Saturday 20 February 2021

ROJAK BUAH OH ROJAK PETIS

Mee rojak kak Rubiah Taman Asean.
Tengahari sudah berlarian hendak ke taman rama-rama.
Tapi disebabkan ada sekatan jalanraya, terpaksalah pusing U.

Penulis teringin hendak makan rojak petis.
Tapi yg terjumpa berdekatan cuma pakcik trak penjual rojak buah power sahaja.
Ditepian tasik zoo.
Penulis pesan rojak buah satu.

"Wak nak pedas ke sederhana pedas?" kata pakcik.

Sempat lagi penulis tanya pakcik rojak buah itu.
Kalau2 dia tahu dimana penjual rojak petis berdekatan.
Boleh pula dia membebel...
Penulis pasang telinga sahaja lah.
"Dulu pakcik penah jual rojak petis," katanya sambil mengembalikan wang baki.
"Tapi customer banyak komplen lah," kata pakcik lagi.
Penulis pun tanya apa yg dikomplenkan oleh pelanggan.
"Boleh dia kata taknak taUhu dengan kangkung," bebel pakcik.
"Kalo tak nak pun, tolak je lah tepi," katanya lagi.
"Jadi makcik kau pun malas nak layan dan taknak buat pastu," kata pakcik.

Ooh. Gambar mee rojak diatas itu. 
Bukan kedai mamak ya.
Semasa pencarian makan tengahari.
Dikedai melayu tepian longkang sahaja.

Movie lalat. The Untamed 2016 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. Kerana selera orang tidak samakan wak. Sedapnya la rojak buah ke, rojak petis ke.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu.. rojak peria wajiblah ada tauhu dengan kangkung. Kalau mak sy, sanggup tambah duit nak tauhu lebih, hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya rojak petis. Tak dapat rojak petis, dapat mee rojak pun sedap wak.

    ReplyDelete
  4. Dua-dua saya suka. Rojak buah dan rojak petis. :)

    ReplyDelete
  5. kadang2 kedai tepi longkang lagi sedap! hehehehe

    ReplyDelete
  6. Alahai makcik, orang yang cakap awal-awal apa dia tak nak tu sebab tak nak membazir bahan. Tapi mungkin la bila ramai custom order makcik dah pening nak keep uo

    ReplyDelete
  7. suka rojak mamak tp tk suka yg ada mee..rojak buah pn suka

    ReplyDelete
  8. saya lebih suka rojak mamak mcm gambar di atas tuh. lama dah tak makan.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat