Saturday, 13 June 2020
PARKING DEPAN BALAI POLIS DANG WANGI
Hari pertama bertugas memotong rumput di pejabat yg baharu. WFO.
Setelah dua bulan lebih penulis memotong rumput dari rumah. WFH.
Dan bersama-sama dengan superintendent dari luar pantai.
Yg selama ini dikenali suara masing2 dari mesyuarat tingkap Skype sahaja.
DRIVE LIKE A LADY
Pagi-pagi sudah tiba seperti dijangkakan.
Penulis parkir di depan balai polis, di kawasan terbuka. RM6 sekali masuk.
Superitendent Lim (bukan nama sebenar) parkir dibawah bangunan. RM3.50 sejam.
Jadi tadi Superitendent Lim hendak keluarkan keretanya dan parkir didepan balai polis juga.
"Kete mewah baru pon nak jimat parking," getus hati penulis.
Penulis ikut juga sebab kena ambil tetikus yg tertinggal dalam cikputih.
Kalau tiada tetikus bagaimana hendak memotong rumput kan?
Punyalah lemah lembut Superintendent Lim memandu kereta itu.
"Wak jangan marah naa, ni keleta bahalu waiff saya punyah," beritahunya.
"Saya tak suka reverse," katanya lagi.
"Wak mesti pakai seatbelt," sambil menjeling dan tunggu penulis pasangkan belt sendiri.
"Saya kelije offshore 20 tawon, ni keleta bahalu waiff bawak pon dekat2 saja," Superintendent Lim borak2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
7 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah memotong rumput di tempat baru pula ya wak
ReplyDeleteBoleh bayangkan dia punya berhati-hatinya macam mana Wak.hehehehe.
ReplyDeleteAssalamualaikum...terus jaga kesihatan dan keselamatan walau dimana berada.
ReplyDeleteHehe drive like a lady.. eh rerius... cantiknya gambar.. 😅😅
ReplyDeleteJarang-jarang banyak tulisan berbanding gambar ni wak 😁
ReplyDeleteP/s: Tahniahlah wak dah start motong rumput dari office. Mana aci wfh lama-lama haha.
cntik gambar bangunan dari atas tu..
ReplyDeletewahhh panjang pulak entri yang ni wak! hahahahah!
ReplyDelete