Saturday, 13 March 2021

SERVICING AIR CONDITIONING UNITS

MKN latest message
Tadi dapat mesej dari MKN seperti biasa.
Kata sudah boleh merentas negeri untuk melancong.
Tapi tidak boleh bawa kenderaan sendiri.
Kena naik bas rombongan cik kiah kah?

Cerita lalat lain.
Semalam penghawa dingin cikputih di servis.
Begitu juga penghawa dingin bilik utama di rumah penulis (yg ini).

Updated lalat.
Pasal penghawa dingin rumah yg baru diservis.
Nasib tidak baik, tidak sampai sehari penghawa dingin bermasalah lagi.
Dan tidak sejuk.
Tauke yg servis kelmarin kata kena bawa penghawa dingin ke bengkel untuk di uji tekanan.
Penulis panggil tauke kedai alat2 logam yg biasa penulis kenal, bro Mike.
Mike kata dia hantar orang lain datang servis atau tukar paip tembaga.
Kalau tidak boleh juga, mungkin kena beli penghawa dingin yg baharu sahaja.
Tidak perlu bongkah penghawa dingin dan bawa ke bengkel.
Jadi, siang tadi, orang Mike datang servis dengan tukar paip tembaga baharu.
Dan tukar gas baharu.
Tapi... 😣😣😣

Pasal lampu kalimantang rumah pula dibilik anak wedok yg bermasalah.
Penulis panggil juga tukang elektrik.
Budak Dani datang pertama kali.
Lampu dan wiring sudah boleh berfungsi.
Tapi tidak lama.
Bila budak Dani pulang beberapa jam, lampu kembali bermasalah lagi.
Budak Dani datang lagi, bila diperiksa rumah lampu tersebut bermasalah.
Jadi, penulis beli rumah lampu jenis LED - lagi murah dan mudah dipasang.
Yg penting, lampu LED tidak perlu starter dan ballast didalamnya.
Diulangi - memang mudah dan murah- rm14.50 untuk set besar 4 kaki, rm12 untuk set kecil 2 kaki).

Jadi semalam penulis cuba beli dan pasang sendiri.
Lampu kalimantang jenis LED.
Nak pasang wiring didalam rumah lampu itu pun mudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Cikputih air conditioner after the service
My home air conditioner after the service

12 comments:

  1. Kat rumah wak WP pakai econdewek wae

    ReplyDelete
  2. Cuaca panas ni banyak pakai aircond. Bil letrik pun berdesup perginya

    ReplyDelete
  3. Dah service aircond tu, memang mantop lah aircond lepas tu nak nak musim panas sekarang ni. Syok duk dalam bilik beraircond :D

    ReplyDelete
  4. berapa RM servis aircon umah tu wak?

    ReplyDelete
  5. Semua tempat dah sejuk... tak yah melancong lah... hehehe

    ReplyDelete
  6. Naik bas rombongan cik kiah tak kena covid agaknya kot. Ape benda lah kan. Baik bagi kebenaran rentas negeri je. huhu

    sejuk lah sikit bila dah servis air cond tu. tidur lena. jalan jalan pun air cond sejuk.

    ReplyDelete
  7. naik bas rombongan cikkiah tak kena kobid wak. kahkah

    ReplyDelete
  8. saya seram jugak menanti bil tnb bulan panas2 ni

    ReplyDelete
  9. pandai buat sendiri senang takyah upah orang kan

    ReplyDelete
  10. Baca entry ni baru teringat tak service ekon lagi kat bilik anak dara

    ReplyDelete
  11. bil letrik mmg melambung laa bln ni sbb cuaca panas lit lit ;-)

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat