Saturday, 19 June 2021

MEMENTO IN SHORT

Salam kengkawan penulis semua2 lah.
Filem thriller tahap tak masuk akal: MEMENTO 2000.
Ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan.
Rotten Tomatoes = 93%

Guy Pearce berperanan sebagai lelaki yang, akibat kecederaan, mengalami amnesia anterograde (ketidakupayaan untuk membentuk memori baru) dan kehilangan ingatan jangka pendek kira-kira setiap lima belas minit. Dia mencari orang-orang yang menyerangnya, merogol dan membunuh isterinya, menggunakan sistem gambar Polaroid dan tatoo yang rumit untuk mengesan maklumat yang dia tidak ingat.

Filem ini disajikan sebagai dua urutan adegan yang berlainan yang disisipkan sepanajang filem ini: satu siri dalam warna hitam-putih yang ditunjukkan secara kronologi, dan satu rangkaian urutan warna yang ditunjukkan dalam urutan terbalik (mensimulasikan keadaan mental protagonis kepada penonton) . Kedua-dua urutan bertemu di akhir filem, menghasilkan satu naratif yang lengkap dan padu. 
Komen penulis. Filem lebih 20 tahun yg penulis dh tonton byk kali tapi masih keliru jalan cerita sbb dipaparkan kedepan dan kebelakang. Jadi penulis dh gigihkan diri utk snapshot dan letak skrip untuk scene yg penting mengikut turutan jln cerita. Akhirnya pun penulis masih kurang faham kenapa si Teddy itu dibunuh walopon bukan dia sipembunuh isteri dia.
Maka terimalahhhhhh... semoga bermanfaat utk kawan2 semua. ;p

2 comments:

  1. Cerita ni memang best. Selalu tengok ulang-ulang.

    ReplyDelete
  2. Complicated nak siasat tu bila kejap ingat kejap lupa.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat