The infamous Gardenia bread @2021. |
Ketika orangramai panik menghadapi kuncitara (baca, lockdown).
Roti gardenia juga menjadi rebutan.
Begitulah tajuk dipaparkan oleh suratkhabar.
Tetapi syarikat pengeluar roti itu mengesahkan harga tetap naik.
KUNCITARA
Jawi: كونچيتارا
Istilah lain:
sekatan pergerakan (سكتن ڤرڬرقن)
karantina (kuarantin) wilayah [كرنتينا ﴿كوارنتين﴾ ولايه]
Bahasa Inggeris: lockdown
Perbuatan menyekat pergerakan (keluar masuk) sesuatu kawasan untuk tujuan pencegahan wabak, keselamatan, dan sebagainya. Contoh: “Kebijakan kuncitara atau lockdown di India menimbulkan masalah bagi masyarakat kelas bawah. Kebijakan lockdown bahkan seperti hanya mampu dijalani oleh orang-orang yang memiliki privilege alias hak istimewa.” – Voice of Indonesia (1 April 2020), Sengsara Jelata dalam Kuncitara di Indonesia.
Nota Terjemahan: Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah ‘sekatan pergerakan’ manakala Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa menggunakan istilah ‘karantina wilayah’ (karantina [Indonesia] = kuarantin [Malaysia]).
Istilah ‘kuncitara’ (gabungan ‘kunci’ dan ‘sementara’) dicipta oleh seorang pensyarah dari Indonesia. Kerajaan Malaysia tidak menggunakan mana-mana istilah tersebut, sebaliknya menggunakan ‘kawalan pergerakan’ seperti yang termaktub dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Mengapa? Barangkali untuk menghindari terbitnya gerun dan cemas dalam kalangan rakyat. [ Link: Petua Terjemah]
Movie lalat. Two Lane Blacktop 1971.
2. A Time To Kill 1996.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
baiklah wak.. lama x beli roti gardenia.. hehehe
ReplyDeleteALHAMDULILLAH TERBAIK SELALU
ReplyDeleteHeheeheheh.... masa ni bukan roti je habis tapi telur, agar-agar segala yg biasa orang buat kuih hehheh
ReplyDeleteTetap naik ke tidak naik wak? Lagi satu kuncitara tu apa maksudnya?
ReplyDeleteharga roti gardenia kita tgkla esok ye.,
Deletekuncitara = lockdown (wak dh tulis dlm kurungan tu)
Bahasa ape tu?
Deletewak dh updet ..
Deletekuncitara = "kunci sementara" dari bahasa indonesia.. sbb dewan bahasa pustaka kita (Malaysia) masih tercari2 perkataan yg sesuai., hahaha
lama dah tak beli roti
ReplyDeleteRoti Gardenia kembali diperkatakan.
ReplyDeletejarang makan roti hehe
ReplyDeleteSeminggu sekali wajib beli hehehehe buat stock breakfast
ReplyDeleteBaru beli sebungkus
ReplyDeleteOh? Kuncitara ke istilahnya? TQ info boss!
ReplyDeleteroti untuk sarapankah? kelihatan sedap
ReplyDeleteharga tak jadi soal ^^
Kunci tara tu macam kunci segala kunci je. Susah juga kan nak alihbahasa. Apa pun terima kasih infonya
ReplyDeletekuncitara..1st time dgr..roti gardenia kalini masih byk..tk mcm pkp 1.0 dlu
ReplyDeleteKalau naik harga pun masih tak dapat menandingi harga roti homemade, sampai RM10 sebungkus
ReplyDeleteOrang Indonesia memang gemar menyambung dua perkataan begini. Pernah ada blogger komen Salam Ultah di entry pasal birthday. Rupanya Salam Ulang Tahun.
ReplyDeleteTerima kasih info ni Wak... baru tahuu.. apa pun roti gardenia memang sedap dimakan begitu saja. Time kuncitara ni, asyik nak kudap aje.
ReplyDeletetapi suka sangat singkatan belah sana wak.. PELAKOR, perebut laki orang wak.. hahahaha.
ReplyDeleteokaylaaa jap lagi nak beli roti. haha
ReplyDeleteWak! panic roti kah? heheee
ReplyDeleteTapi bun dia pun dah macam mengecil dah saiz...
ReplyDeleteyea harga roti masih sama heheh
ReplyDeletepsstt wak ajar sket mcm mana edit gambar cmtu
Bunyi jowo2 pensyarah indonesian bg nama.. roti byk lg mereka dah tak focus roti alhamdullilah 🤣
ReplyDeleteAndai roti Gardenia naik harga, kita makan cucur ikan bilis pula, sodap juga hehehe
ReplyDeleteRoti pilihan family Mrs. A selalu ada buat stok wholemeal dan original. Tak perasan pulak harga naik ke tidak Wak huhuhuu...
ReplyDeleteKuncitara tu macam klasik sangat sebutannya.
ReplyDeleteHarga naik ke tak ye? Tajuk tak naik harga tapi dalam entri tetap naik. hihi..kalau tak naik, okaylah. Semua harga barang nak naik musim PKP ni. huhuh
ReplyDeleteKuncitara... baru tahu. Terima kasih.
ReplyDeleteroti gardenia ini memang kesukaan.. mujurlah tak naik harga..
ReplyDelete