Friday, 19 February 2021

PERSONAL VEGGIE LOVER

Veggie Lover set is not as per apps.
Tengahari terasa laparlah pula.
Penulis pun berlarian ke restoran Pizza Hut yg berdekatan.
Pesan set sayur kasih sayang sahaja.
Awek pelayan berikan menu.
"Wak kena order guna apps," kata awek itu.

Tapi bila sudah pesan set piza siap air guna apps dalam henfon.
Set peribadi untuk makanan satu orang.
Tidak sampai 5 minit, awek datang dgn segera.
"Maaf wak, air pepsi takde.. filter rosak," awek pelayan beritahu.
"Juga, onion rings pun takde.. abes stock," kata awek itu lagi.
Yo wes.

Jadi, air pepsi tukar jadi air kacang soya.
Dan cincin bawang (baca, onion rings) jadi baji kentang (baca, potato wedges).

Movie lalat 1. Bajrangi Bhaijaan 2015.
Sinopsis. Salman Khan sebagai Pawan Kumar Chaturvedi, seorang pemuja dewa Hindu Hanuman yg jujur dan pembaris, yg memulakan perjalanan dan pengembaraan untuk mengembalikan seorang gadis Muslim Pakistan berusia enam tahun yg bisu, yg terpisah di India dari ibu bapanya, pulang ke kampung halamannya di Pakistan.

Komen penulis. Cerita wayang yg biasa-biasa. Gambar sinematografi pemandangan yg menarik dan cantik. Lagu cuma dua yg agak baik. Seperti biasa, ada kesedihan di bahagian akhir cerita.

Movie lalat 2. Drishyam 2015.
Sinopsis. Ketika seorang polis wanita kehilangan anak lelakinya, dia mengancam akan merosakkan keluarga Vijay yg diserang oleh budak lelaki itu. Kedua-dua mereka berusaha keras untuk melindungi keluarga masing2.

Komen penulis. Sebenarnya penulis sudah tonton wayang ini. Kali ini penulis cuma tonton sedikit diawal dan percepatkan ke bahagian akhir sahaja yg sangat menarik. Babak akhir yg dipaparkan amat bijak, membuatkan penonton tidak jangka dan akan tersemat difikiran untuk beberapa lama.

Nota lalat. Penulis baca sedikit berkenaan Salman Khan dalam wikipedia. Ibunya Hindu, manakala bapanya seorang Muslim. Dan dia mengaku bahawa dia seorang Hindu dan juga seorang Islam. Dua-dua agama pun boleh erk?

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Veggie Lover pan pizza.

17 comments:

  1. hahaha sian WAK, nak pesan makanan sayur pun kena guna apps ye, pastu air plak takde, aishh apa beza nya order direct je kan...

    ReplyDelete
  2. Pening juga kes order pakai apps ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Takde rejeki wak nak mkn cincin bawang..hehe..next time maybe..

    Pluralism agama mcm perkara biasa di sana..budaya agama H begitu kuat..wife SRK pun H jg..di negara seberang kita pun ada jg yg begitu..semoga generasi masa depan x begitu..nau'zubillahi minal zalik..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezki penat berlarian

    ReplyDelete
  5. ala...suruh guna apps...tapi tak update apa ada apa tak ada....kesian yang order...

    ReplyDelete
  6. aiyooo kalau sy mcm tu wak, terus angkat kaki g kedai sblh hahaha

    ReplyDelete
  7. tkpernh order yg veggie sbb mmg tk suka veggie..oh pepsi tkde jwbnya kena soya la ye

    ReplyDelete
  8. tak ada rezeki nak minum pepsi dekat pizza hut

    ReplyDelete
  9. Yo wes.. mana yang boleh mudah dipermudahkan kan wak.

    ReplyDelete
  10. Aik? Dah kena order pakai app la pulak.

    ReplyDelete
  11. Drishyam tu macam best pula..nak tgk la..hahha cincin bawang wak..mantopp

    ReplyDelete
  12. kalau sambut hari lahir anak2 selalu order dgn pizza hut je. nanti delivery boy antar la.

    ReplyDelete
  13. Sampai hati wak kata bajrangi bhaijaan filem biasa2. Saya tengok banyak kali tau. Hehe. Takpelah, taste orang tak sama. Dhrisyam memang best. Pernah tengok versi Kamal hassan jugak tapi tak sampai habis

    ReplyDelete
  14. Baik order manually je gitu. Semua tak ada acane kan. Bukan Salman Khan je camtu, Shah Rukh Khan, Amir Khan pun rasanya ada isu yang sama.

    ReplyDelete
  15. bajrangi bhaijan adalah filem hindustan yang paling banyak kali saya tonton....

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat