Wednesday, 30 December 2020

2020 - BLOGGING DALAM KENANGAN


TOP NINE 2020
Ehh. Ini bukan pos top nine IG ya.
Sebab penulis pun tidak ada akaun Instagram yg diva gitu.

Alhamdulillah. Sudah 6 tahun penulis menulis dalam blog tiga lalat yang tiada apa2 ini.

Tahun 2020 yg kurang baik dari segi ekonomi bagi kebanyakan kita.
Alhamdulillah. Nasib penulis agak baik.
Meski seperti roda diatas dan dibawah juga.
Walaupun masih kais pagi makan petang. Gitu.
Walaubagaimanapun, blog harus diteruskan.

Penulis cuma mahu kenang kembali kerjaya penulis tahun ini.
Secara ringkas dan ikhlas.

JAN, FEB, MAC
Mula kerja memotong rumput di syarikat SSS (bukan nama sebenar).
Syarikat yg muda-muda belaka.
Bos dan pekerja semua pun muda dan jelita juga.
Tapi tekanan kerja dengan cabaran tidak masuk akal.
Penulis berhenti kerja pada pertengahan bulan Mac.
Musim wabak Covid 19 bermula.

APR, MEI, JUN
Sehari selepas meletak jawatan, penulis dapat temuduga.
Bos baharu syarikat SMM (bukan nama sebenar) terima penulis walau dalam tugasan berlainan.
Contoh, tidak lagi memotong rumput, tapi memancah (tebas lalang tepian longkanag).
(Ehh, motong rumput dengan mancah lalang sama tak wak WP?)
Alhamdulillah.
Kerja dari rumah.
Nota lalat. Terima bantuan Prihatin BPN 1.0. ;p

JUL, OGOS, SEP
Kerja dari pejabat di kawasan masjid India KL.
Dapat kenal rakan2 tugasan baru.
Rata2 kesemua pernah kerja di luaran pantai.
Nota lalat. Terima bantuan Geran Khas Prihatin GKP 1.0. ;p

OCT, NOV, DIS
Kerja semula dari rumah.
Mesyuarat tingkap hari2.
Kontrak kerja disambung 6 bulan.
Nota lalat. Terima bantuan Prihatin BPN 2.0. ;p

BELASUNGKAWA
Tahun 2020 juga penulis menerima berita beberapa rakan sekerja yg sebaya telah menemui pencipta.
Bukanlah sakit virus covid 19, tetapi sakit barah dan sakit jantung.

Akhir kata, penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan semoga berjumpa kawan-kawan lagi di tahun hadapan (2021) ya. InsyaAllah. Dan tidak lupa juga penulis memohon maaf sekiranya komen-komen penulis dalam blog kawan-kawan yang ada mengguris hati dan perasaan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk datangnya dari diri penulis sendiri. Selamat berblog dan beramal. Amin.

Blog bukahlah hakmilik kekal.

16 comments:

  1. assalamualaikum wak... selamat thn baru...

    ReplyDelete
  2. p/s wak, boleh sy dapatkan nama, alamat surat menyurat dan no. tel kalau wak x keberatan? nanti drop kat komen blog sy ya. jgn risau. sy x publish. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki wak masih ada. Al fatihah buat kawan yang telah meninggal dunia. Apa pun walaupun kita di landa kesusahan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Semuga wak dan keluarga Allah lindungi dan rahmati hendakNYA. Aamiin. Mudahan juga kita dijauhi dari virus covid 19. Selamat tahun baru wak. Semuga tahun akan datang membawa keberkatan dan kemurahan rezeki buat wak sekeluarga. Aamiin

    ReplyDelete
  4. jeles nya wak terima bantuan tuh... kita baru isi borang udah di kata tidak layak sedih ooooo

    tahun 2020 ini memang sangat mencabar kan wak, moga tahun 2021 lebih baik lagi buat kita semua

    ReplyDelete
  5. thn 2020 yg pasti di kenang kerana negara di landa corona virus..smoga thn br 2021 lebih baik dan dipermudahkan segala urusan..aamiin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..perjalanan 2020 wak baik baik saja. Semoga terus dimurahkan rezeki wak dengan keberkatan. Aaminn..Semoga tahun 2021 lebih baik untuk dinikmati.

    Al fatihah buat mereka yang telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  7. Salam Wak!! Selamat Menyambut Tahun Baru..teruskan berblog Wak..sbb semua gambar cantik..Wak pun rajin menulis

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru wak..😊

    ReplyDelete
  9. tahun 2020 ni juga tahun saya kenal ramai kawan blogger yang awesome lepas saya menyepi blogging 3 tahun lamanya.. :)

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut tahun baru Wak.

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru, Wak Lat. Semoga tahun baru akan jadi tahun lebih baik pada kita semua. Wak ada bakat dalam bidang fotografi. Kipidap ye, dan semoga murah rezeki dan sihat sokmo.

    ReplyDelete
  12. semoga tahun depan lebih cerah..

    ReplyDelete
  13. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tahun 2020 ini..
    Selamat tahun baru 2021 ye..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat