Monday, 14 December 2020

NASI GORENG KAMPUNG BUAH BIDARA


Petang sudah berlarian ke tefian fantai.
Tanjung Bidara dan fantai Pengkalan Balak sahaja.

Ehh. Ada fantun fasal Bidara.
Nasi lemak buah bidara.
Sayang selasih hamba lurutkan.
Buang emak buang saudara.
Kerana kasih hamba turutkan. Ammvoiii.

CERITA LALAT LAIN.
TIDAK SUKA IBU KAHWIN LAGI.
Soalan. SAYA anak sulung dalam dua beradik. Sejak arwah bapa meninggal, kami rapat dan banyak berkongsi cerita. Baru-baru ini, ibu beritahu ingin berkahwin lagi dan meminta pandangan saya mengenai teman lelakinya. Saya tidak menyukai teman lelaki itu disebabkan ada alasan tertentu. Perlukah saya beritahu ibu hal sebenar?

JAWABAN.
Anak berperanan menggembirakan hati ibunya. Jika sesuatu tindakan anda sebagai anak mengguris atau mengecewakan hati ibu, hukumnya berdosa besar. Ia termasuklah dengan isu ibu anda ingin berkahwin lagi dan anda tidak berhak menghalangnya.

Rasionalnya, hak ibu anda untuk berkahwin lagi. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan, demi keperluan dirinya sebagai seorang wanita dan ibu tunggal. Fitrah wanita yang normal, selagi dia masih muda dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai isteri, wajar memilih pasangan hidupnya sendiri.

Pada hemat saya, anda hendaklah berfikiran terbuka. Jangan buruk sangka dengan bakal bapa tiri anda. Berdoa supaya hidup ibu anda bertambah bahagia dengan perkahwinan baharunya itu.

Sekurang-kurangnya, anda masih ada ibu kandung yang penyayang dan taat kepada ajaran agama. Ibu anda tidak berdosa pun jika dia berkahwin atau mendirikan masjid sekali lagi. Dia sedang menuju alam kehidupan yang memberi peluang bagi dirinya menambah pahala amalnya sebagai wanita, ibu dan isteri yang bertanggungjawab.

Apabila anda berasa kecewa atau marah dengan tindakan ibu anda untuk berkahwin lagi, maka ingatlah pengorbanan ibu anda yang menjadikan anda bersikap ihsan dan meyakini wibawa dan haknya untuk membuat keputusan kendiri seperti berikut;

* Ibu yang mengandungkan anda.
* Ibu yang mengasuh dan mendidik.
* Ibu menyediakan segala keperluan.
* Ibu yang paling hampir dengan anda.
* Ibu tempat rujukan dan tempat bergantung.

YAKIN DENGAN IBU.

Oleh itu, perkahwinan ibu anda dengan lelaki itu wajarlah didoakan agar akan meringankan beban dan tekanan hidup yang dialaminya sebagai ibu tunggal.

Islam menggariskan panduan supaya setiap anak bertanggungjawab, sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada ibunya dalam menghadapi sesuatu perkara.

Ingat, jika anda gembira dan percaya akan kekuatan, keputusan dan kebijaksanaan ibu, maka ia akan mengelakkan anda daripada dosa dan konflik dengan kepentingan dan haknya.

- sumber internet. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. subhanallah cantiknya pic pantai

    ReplyDelete
  2. Mula2 sy cari gambar nasi goreng dulu.. Jarang nasi goreng dikait dgn buah bidara

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng kampung, peberet suami saya.
    Yela, kalau orang tua kita nak kawin, siapa kita nak halang. Kalau dia happy, kita tumpang gumbira. Doakan yang baik-baik je. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga anak dan ibu menemui kebahagiaan yang di cari

    ReplyDelete
  5. lama tak tgk view pantai sejak2 pkp ni. nk ke pantai pun susah. semoga perkahwinan kedua bahagia

    ReplyDelete
  6. Amboi wak, ingat blog ni dah jadi blog KRT tadi

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali singgah di pengkalan balak ni. cantik tempatnya tapi kurang dibangunkan. masa pergi pun ada 2 3 orang yang datang berkunjung.

    Semoga Q&A tu membantu mereka yang berada dalam situasi tersebut.

    ReplyDelete
  8. mana buah bidaranya wak? hahahahah!

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng tu mengancam.. Buah bidara lak sedap tapi tak ada pun wak gambar buahnya.. hehehe..
    Pasal mak kahwin lain tu, kita sebagai anak kenalah hormat..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat