Wednesday, 2 December 2020

REMPEYEK WAK TUNOT


Hari ini penulis ingin cerita sedikit berkenaan rempeyek.

1970AN & 1980AN
Masa zaman kecil2 lah sangat.
Bila nak raya, bonda akan buat kuih muih termasuk tempeyek.
Tempeyek kacang tanah yg bentuknya bukan bulat dan tidak cantik.
Bonda pakai tebar sahaja.
Tiada rupa orang kata.
Tapi sedap.
Penulis juga akan disuruh memukul telur dalam pasu belanga.
Ooh. Itu untuk buat kuih bauhulu. ;p

SEJARAH
Mula2 penulis tahu pasal rempeyek wak Tunot ini ketika bertugas memotong rumput di Pasir Gudang.
Ada ahkak Eton (bukan nama sebenar) yg punya sedara yg buat bisnes rempeyek.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) selalu jual rempeyek di pejabat.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) punya sedara pengusaha kilang kecil di Kampung Tengah, Kluang.
Itu cerita lebih 20 tahun yg lampau.

2000AN
Bila penulis bertugas memotong rumput di bandaraya, penulis pun ada juga bisnes kecilan.
Jual rempeyek Wak Tunot.
Biasa sebelum musim raya.
Sambutan yg agak hebat.
Penulis akan kutip bekalan dari Kluang.
Berkotak-kotak penuh dalam van Unser.
Agak jauh.

Kadang2 bila raya semakin hampir, bekalan habis di kilang wak tunot.
Terpaksa pesan dari orang tengah.
Kadang ada bekalan, kadang2 tiada bekalan.

MASA KINI
Tidak sangka juga penulis bahawa pasaraya Mydin ada jual rempeyek.
Rempeyek Wak Tunot yg pernah penulis kejar2 dahulu.
Harga mampu milik - RM13.90 sahaja.
Sepelaung sahaja dari rumah hinggap penulis yg ini.
Tidak perlu berlarian ke Kluang.
Atau memanggil orang tengah atau ejen.

Tapi sekarang penulis tidak berniaga lagi.
Cukuplah untuk makan sendiri.

REMPEYEK VS TEMPEYEK?
Dulu masa kecil2 lah sangat, penulis panggil tempeyek.
Tapi kemudian bila penulis periksa, tiada dalam kamus dewan pula.
Yg rasmi sebutannya ialah rempeyek (رمڤيييق ).
Mahu senang, panggil peyek sahaja pun boleh.
Yg penting bukan tumpi (تومڤي ), ehh itu adik beradik lain bapa kacang.

Nota lalat. Ehh. Penulis masih simpan keratan akhbar kejayaan bisnes rempeyek wak tunot ini.
Jual rempeyek dapat rm1 juta setahun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

14 comments:

  1. saya makan tapi bukan fevret..
    selalu cari keping2 yang banyak kacang tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah jutawan kerepek

    ReplyDelete
  3. kalau zaman kecik-kecik dulu nak jumpa rempeyek ni hari raya je..sekarang nak makan bila-bila masa je boleh sebab ada jual di kedai-kedai dan pasaraya kan

    ReplyDelete
  4. Saya suka rempeyek yg mak atau nenek saya buat je wak, bentuknya xbulat sbb cara masak di goreng di tepi kuali jadi bentuk macam2 tapi sedap sbb banyak bilis dan kacang... sedapnya peyek emak

    ReplyDelete
  5. kita pun sebut tempeyek...

    Nasi Ambang sedap tu, Nasi Ambang Mak Ana, bersebelahan Petronas BBU yang dalam taman (buka tepi jalan besar)

    ReplyDelete
  6. Orang Johor memang fanatik rempeyek ni. Bolehla try nanti cari Wak Tunot

    ReplyDelete
  7. Rempeyek zaman dulu, yang tak ada bentuk juga yang sedap, yang emak buat di tepi2 kuali tu...ahaks!

    ReplyDelete
  8. aduh lama tak makan ni, craving!

    ReplyDelete
  9. memang femes kan rempeyek wak tunot ni..

    ReplyDelete
  10. tak pernah rasa dan jumpa rempeyek wak tunot ni. hebat rempeyek ni dah semakin berkembang marketing dia. terbaik. kalau sedap memang orang cari dan terlajak laris.

    ReplyDelete
  11. rempeyek memang sedap.. MIL saya pandai buat..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat