|
Jalan Susur Kulai 2. |
Tajuk entri penulis kali ini seperti lagu Wali Band yang berjudul "Aku Bukan Bang Toyib":
Sayang aku…
Bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang…
Tetapi penulis bukanlah ingin bercerita tentang Bang Toyib, yang meninggalkan bini yang sedang dahaga kehausan dan kegersangan itu ya. Sebenarnya, KELMARIN penulis sudah merempit ke warung Nasi Lemak Wak Kentut yang berada di bandar Kulai itu. Tetapi tiadalah rejeki penulis hendak bersantapan disitu kerana warung Wak Kentut ditutup pula. Mungkin Wak Kentut tutup warung pada hari JUmaat atau cuti raya haji? Jadi, penulis telah cuba mencari warong nasi lemak alternatif yang popular di Kulai. Bila penulis menggoogle pula tidaklah banyak membantu, tetapi penulis terjumpa beberapa warung nasi lemak. Antaranya nasi lemak Tapau, tetapi bila penulis singgah di stesen minyak Petronas Bandar Putra, salah seorang aweks penjaga yang jelita di kaunter disitu memberitahu,
"kalau Wak Kentut memang kenal, tapi nasi lemak Tapau? Tak pernah dengar lah wak!" macam tersipu-sipu bilang si aweks itu.
"wahh, Wak Kentut juga yang popular ya," kata penulis purak-purak terperanjat, tapi dalam hati siapa yang tahu. Dan penulis senyum-senyum saja kepada aweks sambil membayar harga minyak di pam nombor 7. Dan aweks itu pun membalas senyuman wak. (ehem, ehem)
Dipendekkan cerita, penulis telah merempit dan melencong ke medan selera yang baharu yang terletak berhampiran surau dibelakang flat rumah murah sewaan penulis juga.
FENOMENA "WAK KENTUT"
Siapa kah Wak Kentut? Ada apa dengan Wak Kentut? Kenapa Wak Kentut begitu terkenal?? Dimanakah kekuatan Wak Kentut? Adakah kekuatan Wak Kentut terletak pada kerisnya kah, atau pada tenaganya kah, atau pada baunya kah? Kah? Beberapa tahun terakhir ini Wak Kentut begitu terkenal, bahkan mungkin seluruh masyarakat Johor akan menjawab hal yang sama ketika kedua pertanyaan tersebut di ajukan kepada mereka.
MAKSUD KENTUT
Maksud kentut menurut kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:
1. Angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dengan sengaja); terkentut berkentut dengan tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dengan tiba-tiba.
Walaupun nama "kentut" didalam bahasa Inggeris disebut "fart" dan dalam bahasa Cina disebut "放屁", tetapi bau aroma ayam goreng, sambal cili dan nasi lemaknya di warong nasi lemak yang popular di Kulai ini yang membuat ramai orang datang menghidu dan menjamahnya.
Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan, "kenapa kalau terkentut kita diwajibkan mengambil wudhuk? Kenapa tidak dicuci saja tempat yang terkentut itu?". Wallahualam, Tuhan itu lebih Bijaksana.
NAMA LAIN TIDAK POPULAR
"Sebenarnya nama ini gelaran daripada orang Kulai sendiri yang diberikan kepada orang tua-tua dekat sini. Kami orang keturunan Jawa banyak bernama Wak. Jadi mereka gelar bapa saya Wak Kentut, sampai sekarang melekat, kami pernah tukar nama itu tetapi mereka (pelanggan) tidak hendak. Hendak pakai nama ini juga," kata Hairolnizam, anak Wak Kentut yang juga pewaris dan pengusaha warung Nasi Lemak Wak Kentut yang sekarang.
LOKASI
Nama restoran: Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat: Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor
(ikut susur depan Public Bank, terus sebelum simpang lampu isyarat)
Google map: http://g.co/maps/6ycjs
GPS: 1.652333,103.609871
Waktu: 5:00pm to 9:00pm 12:00 midnight (tutup Ahad dan hariraya haji dan ikut suka hati taukeh lah)
Ditanggung Halal
KEISTIMEWAAN
Bila penulis bertanya kepada penyewa flat rumah murah penulis itu, beliau yang selalu juga ke warung nasi lemak Wak Kentut ada memberitahu,
"nasi lemak dia biasa je wak, sambal dia biasa biasa jugak wak,"
"abes ape yg sedap istimewa sangat tu?" tanya penulis.
"ayam goreng dia wak, memey keless, rempah dia terbaik, kalah ayam KFC wak!" katanya lagi.
WAK YANG JUJUR
Sebenarnya dan sejujurnya penulis bukanlah penggemar tegar nasi lemak. Biasanya penulis hanya akan makan nasi lemak bersarapan diwaktu pagi saja. Itupun ka-dang-ka-dang. Tidak pernahlah penulis makan nasi lemak di waktu tengahari atau di waktu malam. Tetapi sekarang makin ramai orang kita makan nasi lemak tidak kira waktu 24/7 kann? Mak kanns.
Jadi, apabila penulis tidak dapat menjamah nasi lemak Wak Kentut yang popular itu tidaklah mengkuchivakan penulis pun. Tidaklah air liur penulis meleleh-leleh merembes-rembes sampai keluar kelantai seperti hendak dimopkan pula. Tidaklah sampai penulis kempunan sebab tidak dapat makan nasi lemak dan berlari-larian mencari batu belah batu bertangkup pula kan. *Ketawa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
aDm and aQi at Southern Tiger Hub, Jalan Cengal, Kulai. |