Friday, 25 December 2020

HUKUM MENGUCAP MERRY CHRISTMAS


Hari ini hari natal 2020.

Dari kecil penulis diajar agar tidak memuliakan perayaan agama lain.
Tidak mengucap Merry Christmas.
Walau perbuatan itu cuma satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan serta mengambil hati dan perasaan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain.
Dan sekarang terpaksalah ucapkan, terutama pada kaum kerabat ipar duai di rumah panjang di seberang lautan disana.
Juga tidak mengambil gambar2 hiasan pokok2 krismas walaupun cantik2 belaka.
Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat hukum mengucapkan "Merry Christmas" adalah HARUS.

Walaupun hari cuti umum, penulis tetap bertugas memotong rumput seperti biasa.
Tapi tiada mesyuarat tingkap seperti biasa.

Pasal gambar KLCC diatas.
Kelihatan bangunan menara Lion (sekarang Citibank) di Jalan Ampang.
Bangunan tempat penulis mula2 bertugas di ibukota.
24 tahun yg lampau.
Hari pertama, parkir kereta di Ampang Park.
Sekarang bangunan Ampang Park sudah diroboh untuk dimajukan.
Parkir rm21 sehari yg amat mahal pada masa itu.
Itu cuma kenangan.
Tapi cuma bertahan 2 minggu sahaja.
Ada rezeki yg lebih baik daripada itu.

Ooh. Hari ini penulis cuba bersolat jumaat di masjid berdekatan.
Tapi masjid di bukit belacan ini pun masih belum dibuka untuk umum.
Yo wes.

Movie lalat. Tango & Cash 1989.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

10 comments:

  1. sama tu Wak.. parents mmg ajar dan kat sek pun da diajar hukum mengucapkan ucapan2 perayaan ni. kita yang dah dewasa ni ptt tahu la kan.. sedih tngk kadang2 yang muslims ni sambut kalah orang agama tu sendiri..

    ReplyDelete
  2. syukran Wak..

    Ampang Park dlm kenangan..

    ReplyDelete
  3. Tak kira apa perayaan,
    yang penting cutinya.

    ReplyDelete
  4. bekerja juga wak hari cuti. triple tu :)

    Terima kasih atas perkongsian wak.

    ReplyDelete
  5. my family kwen campur so we respect each other's culture :)

    ReplyDelete
  6. Kaum kerabat di seberang laut tu kat tempat Eza ke Wak, Sarawak? Hihi.

    Dah pernah datang Sarawak la niii... :)

    ReplyDelete
  7. tiap kali hujung tahun, isu ucapan pun timbul hehe

    ReplyDelete
  8. Ialah dulu Ampang Parklah paling famous sekarang dah tinggal sejarah.
    Tempat makan palin win Cozy Corner hehehee..
    Terima kasih atas perkongsian Wak kita kena rujuk pada yang pakar kan tak perlu ambil peduli sangat setazah/ stat tenet nih!

    ReplyDelete
  9. Tapi saya suka ambil gambar deko krismas di mall. Huhu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat