macam bulan lima belas. Lantas, lelaki manalah yang tidak jatuh hati kepadanya, alahai.

Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan poh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati. Kahwin malam, siang mati. Kahwin siang, malam mati. Hatta, sembilan poh sembilan orang kesemua lakinya pun habis matilah.

Tapi ditakdirkan juga, laki siti jalang ke sehatus yg masih hidup kekal hingga akhir hayat mereka adanya.

Soalannya, yg pertama, kenapa kesemua sembilan poh sembilan lakinya mati pada malam pertama?

Dan soalan yg kedua, kenapa lakinya yg ke sehatus tidak mati pula?

Yg me ingat, jawapan soalan pertama. Sebabnya vagina cik siti seperti ada pisau cukur didalamnya. Akan men’zrass’ kote kesemua suami yg bersenggama dengannya. (Ahdoii - ada unsur-unsur kengiluan disitu). Bilang kawan me yg bercerita itu. Entahkan betul entahkan tidak.

- en_me, Memang Lumayan Six (14/9/2009)


Nota lalat. Updated. 20.12.15. Ada rakan penulis memberitahu tv3 ada menyiarkan rencana majalah 3 cerekarama bertajuk Cik Siti tentang Siti Jalang ini. Dan sejak semalam blog penulis dihentam (baca: hits) dari sumber seluruh dunia. Ai laike. Tapi ada kawan-kawan yang tahu macamana hendak download video tv3 itu kah? Updated. 21.12.15. Link.
Search: cik siti jalang kisah cik siti jalang cik siti aminah cik siti aminah jalang siti jalang kisah cik siti aminah sejarah cik siti jalang makam cik siti jalang sejarah cik siti aminah makam cik siti aminah kisah siti jalang di johor kisah benar cik siti jalang cerita tentang cik siti yang kahwin 100 suami cik aminah bersuami 100 cik siti 100 suami cik siti aminah aka cik siti jalang cik siti aminah cik jalang cik siti kahwin 99 kali

ALKISAH 4:
Sinopsis Telemovie Cik Siti Cerekarama TV3 - 9 malam 19.12.15
Mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang diberi nama Cik Siti yang disumpah oleh nenek kebayan semata-mata mahu mengubati penyakit kulit yang dihidapinya. Sebaik sahaja Cik Siti kembali cantik dan jelita, dia kembali merampas cinta hatinya iaitu Awang. Kejadian pelik mula berlaku apabila suami cik siti mula meninggal satu persatu hinggalah suami ke 99.

Translation. The Grave of Cik Siti. According to folklore, Cik Siti (or Miss Siti), whose full name was cik Siti Aminah Tanah Mahsyur, daughter of a senior court official in Johor. She had looks that could (literally) kill. cik Siti and each time her husband died. Men were willing to marry her even though they knew they certain death. They were required to ready a coffin and Muslim burial cloths known as 'kain putih' of their marriage. The curse was finally lifted when she married the 100th time and who could share her life forever.

Updated 2020.
Kelmarin (2/10/2020) bila penulis datang semula ke kawasan makam cik siti Jalang, tiada lagi jalan yg jelas ke sana. Sebab penulis tiba dgn menaiki cik Jnulekasnova, walaupun terjumpa bumbung makam, tapi tiada jalan kesana yg penuh semak samun. Jadi penulis batalkan hajat sahaja.


Blog bukanlah hakmilik kekal.











===============================================
Dari blog rakan penulis yang lama tahun 2009:
Storyboard 2009 at aminus. Link.







59 comments:

  1. innalillah...nampak nisannya unik jenis batu nisan Aceh gamaknya..info menarik ni..kisahnya pelik amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep batu nesan aceh, zaman kerajaan sultan johor lama .,

      Delete
    2. tq info wak...ada tambahan dari n3 dulu dgn lbh detil n menarik..makpah dh reti cara nk menggoegle dgn betul...heh..heh..biasala wak org lama lambat belajar...izin makpah copi picnya ya..tksh.

      Delete
  2. Innalillah. Al-fatihah.
    Ngeri pulak baca kisah kat atas tu....

    ReplyDelete
  3. heheheh klakarnya .. selain dari kisah tu, sebenarnya cik siti tu femes sbb arwah org berada di zaman dulu kah?

    ReplyDelete
  4. Kunjungan hujung minggu, Wak!
    Kisah Siti Jalang ni lebih kurang macam cerita Sanggul Beracun yang Sabri Yunus buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, cerita pompuan cik siti yang sama., tp wak pon x tgk film sabri yunus tuuuh ;p

      tp sanggul beracun dibuat zaman malayan union, sedangkan kubur cik siti ni bernesan aceh zaman kesultanan johor lama., wallahualam

      Delete
    2. owhhh haah la mcm cerita Sanggul Beracun tu tapi lain zaman pulak ye yang tu Wak.

      Delete
    3. tular, lain zaman kann., tp erra fazira tu memey cun jeliter kann ramping lagikk., hikhik2

      Delete
    4. sabri yunus dapat inspirasi dari kisah siti ni kot..

      Delete
  5. Ye ye ooo je wak ni... Bole caya ker?

    ReplyDelete
  6. pertama kali dgr kisah Siti Malang ni..betul ke kisah malam pertama tu Wak..ke rekaan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata org, kalo xde angin masakan pokok bergoyang., huhu2

      Delete
    2. ntah ntah ada monyet atas pokok tu tak Wak kih kih kih

      Delete
    3. agaknyelar, atau ade orang beromen kat atas pokok tuu., harhar2 matikla wak

      Delete
    4. atas pokok pun boleh jadi ke Wak...aduh!!!

      Delete
    5. dalam perut kancil pon boleh on inikan pulak atas pokok., tuu monyett selamba je berbulan madu bergayut-gayutan., harhar2

      Delete
  7. berapa org anak cik siti ni wak bila bersama suami yg ke sehatus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsempat nak ade anak kott, setakat katil bergoyang2 sajeer ., kehh

      Delete
    2. atas pokok pun boleh ke wak ahahah...dasyat!

      Delete
    3. ehh..salah masuk ruang komen

      Delete
    4. kalau katil goyang tu sbb tidur lasak! mmg x 'jadi'

      Delete
    5. anak tu kan anugerah Tuhan, kalo xde rejeki nak camane walopon patah katil sbb nk try 21 posisi karma ;p

      Delete
  8. fiksyen atau sejarah ni? tak penah dengar..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak bukan org johor letteww ., kalo bukan sejarah kenapa ada batu tanda dari kerajaan?

      Delete
  9. Info sgt menarik...tq sharing

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  10. cik siti mati disebabkan apa wak??? sakit tua??? ada keturunan dia lagi x skg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ikut citer Astro tuuh, cik siti mati kerana tersalah makan racun utk laki dia, laki dia pon mati gak.,
      tp kalo ikut citer mulut ke mulut, hati ke hati org2 kampung tempatan, cik siti hidup bahgia dgn suami yg ke 100 tu sbb suami tu alim ulamak hingga akhir hayat., wallahualam bisawab

      Delete
    2. mungkin laki ke 100 tu kahwin ngan dia bukan sebab dia cantik,tu yang kekal tu.

      Delete
  11. Pernah dengar citer Siti Jalang dan tengok yang kat Astro lakonan Erra Fazira tu.
    Tapi tak pernah pegi kubur dia yang wak pi ni.
    Siapa yang letak kain kuning tu wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kain kuning tu gmbr batu nesan lama, orang yg jaga lama lettew letaknye., ;p
      skrg ni batu nesan pun dah cantek bersih, kawasan kubur pun terjaga gituuu.,

      Delete
  12. oh! saya penah dengar cite ni..saya ingat mitos..rupenye, memang ada makamnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makamnye mmg dah ade lama sblom erra fazira lahir lagik., hikhik2
      kalo senang2 dtgla kota , pi la jenguk makam makk.,

      Delete
  13. banyaknya laki awak ni cik Siti, pass le kat saya satu..hehe.

    Al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke laki yang dah mati dh kene 'zrass' anunyer., harhar2

      Delete
  14. menarik kisah ni wak, kali pertama dengar...tak pernah pulak kawan-kawan yang gi Acheh cerita pasal dia.mungkin sebab kedudukan makam yang tak strategik dan menarik perhatian pelancong

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih bukan kat aceh ye cik Salbiah, nih kat kota tinggi jakk., hakhak2

      Delete
  15. menarik kisahnya wak.....biasalah orang cantik kadang membawa keuntungan kadang merugikan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo semua org nakkan yg chantek jeliter, abes yg tak chantek tak jeliter saper yg nak uoolss., huhu2

      Delete
    2. kesian jadi orang jelek ini wak....takde sape nak..
      jelek pun tak per yang penting baik bagi mak...

      Delete
    3. kata ustaz poyo tuh, "tak chantek takper, leh tutup lampu," ammvoii ;)

      Delete
  16. hehehe menarik kisahnya.... seronok dibaca

    ReplyDelete
  17. isk tak ada nama lain keeee hahaha.. CT tngk citer yang erra blakon tu..

    ReplyDelete
  18. cik siti jalang ... tetiba rasa nak tengok drama dia lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, camane cik zie leh tetibe sampai entri lama wak nih? hrmmm cerr citer

      Delete
    2. google lah wak. search 'cik siti jalang' keluar blog tiga lalat kat first page tau. terbaik lah :)

      Delete
  19. Gigih saya tengok cita Cik Siti tu semalam sebab teringat entry Wak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. majalah 3 kat tv3 ke ape mak nasa tuuuh? huhu2

      Delete
  20. WOWWWWWWWW
    MEN ’zrass’ tote kesemua suami yg bersenggama dengannyA?!?!?!?!?

    ya allah hahahahaha sorry tergelak but still creepy uish

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. ada tgk kat Tv cerita nie...
    kisah benar rupanya

    ReplyDelete
  23. yang saya dengar sbb ada binatang berbisa yang keluar setiap malam, suami yg ke 100 tu alim ulama jadi die tahu cara nak ubati..saya pon x tahu..dengar dengar aje la kan

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat