Sunday 14 February 2021

ARGUMENT WITH THE CASHIER GIRL

Pepsi on a rack, Tesco Masai.
Petang tadi penulis sudah berlarian ke Tesco berdekatan.
Dengan isteri penulis (yg itu).

Seperti biasa, penulis yg tolak troli.
Dan penulis juga yg membayar di kaunter.

Sebelum itu, penulis sudah siap sedia.
Pasal beza harga sebotol dan sekarton air pepsi.
Penulis siang2 lagi sudah ambil gambiran atas rak.
Dan ambil satu karton yg ada 12 botol air pepsi.

Memang betullah seperti dijangka.
Awek di kaunter akan imbas harga sebotol air pepsi.
Lepas itu dia akan darab 12 botol.
Dan untuk imbas botol bukan mudah.
Sebab kena koyak plastik karton itu untuk keluarkan sebotol.
Walaupun penulis sudah beritahu harga sekarton ada sekian.
Penulis pun tunjuklah gambiran yg penulis tangkap tadi.
Mungkin rasa bersalah kerana tersalah imbas tadi, awek kaunter panggil supervisor.
Untuk perbetulkan harga di skrin monitor.

Bila supervisor tiba, dia pun imbas semula sekarton.
Terperanjat juga, bukan harga seperti tertera di rak tadi.
Rupanya jauh lebih murah.
"Mukin dah naik harga," kata awek pada supervisornya.

Usai bayar harga barangan semua, penulis cakaplah terimakasih macam biasa.
Awek kaunter senyap sahaja.
Jeling pun tidak.
Yo wes.

Sebelum ke parkir.
Penulis kelaparan juga.
Singgah di medan selera.
Pesan nasi putih, paprik campur dan telur dadar jangan dilupa.
Sambil isteri penulis (yg itu) pesan dan tapau nasi ayam sahaja.
Usai makan2, sementara tunggu air teh o panas sejuk sedikit.
Isteri penulis (yg itu) main game Can U Spot It.
Cari perbezaan antara dua gambars.
Tiba2 ditanya pada penulis pula.
Sebab dia tidak tahu jawapannya.
Kacang.

Movie lalat. Deep Blue Sea 1999.
2. La Belle Noiseuse 1991 (French 18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi putih, paprik campur, telur dadar, Tesco foodcourt.
Can U Spot It? is not my game.

12 comments:

  1. Saya suka coke dpd pepsi wak.. pepsi terlalu manis

    ReplyDelete
  2. Huhuuuu... Sib baik murahπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Buat apa wak beli smp sekatun tu. Tak elok minum bebanyak nnt kena potong kaki, hehe

    ReplyDelete
  4. heheheh tapi memang kita kene amik gambo siap2 kalau ada offer ke apa, kadang kt kaunter dia scan yg harga lama... rugi kalau kita tak alert...

    ReplyDelete
  5. Wak nak buat parti ke beli sekarton? Kena tangkap polis kang

    ReplyDelete
  6. banyaknya beli sekarton wak.
    beza gambar tu warna baju, warna sayur.
    cenggitu ke wak? hehehe

    ReplyDelete
  7. Untung murah lg wak. Gitu pulak caranya biasa mesti murah sikit kalau dalam karton.. mungkin budak baru @ mmg da lama dia bt keje gitu x ditegur tegur yer πŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. Pelik pulak kenapa nak scan satu botol. Sah sah lah harga dia lagi mahal bila dah x12 daripada satu karton. Mujur lah wak tegur kan.

    memang kacang game tu. Senang nau nampak beza dia.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat