DURIAN UDANG MERAH VS DURIAN TEMBAGA
![]() |
Ini durian tembaga (rm25 sekilo) @2022 |
Sabtu, 21 Mei 2022.
Sudah beberapa pekan.
Isteri wak (yg itu) membebel.
Pasal kipas yg tidak berfungsi.
Pasal loceng pintu yg tidak berbunyi.
Dan pasal lampu pagar yg sudah lama rosak dan tidak di pasang.
Semalam petang wak sudah panggil juruletrik.
Dua orang mamat muda lagi.
Mereka cuba periksa apa yg rosak.
Akhirnya masih tidak berjaya.
Upah periksa = rm20.
Malam tadi wak keluar ke kedai lampu.
Kedai yg agak jauh dan disarankan mamat juruletrik tadi.
Tapi bila tiba di parkir kedai pun baru sahaja tutup.
Bila tengok waktu di henfon sudah 8.00 malam.
Yo wes lah.
Singgah di medan selera J.
Cuma pesan minuman manis potong kaki
Air tembikai laici dan lemon asam boi.
Selepas itu singgah di gerai jual buahan.
Beli pisang, rambutan, dan buah salak.
Terlanjur beli sebiji buah durian udang merah (rm35 sekilo).
Habis dimakan wak dan isteri.
Bila anak wedok yg baru pulang kerja dari restoran sushi.
Dia terhidu bahu durian yg sudah habis.
Terpaksalah wak berjanji mahu belikan esok (hari ini) pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
12 comments
jumpa 2 jenis durian tu juga..katanya dari Siam...cepat ye, kul 8 dah tutup..
ReplyDeleteSedapnya.. Tak sabar nak habis pantang nak mencari durian juga ni.
ReplyDeleteMusim ni belum dapat durian lagi setakat ni. Esok lusa kena pergi cari.
ReplyDeletetak pernah lagi cuba durin udang merah. boleh tahan juga harga dia.
ReplyDeleteBoleh terliur tgk durian ni sbb saya hantu durian.
ReplyDeleteDurian tembaga kegemaran kami sekeluarga. Tengok dah ramai jual, tapi kami belum ada semangat nak beli lagi
ReplyDeleteMana gambar durian udang merahnya Wak?
ReplyDeleteLain kali jangan bawak baik baunya... hehehehe
ReplyDeleteCantik isi duriannya, Wak.
ReplyDeleteLoceng pintu saya pun tak berbunyi juga. Tak payah repair pun ok, jadi kalau salesman datang, tak boleh dengar. Hehe..
Sekatang ni durian tembaga banyak dari Siam
ReplyDeleteDurian tembaga Johor belum gugur lagi
wow....dap tu.
ReplyDeletemungkin cuba panggil juruletrik yang tua sikit, lebih berpengalaman
ReplyDeleteSalam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara