Saturday, 27 June 2020

COVID-19: TIDAK BERDOSA TINGGAL SOLAT JUMAAT TIGA KALI BERTURUT-TURUT



Assalamualaikum dan salam jumaat semua kawan2 penulis lah.

Sudah lama bebienor penulis tidak solat jumaat di mesjid.
Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

Hal ini berdasarkan kaedah الضرورات تبيح المحظورات (keadaan yang sempit membolehkan perkara-pekara yang dilarang).

Dalam hal ini, Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra, Rasulullah saw bersabda :

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

Blog bukanlah hakmilik kekal.

8 comments:

  1. sekrg ni byk masjid dah buat solat jumaat..first come, first served..

    ReplyDelete
  2. kawan-kawan lelaki kat pejabat ni keluar awal sebab nak dapat kan tempat untuk solat jumaat di Masjid Putrajaya

    ReplyDelete
  3. in sya allah
    hilangnya virus covid ni
    semua boleh ke masjid seperti biasa.

    Sekrg nie,
    nak pergi masjid terbuka pada yg sihat
    sahaja

    Semoga kita semua terhindar dari wabak covid

    ReplyDelete
  4. ada org solat jumaat x dpt ditunaikn yg dirisaukan. tp solat 5 waktu x buat sikit pn x peduli

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Dah boleh pergi masjid untuk solat jumaat dan solat fardhu mengikut SOP yang ditetapkan

    ReplyDelete
  6. IKUT SOP MKN KKM BOLEH DH SOLAT JUMAAT PKPP

    ReplyDelete
  7. Che abang saya pun kemain seronok dapat solat Jumaat tadi :)

    ReplyDelete
  8. Semalam buat pertama kalinya suami saya dapat menunaikan solat jumaat. Alhamdulillah.
    Takde kuota jemaah di Penang ni, cuma ikut kapasiti masjid sebab nak buat penjarakan sosial.
    So sape cepat dia dapat tempat - sejadah dah siap bentang jarak2, jemaah masuk dan bentang sejadah sendiri pulak lah.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat