Thursday, 20 May 2021

VIRAL PERANG LAKSA JOHOR LAKSA KEDAH

Tawajjuh Haisu Syi'ta


Tiada angin, tiada ribut.
Tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' laksa dari Kedah dan laksa dari Johor.
Hingga ada netizen mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam laksa.

Itu belum lagi pasal laksa Sarawak.
Melaka pun ada laksa nyonya.

Lagipun penulis bukanlah penggemar tegar laksa.
Cuma dulu suka juga makan laksam nyonya di Ampang Park.
Ampang Park sekarang pun sudah tiada.

Tengahari tadi, penulis pun berlarian mencari laksa.
Di restoran Aida Rich Cafe. Ayer Keroh Melaka.
Restoran yg popular  dengan nasi ganja.
Penulis pesan laksa nyonya satu.

Ooh.
Pasal tulisan zikir diatas.
Penulis jumpa dalam restoran itu.
Pertama kali penulis nampak.

Allahu wahdahu la syarikalah;
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Muhammadun abduhu wa rasuluh;
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Tawajjahu haisu syi'ta;
(Wahai Muhammad) Hadapkanlah ke arah mana yang engkau mahu.

Fa innaka mansur.
Maka engkau akan beroleh bantuan dan kemenangan.

Movie lalat. American Psycho 2000.
2. Blow 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

19 comments:

  1. Aneh-aneh je. Sebab tu saya tak aktif social media dah. Kecuali blog

    ReplyDelete
  2. Setiap negeri yang ada menu laksa ada cara dan bahan masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Feveret nih...depa dah bosan, saja nk berdebat...hehe..

    ReplyDelete
  4. Hang Tuag dulu2 pernah bertanya, laksamana?

    ReplyDelete
  5. Tu sebab ada sorang makcik johor la yg provok wak... itu jadi hal.. kecik comel je bekas laksa tu ye wak

    ReplyDelete
  6. laksa johor sedaplaksa kedah terbaik heh..heh..

    ReplyDelete
  7. Pelik pelik je orang Malaysia ni gaduh hal macam ni.

    ReplyDelete
  8. mak gebu suka laksa kedah...sebab yang buatnya orang kedah...
    sambil makan sambil berzikir..bagus..tu bukan ayat pelaris/pengasih kan?

    ReplyDelete
  9. Depa dah lemau duk rumah pasal tu tertiba depa gaduh pasal laksa...hahaha...

    ReplyDelete
  10. Nasib baik saya tak makan laksa. Cuma laksa Sarawak je saya makan, sebab laksa Sarawak rasa macam mi kari saja.

    ReplyDelete
  11. laksa johor tetap dihati xD

    ReplyDelete
  12. Petang petang makan laksaaaaa sedapnyaaa

    ReplyDelete
  13. sy pun pelik benda mcm ni boleh cetus perang hahahaah

    ReplyDelete
  14. sedih pulak tengok restoran kosi semua naik ke atas... tak boleh dine in... :(

    ReplyDelete
  15. Hahahha... itulah ntah pape jer... pasal laksa pun nak gaduh.
    Actually mrs. A tak tahu kisahnya pun sodeh!

    ReplyDelete
  16. tak kisah ikan apa janji sedap

    ReplyDelete
  17. Dah tak ada modal nak gaduh pasal apa, gaduh paksa laksa pun boleh wak hahaha

    ReplyDelete
  18. tk psl2 kecoh psl laksa...tp lama tk mkn laksa johor..dpt juga mkn lastweek time tgh viral isu laksa haha

    ReplyDelete
  19. Lama tak makan laksa.. tak kira laksa dari negeri mana pun, semua Cik TK layan~

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat