Wednesday, 16 June 2021

KABHI KHUSHI KABHIE GHAM IN 3 MINUTES

Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) 
Kadangkala Gembira, kadangkala Sedih
Filem epik hindustan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).
Filem dibintangi Amitabh Bachan, Jaya Bachchan, Sharukh Khan, Kajol, Hrithik roshan, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji.

Sebenarnya penulis sudah lama mahu menonton.
Biasa kalau siaran di TV memanglah tidak pernah habis tonton.
Tayangan 3 jam adalah sangat panjang.

Tapi hari ini penulis berjaya tonton dari mula sampai habis.
Siap buat ringkasan komik untuk tatapan kawan2.
Mungkin ada juga seperti penulis.
Malas nak tonton kerana masa yg lama.

Harap keratan komik filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ini membantu.
Dari 3 jam, boleh baca komik tak sampai 3 minit.

Sinopsis cerita. Kena bacalah komik dibawah. Amaran spoiler.
Rotten Tomatoes = 100%
Komen penulis. Cerita kekeluargaan pasal anak angkat yg dibuang dari rumah kerana berkahwin dengan anak dara kampungan.
Kalau dalam masyarakat Melayu mesti bapak angkat yg kaya raya itu tidak akan ambil kembali anak angkat kann.
Lagipun dia sudah ada anak kandung sendiri untuk uruskan perniagaan dan harta karun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. hahaaha..rajin betul buat komik ni!! thank youuu terhibur

    ReplyDelete
  2. wak cun lah komiknya....3 jam jdi 3 min je. cayalah wak. KKKG ni memang legend lah. Tenguk banyak kali pun tetap nangis bucu katil hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ringkas dan tak perlu PC tarik tisu dari kotak.

    ReplyDelete
  4. Menarik ceritanya.. hehe.. Awalnya macam malas nak baca, bila dah baca sedikit, best pula, langsung hingga ke muka surat terakhir. Hihi

    ReplyDelete
  5. All times favourite movie! tapi terhiburrrr gak dengan komik ni! hahaha...kreatif sangat..tergelak sensorang, ni cerita air mata leleh la :P

    ReplyDelete
  6. Best sangat cerita ni, tak pernah jemu

    ReplyDelete
  7. Woh rajinnya.. teringat dulu2 masa muda tgk citer ni

    ReplyDelete
  8. Rajin betul wak buat dialog. Cerita K3G tengok ulang ulang pun tak bosan. Betul tu, kalau tayang kat TV dipotong potong scenenya.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat