Monday, 19 April 2021

PUDURAYA - NAMAMU TIDAK SEGAH DAHULU

Perhentian bas dan teksi Sungai Besar @2021
Salam petang Ahad semua kawan2 penulis lah.

Tengahari sudah tiba di Puduraya.
Senyap dan sunyi seperti bangunan berhantu.
Tidak seperti dulu2.

Pudu Sentral atau Hentian Puduraya satu nama yang gah satu ketika dulu mula dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn. Ia dikenali sebagai tempat perhentian bas utama di Kuala Lumpur.
Ketika menjelang musim perayaan, orang ramai pasti menyerbu Hentian Puduraya bagi mendapatkan tiket bas untuk ke utara, barat, timur dan selatan negara.
Pelbagai ragam masyarakat dapat dirakam termasuk gelagat saat-saat akhir mereka yang cuba mendapatkan tiket bas untuk pulang menyambut perayaan di kampung halaman masing-masing.
Kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan menjadi penyumbang sistem pengangkutan awam di Hentian Puduraya dipindahkan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (ITT BTS) atau TBS (terminal Bersepadu Selatan) pada awal Januari 2011. - pressreader.

Petang sempat lagi singgah Giant.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

23 comments:

  1. Dulu masa kecik² memang biasa naik bas dengan keluarga ke KL. Dulu adik beradik seorang pun tiada kereta. Naik bas saja. Nostalgia juga mengenang hentian Puduraya yang lama.

    ReplyDelete
  2. terselit memori sedih di puduraya

    ReplyDelete
  3. dulu masa bergelar student pernah jugak naik bas dr pudu ikut member balik kampung... tp bila dh bergelar ibu sempat bawak anak² ke TBS je tu pun naik lrt je.. byk memori jugak puduraya tu zaman student dulu.. hmm

    ReplyDelete
  4. Terkonang semasa dolu time takdak kereta menjadi penyumbang kesesakan di puduraya naik bas balik Muo. Nostalgia sungguh tu.

    ReplyDelete
  5. wak sekarang puduraya jadi apa ya setelah pengangkutan awam berpindah ke TBS. Lama sungguh tak pi KL dan pudu raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya org dtg puduraya sentral cuma nk berurusan dgn UTC kat tingkat atas tuh.., dan ada beberapa bas antara bandar dalam selangor sahaja.. ;p

      Delete
  6. Sepanjang saya hidup ni 2 ke 3 kali berada di Puduraya bersesak ketika musim perayaan. Maklumlah..kampung kat KL.

    ReplyDelete
  7. ada pengalaman tidor di puduraya

    ReplyDelete
  8. dulu tahun 2000-2003 hentian pudu raya antara tempat kegemaran sebab bila balik kampung dari jengka ke johor dia kene naik di pudu raya, dulu lepas tu masa bujang bila malas nak memandu kancil balik ke johor akan naik bas di pudu raya. Memang sangat nostalgia

    ReplyDelete
  9. Saya merasa balik raya di Puduraya.. Sesak dan asap bas memang trademark Puduraya.. Tak tahu rupa Puduraya sekarang.. Nostalgia bila cerita tentang Puduraya ni Wak.. 😁

    ReplyDelete
  10. Ramainya orang beratur nak naikkk bas. Tak pernah jejak lagi kat pudu ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Pernah kena pau kat puduraya... huhuhu

    ReplyDelete
  12. Hentian pertama tatkala mula menjejakkan kaki ke ibu kota hampir 20 tahun lepas.

    ReplyDelete
  13. Dari rwmaja dh tau Pudu Raya...dulu rajin turun sini jenjlan...naik bas dari seremban..balik pun sama gak...biasa ngan kawan-kawan...

    ReplyDelete
  14. Ada beberapa kali ke Puduraya. Tapi sekarang entah bagaimana keadaannya.

    ReplyDelete
  15. Lama tak ke sini.. Selalu juga singgah sini masa bujang dulu..

    ReplyDelete
  16. Memori tempat ni. Zaman belajar dulu nilah port ulang alik KL-Penang.

    ReplyDelete
  17. Pudu Raya memang penuh nostalgia. Maklumlah tempat dating zaman jahiliyah dulu dulu.

    ReplyDelete
  18. Dulu paling tak suka kalau ke puduraya ni sebab takut keselamatan diri. Macam-macam jenis manusia ada kat situ. Kalau festive season lagilah sesak ramai orang. huhu

    ReplyDelete
  19. hari ni belajar jenis jenis kacang, thank you wak

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat