Tuesday, 23 June 2020

RAYUAN GKP DILULUSKAN



Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada ekonomi dunia dan negara kita tidak terkecuali.

Mana tidaknya, semua golongan terkesan seperti peniaga kecil, syarikat besar, industri pelancongan dan banyak lagi pasti perlukan bantuan terutama sekali selepas Perintah Kawalan Pergerakan yg menjejaskan punca pendapatan.

Oleh itu, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk semua rakyat tidak berkecuali. Juga kerajaan meluluskan 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yg diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu.

Alhamdulillah. Bulan lepas BPN penulis diluluskan. [+ Peka B40]

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara.
Pemotong rumput yg kais pagi kais petang ini adalah rakyat marhein yg termasuk dalam golongan B40.
Dan kontrak kecil-kecilan potong rumput yg penulis lakukan ini termasuk dlm PKS.

Bercukur saje khanns.

Dan hari ini rayuan GKP (Geran Khas Prihatin) penulis juga telah diluluskan oleh kerajaan yg memerintah.
Terimakasih abahDin.
Alhamdulillah.

Walaupun sebelum ini penulis tidak pernah menerima bantuan BR1M.
Tapi permohonan untuk BSH (Bantuan Sara Hidup) telah ditutup pula.
Yo wes.

Tiba-tiba penulis hendak makan ketam cili bertelur pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3 comments:

  1. Rejeki Wak, boleh bayar bil TNB dan beli MK.

    ReplyDelete
  2. Bolehlah servis mesin potong rumput wak hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bersyukur la Wak kalau bercukur tu lain hahaha....

    Mrs. A baharu check tadi alhamdulillah lulus rayuan jugakkk... petang ni nak pi GIANT

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat