Thursday, 30 September 2021

DOHA QUARANTINE DAY 10

Swab test result is negative @2021
Khamis, 30 September 2021.
Doha, Qatar.

Memanglah 10 hari kena kuarantin dalam hotel ini.
Tapi sebenarnya 10 malam.

Jadi, penulis hanya boleh keluar esok.
Tapi yg penting, keputusan ujian Covid adalah negatif.

Ooh.
Hari ini penulis mahu cerita sedikit pasal negara Qatar.
Mungkin ramai pembaca yg tidak tahu pasal geografi.
Secara ringkasnya.
Qatar adalah sebuah negara semenanjung yg kecil yg terletak di Teluk Parsi.
Tapi kalau lihat peta, negara Bahrain adalah lebih kecil dari Qatar.
Keluasan negaranya adalah besar sedikit daripada negeri Kedah iaitu 11.437 km2 berbanding negeri Kedah 9 500 km2.
Merujuk kepada peta negara Qatar di bawah, jarak dari Doha di pantai timur ke Dukhan di pantai barat adalah lebihkurang 60 km saja.
Dengan kata lain, Qatar ni pusing satu hari pun boleh habis.

Eeh.
Satu lagi.
Kereta dipandu di sebelah kiri jalan ya.
Harap maklong.

Jumlah penduduknya pulak hanyalah sekitar 2.9 juta orang.
Matawangnya adalah Qatar Riyal (QAR).
100 QAR bersamaan RM 116.
Maknanya, nilai duit kita kecil sedikit dari duit Riyal dia.
Dan nilai duit kita sememangnya ciput semakin susut berbanding duit Singapura dan lain2. Khannns.

Hafazan lalat.
Ada 3 surah dalam al-Quran yg tiada huruf "kaf - ﻙ " didalamnya.
1. Surah al-Asr (103)
2. Surah al-Quraish (106).
3. Surah al-Falaq (113).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7 comments:

  1. Nilai duit kita memang kecil compare duit diorang...sebab tu bosses dari Malakoff yg posting Bahrain jadi kaya raya...hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah nak selesai tempoh kuarantin wak.
    Harap maklong juga semoga semangat kita tak kecil juga.

    ReplyDelete
  3. oh sikit je penduduknya. Eh ke ramai kalau diikut dengan saiz Qatar?

    ReplyDelete
  4. Laaa.... lama tak singgah sini. Rupanya kuarantin di Qatar.
    Balik nanti naik kapal terbang dari Doha ye.
    2017 kami delay 19 jam di Doha, bermalam di hotel yang besar. Macam duduk dalam istana pulak.
    Solat di surau sebelum naik kapal terbang. Kasut saya pulak hilang waktu keluar surau. Pakai selipar Jepun (orang sedekah di airport Doha) sampailah KLIA.

    ReplyDelete
  5. Selamat berkuarantin dalam musafir.Semoga dimudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. Antara benda yang saya teringin drive kereta duduk di belah kiri tu tempat driver.. naiss.. hehee

    ReplyDelete
  7. negara kecil tapi kaya wak....sebab tu nilai duit dia besar...kalau 1 hari pusing wah kalau melancung cukup 1 hari lah ya

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat