Friday 12 February 2021

THEEB, WADJDA & OMAR

Masai this morning.



Salam Jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Semalam dan hari ini penulis sempat lagi menonton beberapa movie Arab.
Macamlah penulis hendak pergi ke negeri pasir berdengung dalam masa terdekat ini sahaja kan.

Movie lalat 1. Theeb 2014. (Jordan)

Sinopsis. Pada tahun 1916, Theeb tinggal bersama suku Badui di daerah terpencil dari Kerajaan Uthmaniyyah. Ketika abangnya harus mengiringi seorang pegawai British menyeberang padang pasir, Theeb mengikuti pengembaraan itu. (Komen penulis. Sinematografi yg menarik. Seperti cerita koboi sahaja.)

Movie lalat 2. Wadjda 2012. (Arab Saudi)

Sinopsis. Seorang gadis Saudi yang memberontak (Waad Mohammed) memasuki pertandingan membaca Al-Quran di sekolahnya dan berharap dapat memperoleh wang yang cukup untuk membeli basikal idamannya sendiri. (Komen penulis. Cerita yg baik. Sangat menarik untuk menyaksikan Wadjda menumpukan tenaganya untuk menghafal dan membaca ayat-ayat dari Al-Qur'an. Kerana ini, dia diterima sebagai gadis solih dan sebagai tauladan. Terdapat beberapa kejutan di bahagian terakhir filem ini.)

Movie lalat 3. Omar 2013. (Palestin)

Sinopsis. Memanjat tembok pemisah setiap hari untuk bertemu kekasih. Ditangkap setelah kematian seorang tentera Israel, seorang tukang roti Palestin (Adam Bakri) bersetuju untuk bekerja sebagai pemberi maklumat, tetapi motif dan pakatannya yang sebenarnya tetap rahsia. (Komen penulis tidak habis tonton kerana sakit hati disebabkan ada unsur2 penganiayaan kaum yg dilaknat Allah.)

Movie lalat 4. Sheikh Jackson 2017. (Mesir)

Sinopsis. Seorang imam muda mengalami krisis jati diri setelah kematian idola seumur hidupnya yang tidak dijangka - superstar pop Michael Jackson. (Komen penulis. Cerita yg menarik walaupun seperti agama dipermain2kan sahaja, ie imam yg terlupa hafaz quran bila tiba2 teringat dan ternampak ada hantu Michael Jackson menjadi makmumnya.)

Movie lalat 5. Insyriated 2017. (Belgium)

Sinopsis. Filem naratif ini membawa kita masuk ke rumah flat Damsyik ketika seorang ibu berusaha melindungi anak-anaknya, ayah tua dan jiran-jirannya dari kengerian yang berlaku di jalanan hanya beberapa tingkat dari apartmennya. (Komen penulis. Drama perang yg benar dan tragis, walaupun sinematografi hanya berada didalam rumah flat yg sempit dgn satu bilik air sahaja.)

Tentang movie arab berbanding drama2 melayu di televisyen.
Penulis ingatkan negara arab lebih konservatif dan lebih ekstrim tentang purdah dan aurat wanita. Penulis selalu tengok dalam drama melayu bini pun pakai tudung elok sahaja dalam rumah dalam bilik tidur walaupun ada suami dan muhrim yg lain. Tapi filem arab, kalau dalam rumah free hair sahaja.  Ada yg siap tunjuk perempuan bogel dalam bilik mandi lagi. Wallahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From left. Theeb, Wadjda, Omar, Sheikh Jackson, Insyarited.

15 comments:

  1. Hehe cerita ada Michael Jackson jadi makmum memang unik. Hehe camne dia letak tubuh badan Michael Jackson dalam saf.

    ReplyDelete
  2. Eiii... dahsyatnya cerita datang Michael Jackson jadi makmum!

    ReplyDelete
  3. sheikh jackson tu nampak menarik.. betul2 movie marathon ni eh.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah masih sempat nonton filem arab

    ReplyDelete
  5. menarik movie Theeb..suka genre adventure..

    ReplyDelete
  6. Memang betul-betul movie marathon ni, wak! Lepas ni bolehlah ajar bahasa negeri pasir berdengung pula :)

    ReplyDelete
  7. arab bkn semua Islam, dlm kata muslim sbnr. ms g mesir dulu terkezut tgk majalah2 hiburan diorg dia punya seksi tu.. hollywood pn sopan lg...😆

    ReplyDelete
  8. wak pun suka marathon movie ye

    ReplyDelete
  9. Nombor 2 dan 5 tu macam best. Wak tengok kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua download haram., kalo harap astro mmg xdelah., hahaha pas tonton sekali padam je ;p

      Delete
    2. Tu nak tahu gk kat manaaaa wak tgk... wak guru yg bg kami tajuk kami kaji nanti best x best movie wak tgk 😅

      Delete
  10. Tak pernah lagi tengok movie arab. Susah nak jumpa dan mencari cerita best.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat