Wednesday, 31 March 2021

TIGALALAT TOP COMMENTATOR IPHONE GIVEAWAY

1. Komen hanya dalam entri ini sahaja sekurang2nya 150 patah perkataan. Lagi banyak komen2 yg korang komen, lagi tinggi peluang nak menang!
2. Tak wajib Share dan Tulis mengenai giveaway ini di blog anda sekiranya anda seorang blogger. Tidak perlu letak gambar kontessan diatas. Senang kann.
3. Follow insta dan twitt wak (sunat tidak wajib).
4. Komen hari ini sahaja.

HADIAH DAN AMARAN BAGI TOP COMMENTATORS!Clickhere...
Readmore...

=================================================================
Disclaimer. Ini entri April Fool. Penulis minta maaf naa sesiapa yg klik butang komen entri penulis ini dari pagi tadi. Jangan saman penulis naa. ;p

NOT EVERY DAY IS GOING TO BE A GOOD DAY

I rarely use this rear window and still it breaks
Kejadian tengahari tadi.
Mula2 penulis mahu hantar cikputih ke tempat cuci kereta bandar koboi itu.
Tapi oleh kerana tengahari yg panas lit2.
Penulis pun buka ke empat2 cermin tingkap untuk hilangkan haba bahang dari dalam.
Tapi kemudian dalam perjalanan, penulis tidak boleh tutup cermin tingkap sebelah kanan pintu belakang.
Setelah beberapa kali mencuba, penulis pasti ada masalah dengan motor dalam pintu pula.

Jadi penulis tukar haluan.
Ke bengkel yg selalu penulis bepergian.

Dipendek cerita.
Pomen akan pesan motor untuk cermin tingkap itu.
Pesanan dari Key Ell katanya.
Ambil masa 2 hari 2 malam.

Cerita lalat lain.
Gambar2 dibawah penulis ambil ketika di kedai cuci kereta itu.

Movie lalat. Let Him Go 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Goldfish for luck at carwash 
A nice sofa at carwash

LONTONG MASAI | ALONE MATCHAM BIASA

Lontong Masai at Zarahman @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.

Jemput sarap lontong telur.

Movie lalat. The Purple Rose of Cairo 1985.
2. Us and Them (Chinese: 后来的我们, lit. "The Future Us") 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 30 March 2021

ANOTHER BLUE SCREEN OF DEATH AGAIN :(

The infamous blue screen of death :(
Demm.
Tengah bekerja keras memotong rumput.
Tiba2 sahaja skrin monitor komputer riba penulis jadi biru.

Ini bukanlah kali pertama.
Demm.

Cerita lalat lain.
Pagi juga penulis berlarian ke Tesco.
Beli barangan dapur.

Movie lalat. Generasi 90an: Melankolia 2019 (Indon).
2. Baahubali 2: The Conclusion 2017 (Telegu/Tamil).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 29 March 2021

GUNUNG PULAI & NISFU SYAABAN

Gunung Pulai Johor
Ahad tengahari penulis sudah berlarian pulang ke kampung.
Bersama isteri penulis (yg itu) dan anak lanang bocah cilik.

Tapi singgah dulu di Tesco.
Beli barang2 dapur untuk keluarga adik penulis. Aziz

Rasanya sudah lama penulis tidak pulang ke kampung.
Rumah adik penulis itu pun sudah diplaster dan dicat dindingnya.
Beranda luar rumah pun sudah diperbesarkan.
"Dinda dapat duit isinar," katanya.

Kamus lalat (sebab ada yg bertanya.)
Anak lanang = anak lelaki.
Bocah cilik = kanak2 kecil.

NISFU SYAABAN
Gambar bulan penuh mengambang dibawah penulis ambil dari dalam bilik tidur.
Nampak jelas juga walaupun melalui jeriji tingkap bilik.
Dua minggu lagi kita akan berpuasa.
InsyaAllah.
Link: Dr Maza - nisfu sya'ban, hadis palsu/sahih dan amalan berkaitannya.

Movie lalat. Nomadland 2020.

Blog bukanlah hakmlik kekal.

15 Syaaban 1442H

Sunday, 28 March 2021

LULUS GKP TAMBAHAN PERMAI

Lulus permohonan GKP Tambahan Permai 2021
Link lama: GKP 1.0 (Julai 2020).

Alhamdulillah.
Duit bantuan GKP (Geran khas Prihatin) Tambahan Permai 2021 sudah diterima.

Bersyukur sahaja kan.
Terima bantuan di musim wabak penyakit Covid 19 yg mencabar ini.
Dari kerajaan yg memerintah. 

GKP Tambahan di bawah PERMAI yang diumumkan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan kerajaan (yg memerintah, bukan pm tepi ye) kepada PKS mikro yang menerima bantuan GKP 1.0 dan 2.0 sebelum ini.
Tanpa membuat permohonan baharu.
Lulus otomatis masuk kedalam akaun bank masing2.

Tiba2 penulis mahu makan tomyam campur pula malam ini.
Majulah sukan untuk negara.

Movie lalat. An Officer and A Gentleman 1982.
2. The Client 1994.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 27 March 2021

HUTAN BATU

A view from PV20 Condo, Jalan Genting Klang
Salam Jumaat semua kawan2 penulis lah.

Pagi tadi penulis sudah berlarian ke Jalan Genting Klang.
Ke rumah sewa anak lanang.
Untuk mengangkut semua barang2 pulang ke gagang.
Sudah 6 bulan tidak diduduki sejak PKP 2.0.
Kerana membayar sewa bilik tanpa tinggal didalamnya adalah sesuatu pembaziran.

Movie lalat. The Girl with the Dragon Tatoo 2011 (rewatch it for the second time. Nice!).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Interstate travel again
Surah al mulk (not mine) in plastic cover at RnR Pagoh's surau, but I got it inside my head already (alhamdulillah).
RnR Pagoh heading south
RnR restaurants at Pagoh

Friday, 26 March 2021

Thursday, 25 March 2021

KETAGIH DENGAN KRA POW CHICKEN RICE

Boat Noodle at Jalan Diplomatik
Petang penulis sudah berlarian untuk makan malam.
Restoran siam mee sampan yg berdekatan pun kena rentas negeri.

Seperti biasa penulis pesan nasi ayam krapow yg sedap itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Boat Noodle at Jalan Diplomatik (Before)
Boat Noodle at Jalan Diplomatik (After)
Boat Noodle at Jalan Diplomatik

Wednesday, 24 March 2021

HOW A PARKING TICKET IMPACTS A DRIVER

Fifty sen for one hour only.
Pagi2 penulis sudah berlarian ke Sungai Chua.
Hajat untuk keluarkan duit juta2 lemon dari ATM bank berdekatan.
Tapi abam guard tiba2 tutuplah pintu pula.

Bila ditanya, "lama lagi lah wak," jawab abam guard sambil mengunci pintu gelas.

Jadi, penulis pun bersarapan dulu di kedai mamak berdekatan situ.
Usai makan roti telur bawah dan teh o panas kurang manis.
Tiba2 ternampaklah orang majlis sedang menyaman kereta2 yg tiada tiket parkir.
Bertempiaranlah penulis mencari mesin tiket parkir berdekatan.

Walaupun hanya saman sepoh hinggit, wehh siapalah tidak sayang duit kan. Khannnns?

Movie lalat. Days of Heaven 1978. Sinopsis. Dikisahkan dalam tahun 1916, ia menceritakan kisah sepasang kekasih miskin, Bill dan Abby, yg pergi ke Texas Panhandle untuk menuai gandum kepunyaan seorang petani yg kaya. Bill memujuk Abby untuk berkahwin dan menuntut harta warisan petani (WP) yg kaya raya itu yg sedang sakit barah dan bakal mati dalam masa setahun. Komen penulis - sinematografi ladang gandum yg cantik dan menarik. Lakonan Richard Gere juga padu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is not for my car. Jalan Sungai Chua, Kajang.
My old rusted cikputih still alive and kicking

Monday, 22 March 2021

SATAY NEAR LEECH AVENUE

Sate ayam
Dari mana datangnya lintah?
Dari sawah turun ke kali.

Ehh. Malam tadi penulis sudah mengidam mahu makan sate.
Sate ayam sepoh cucuk sudah.
Jemput makan kawan2 penulis semua2 lah.

Movie lalat.    Ja-yu-eui eon-deok (2014).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is sate ayam with nasi impit.

COVID 19 CRISIS CLOSES 90 PERCENT OF MUSEUMS GLOBALLY

Muzium al Quran, next to Masjid al-Azim
Usai mesyuarat tingkap, penulis pun berlarian ke muzium berdekatan.
Konon penulis mahu ziarah muzium al Quran.
Tapi apakan daya - buah cempedak nak jadi nangka.
Muzium sudah ditutup dan akan berpindah ke premis yg baharu.
Yo wes.

Kemudian penulis pun berlarian ke banda hilir.
Konon mahu melawat barang2 antik di House of Museums.
Tapi dayakan apa - buah cempedak nangka pula yg jadi.
Muzium ditutup juga.
Yo wes lah.

Memang muzium alQuran itu telah ditutup disitu untuk selama2nya.
Tetapi penulis tidak tahu pula samada House of Museums itu ditutup sampai bila. 
Sebab tertulis dalam portal hanya tutup pada hari Rabu dan Khamis sahaja. 

Movie lalat. Fitzcarraldo 1982.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
House of Museums also closed indefinitely.
The site where one of the 100 + years tree felt down last week.

Sunday, 21 March 2021

HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG KASTURI, HANG LI PO, HANG PI MANA

Muzium Hang Tuah but nodody at the ticket counter.
Semalam petang kan sudah kena halau dengan abam kaunter tiket.
Sebab lambat benar penulis tiba di muzium Hang Tuah.
Pagi2 ini (tidaklah pagi suboh sepi-e) penulis sudah pun tiba di depan pagar muzium lagi.
Tapi abam kaunter tiket tiadalah pula.
Habis macamana penulis hendak masuk ke dalam muzium?
Tapi itu tidak penting.
Ambil dua tiga gambiran diluar pagar sudah.

Selepas itu, penulis berlarian ke makam Hang Jebat.
Dan juga ke makam Hang Kasturi.

Puteri Hang Li Po tiada makam ya kawan2.
Yg ada cuma perigi Hang Li Po.
Dan restoran asam pedas Puteri Hang Li Po yg masih bertutup sahaja.

Movie lalat. A Repo Man 1984.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Part 2
Jirat cina
Makam Hang Jebat
Makam Hang Jebat
Jalan Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Makam Hang Kasturi
Hey awak!
Perigi Hang Li Po (Perigi Raja)
Perigi Hang Li Po 
Spider Lily at Li Po's well

Saturday, 20 March 2021

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - PART 1

Perigi Hang Tuah - bukan perigi mencari timba ya.

Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak melayu hilang didunia.

Petang kelmarin penulis sudah berlarian ke perkampungan Hang Tuah.
Tapi agak terlewat.
Bila sampai di parkir muzium.
Abam kaunter tiket berlarian teriak pada penulis.
Walaupun masih ada 20 minit sebelum muzium ditutup.
Walaupun penulis cuma ingin mengambil gambiran diluar muzium sahaja.
"Tidak boleh wak, nanti oranglen nmpk kete wak dorang masuk pulak," kata abam kaunter lagi.
"Boleh je datang esok pagi2 wak," abam kaunter merayu lagi.
Yo wes.

Jadi penulis pun keluar dari parkir muzium.
Dan berlarian ke belakang muzium.
Terletaknya perigi Hang Tuah.

Selepas itu, penulis berlarian ke tefian fantai pula.
Sempat singgah di makam Hang Tuah.

Movie lalat. A Perfect World 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Air keramat dari pahlawan lagenda.
In between the museum and the graveyard.
Mausoleum of Hang Tuah, Tanjung Kling
Don't do something that may deviate your faith
The longest grave I've ever seen
The longest grave I've ever seen
Pantai Kundor gloomy sunset

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat