Rojak petis |
Sebenarnya, ramai orang keliru dan salah faham mengenai mana buah mata kucing dan mana buah longan.
Ramai orang menyangka buah longan adalah buah mata kucing.
Buah mata kucing buah tempatan, manakala buah longan adalah buah import, walaupun kini mula ditanam di Malaysia.
Orang kata, pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor.
Kampung Redong terkenal sebagai lokasi yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.
Nantilah kalau penulis ada masa penulis akan berlarian kesana.
Ehh. Sebenarnya penulis mahu cerita pasal rojak petis.
Susah juga mahu cari rojak petis di lembah klang ini.
Tapi nasib baik juga ada orang sebut2 di mukabuku (baca, facebook).
Dapatlah penulis menjamah rojak petis (rm5) dari Taman Delima.
Terlanjur penulis pun beli buah mata kucing (RM10 sekilo) juga.
Dan beli juga cucur udang utagha (rm6) - tiada dlm gambar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
lamanya tk mkn buah mata kucing..sedap tu
ReplyDeleteKalau longan selalunya import.. mkn byk sikit kompom batuk.. org kata ada campur chemical utk buat tahan lama.. xtau betol ke x.. sedapnya rojak mcm nk repeat lg mkn rojak 😂😂
ReplyDeleteBuah mata kucing tempatan saiznya kecil sedikit.
ReplyDeleteBijinya besar dan isinya nipis.
Wak ada tanam sepokok, buahnya jadi santapan kelawar aje.
Dana kalau teringin rojak petis gigih buat sendiri wak sbb susah nk jumpa org jual kt sini kalau balik johor merata ada jual...
ReplyDeleteSedapnya tengok buah mata kucing tu. Baru tersedar lamanya tak dapat ��
ReplyDeleteterliur pandang rojak petis
ReplyDeleteDALAM FIKIRAN KITA.. MATA KUCING TU PANGGILAN DI MALAYSIA, LONGAN TU PANGGILAN DI THAILAND. KALAU DARI SEGI SAIZ, MEMANG BIASA BUAH DARI THAILAND BESAR BERBANDING MALAYSIA.
ReplyDeleteSORRY, TERGUNA HURUF BESO PLAK, HIHI
sedapnya buah mata kucing. kalau anak yang sulong masa kecik , siap pelik hah, mata kucing? ingat amik mata kucing kotnya . haha. maklumlah pencinta kucing.
ReplyDeletesedapnya rojak tu..tiba2 penasaran nk mkn juga hahaa ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSalam Rabu 😁
Tetiba rasa geringin nak makan mata kucing... Hihihi
Kampung Redong tu Felda Redong Segamat Labis tu ke? Tak tahu pulak situ banyak Longan. Balik segamat tak sampai ke sana berjalannya. Yang saya tahu longan tu besar sikit, mata kucing comel sikit.
ReplyDeleteLama gila tak jumpa rojak petis. Sedapnya. Kecur air liur tengok.
Fuiyo, terliur tengok rojak petis.
ReplyDeleteAduh wak kecur tenguk rojak petis. lain kali ke pergi Tanjung Mas lah pekena rojak petis dengan abc.
ReplyDeletemy feveret buah mata kucing tu..blk kg hari tu beli sekilo RM8..buah besar lak..puas mkn
ReplyDeleteLama tak makan rojak petis..
ReplyDeletebuah mata kucing/longan tu sedap dimakan sejuk-sejuk..
Selalunya saya basuh bersih, simpan dalam peti ais bagi sejuk baru makan.. hehehe