Reception before 2.40pm @2022 |
Rabu, 25 Mei 2022.
Weekday staycation di Kuala Lumpur.
Kebosanan mencipta kelainan.
Wak mencari-cari penginapan untuk istirehat dari kerja yg tegang lah sangat.
Ceylonz Suites di Bukit Ceylon bersebelahan Bukit Bintang.
Penginapan 4.5 bintang di ibukota.
Layannnnz.
Kawasan ini terletak 3.4 km dari Taman Tasik Titiwangsa. Penginapan ini berada 1.4 km dari Aquaria KLCC. Ia mengambil masa kira-kira 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke Atmosphere 360 Revolving Restaurant dan Pampas Reserve Steakhouse. Kuil Sin Sze Si Ya dan Muzium Negara Malaysia juga boleh dikunjungi dengan pantas dan tuntas.
Semua bilik dilengkapi dengan keselesaan, seperti Wi-Fi percuma, televisyen satelit dan penghawa dingin. Apartmen ini mempunyai dapur mini berserta dengan bantal bulu kapas dan linen yang disediakan di dalam bilik tidur. Untuk keselesaan anda, anda akan mendapati pengering rambut, bidet dan cadar mandi.
Ia menawarkan dapur dengan microwave, cerek elektrik dan mesin cuci pinggan mangkuk. Ia terletak hampir 10 minit berjalan kaki dari stesen bawah tanah Pasar Seni. Iya lah tuh.
Tarikan utama wak pilih hotel ini adalah kerana untuk mengambil gambar KL Tower dan Petronas Tower dengan berlatar depan swimming pool. Boleh kannnz.
IT'S NOT A HOLIDAY AFTER ALL
Wak belum sempat lagi check-in.
Mgr Pak Didi dari offshore sudah panggil2 suruh buat kerja potong rumput.
"Urgent wak, hari ini harus di bikin," arahnya.
Juga tengahari tadi.
Mgr cik IEN suruh masuk mesyuarat tingkap dengan vendor.
Wak layan sahaja.
Dalam kesibukan tugasan diatas.
Sempat jugalah wak berlarian ke tingkat atasan.
Untuk ambil 2 3 kepingan gambiran sudah.
Walaupun cuaca mendung dan berawan tebal.
Kamus lalat.
Staycation - percutian yang dihabiskan di negara sendiri dan bukannya di luar negara atau di Qatar, atau percutian di rumah dan melibatkan lawatan sehari ke kawasan menarik tempatan. #Harak maklong.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
solo je ke Wak? nak betul-betul cuti pergilah tempat takde coverage. hehe
ReplyDeleteWah, staycation di tengah bandar. Cantik pemandangan Kolumpo.
ReplyDeleteSeronoknya tengok wak staycation.... Uncle ni layak untuk housecation je la.... T_T
ReplyDeleteMenarik semua gambirannya
ReplyDeletewalaupun mendung, tapi cantik viewnya..
ReplyDelete