Wednesday, 22 September 2021

DOHA QUARANTINE DAY 2

Homemade Granola Parfait for breakfast @2021
Rabu.

Penulis ingatkan sarapan tiba jam 7 pagi.
Jadi penulis sibuklah panggil gadis penyambut tamu itu.
Rupanya jam 8 pagi.
Tapi lapar gila sebab cacing dalam perut berkeroncongan sahaja.
Iyalah kan, waktu jam di Masai sudah pukul 12 tengahari.
Sebab beza waktu 5 jam.
Cacing dalam perut masih tidak dapat menyesuaikan diri.
Aduhai.

Bila sarapan tiba.
Nampak sangat ganjil sebab penulis pesan Homemade Granola Parfait.
Granola adalah makanan yang terdiri dari oat, kacang-kacangan, buah-buahan kering, dan juga bisa ditambahkan dengan minyak, madu atau pemanis lainnya.

Lain kali baik penulis harus pesan telur dadar (baca, omelette) sahaja.

Cerita lain.
Pagi tadi ada beberapa rakan penulis panggil.
FAR dan FAZ yg sekarang sudah berada ditengah parit.
Mula2 mereka bertanya khabar.
FAR tanya pasal kerja, ie sesiku yg patut dikaji oleh pihak kejuruteraan Batam.

FAZ pula nasihat untuk penulis periksa dengan bosskur pasal urusan penulis ke tengah lautan nanti.
Sebab syarat utama mesti ada sijil Bosiet.
Penulis akan periksa dengan bosskur.

Kemudian MAN panggil penulis.
MAN sekarang berada di Masai.
MAN tidak akan ke tengah lautan.
Tapi ada tugasan yg penulis kena bantu.

Mula2 MAN tanya khabar penulis di negeri pasir berdengung ini.
Sebab dulu MAN pernah berkerja di sini.
Penulis kata cuaca dan suhu bahang agak panas.
Waktu subuh disini bermula jam 4 pagi.
Matahari terbit jam 5.30 pagi.
Sebab sekarang musim luruh.

Juga pasal makanan yg agak mewah.
Set makanan tiga kali sehari - sarapan, makanan tengahari dan malam.
Ada saja makanan yg tidak habis dimakan.
Sebab bahagian yg agak banyak.

Ooh, tiba2 penulis teringat.
Pasal penulis kena puasa nazar.
Kena tunggu hujung tahun lah nampaknya.
Sebab masa itu,waktu siang yg pendek.

Untuk makan tengahari pula.
Makanan sampai awal.
Nasi ayam mandi yg fofuler itu.
Tapi memang besar bahagiannya (baca, portion pak arab).
Makan pun tidak kehabisan.

Usai makan tadi.
Gadis penyambut tamu panggil.
Kata ada ujian swab dalamasa 5 minit.
Bila tiba, petugas diluar pintu cuma cucuk hidung sahaja.
Bila penulis cakap, "khalas"? 
Dijawabnya "khalas" juga.
Penulis pun ucap "shukran." 
Dibalasnya "afwan."
Eh, sejak bila penulis bisa ngomong Arab pula?

Pasal tv bersaiz besar dalam bilik hotel pula.
Penulis perasan ada banyak saluran wayang didalamnya.
Pilih saja mana yg berkenan.
Tapi semua bersarikata arab.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mandi chicken rice @2021
Mandi chicken rice @2021
Sunset view from Mondrian @2021
Watching Wall Street with arabic subtitle but unfinished @2021
Tandoori chicken Drum stick with briyani rice @2021

13 comments:

  1. nampak sedap makanannya..portion ikut pak arab, sbb tu banyak..

    oo..cari gali di tgh lautan..

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kalau wak nak order kene ckp "1/2 portion"

    ReplyDelete
  3. Patut lama tak nampak, jauh merantau 😂

    ReplyDelete
  4. Asalam tuan blog..specialnya...begitulah bila travel..segalanya dah di atur..apapun take care, always remember Allah wherever your

    ReplyDelete
  5. makanan orang have-have tu wak...
    Selamat bertugas in advance..
    Takde ke nak suruh nilaikan pelantar minyak tu...nohas dan saya boleh buat..hehehehehe

    ReplyDelete
  6. penat poton rumput kat negara passir berdengung xpa mkn portion besar sikit

    ReplyDelete
  7. wah enak banget sih wak makanan pak arab. Cacing kerawit ke cacing gelang tu wak pagi-pagi sudah buat musik keroncong untuk wak...selamat merantau semuga semuanya di permudahkan urusan wak

    ReplyDelete
  8. Lain macam breakfast Wak tu.
    Portion banyak tu ikut saiz Arab huhuuuu... kalau Mrs. A sure tak habis

    ReplyDelete
  9. Sedapnya makan pagi dan merarau wak, nasi beriani sana lagilah sedap kan. Semoga baik baik je wak kat sana.

    ReplyDelete
  10. Nasi beriani tu memang berani sungguh tanpa berkira-kira kuantiti hidangannya. mantap.

    ReplyDelete
  11. Untung la wak..makan di layan sedap,nasib xde yang suap..hahaha....well...balik Malaysia nanti wak gemuk...percaya laaa

    ReplyDelete
  12. kalau saya portion banyak tu 3 hari baru habis. bersenam-senam sikit Wak, kang meroket berat badannya

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat