Sunday, 13 December 2020

KITA NI BAGAIMANA


Bagaimana Untuk Jujur Berterus-terang (Tanpa Melukakan Hati)

Perkara yang paling menakutkan adalah:

Memberitahu kebenaran pahit secara jujur kepada seseorang yang mungkin sukar menerima kenyataan.

Sama ada memberitahu sahabat baik dia telah dikhianati, memberitahu bos bahawa ideanya teruk, atau menyampaikan sesuatu perkara yang pahit untuk diterima oleh setiap orang.

Kerana kita pasti tidak mahu membuatkan seseorang bersedih.

Kita tidak tahu bagaimana reaksi dan tahap penerimaan mereka.

Mereka mungkin merasakan anda iri hati dan mula menjauhkan diri dari anda. Perkara ini juga anda pasti tidak mahu.

Jadi kadangkala anda menyembunyikan kebenaran untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

Kadangkala, demi menyelamatkan diri sendiri, kita ‘berbohong sunat’.

Ohh. Gambar pancuran diatas di masjid penulis bersolat jumaat kelmarin.
Masjid al-Rahmah, Bukit Rambai Melaka.

Ohh lagi. Semalam penulis sempat berlarian ke galeri lebah Ayer Keroh Melaka 2020.
Tiada yg menarik di tempat jualan madu lebah ini.
Cuma terpaksalah membeli beberapa botol madu yg asli.

Firman Allah swt dalam surah an- Nahl ayat 68 & 69.
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan manusia” (68),

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (69)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Cantik-cantik semua gambar dalam entry ni. Kejujuran ini mahal harganya. Jujur la walau payah, sulit sekalipun. Hakikat yang benar adalah lebih baik daripada penipuan yang membahagiakan. Eza yakin ramai kita tak suka kena tipu. Hadapi saja dan terima apa akibatnya (kesan perbuatan/percakapan kita). Just sharing my opinion :D

    ReplyDelete
  2. Memendam rasa ke tu waklat.. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  3. Bila kita jujur, mestilah orang tu akan kecik ati. Takde sape kot yang suka ditegur salah. Tapi bagi saya, saya lagi suka orang jujur, cuma cara tegur tu, elok-elok ler, budi bahasa amalan kita. :)
    Pandai wak ambik gambar.

    ReplyDelete
  4. kadang2 jujur tu menyakitkan walaupun hakikatnya betul.. cantik sarang tu, kalau betul memang tak pergi dekat la. haha

    ReplyDelete
  5. Bergantung pada keadaannya. Kena banyakkan berfikir baik buruknya dulu. Lepas tu baru bertindak.

    menarik tengok galeri lebah ni. Kalau dah masuk, tak sampai hati kalau tak membelinya :)

    ReplyDelete
  6. memang sukar berkata benar, kerana rasanya pahit...gituhh

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat